Saturday, October 31, 2009

Dan Terima Kasih, Ipoh

Kita manusia yang punyai impian, cita-cita dan matlamat. Manusia yang penuh mimpi, dan realiti. Dan impian itu kadang kala seakan berlari jauh, dan adakala ia seakan diam atau mendekati kita, antara pelahan dan cepat.

Kejayaan itu sememangnya bukan urusan kita menentukannya. Adanya masa, kejayaan itu milik kita, dan ada masa ia hanyalah sekadar cita-cita yang selama ini hanyalah sekadar arah tujuan.

Dan selagi diberi masa dan tempoh, hanya usaha ikhlas sekiannya menjadi sebuah cerita yang penuh warna. Usaha selalunya penuh dengan pahitnya liku perjalanan. Bukankah ubat juga pahit?

Kejayaan seharusnya berbalas dengan kesyukuran. Kejayaan milik Maha Esa, dan menjadi milik kita hanyalah usaha. Kejayaan adalah hadiah, anugerah atas usaha manusia.

Terima kasih kepada sesiapa yang pernah mengucapkan perkataan baik, nasihat, dorongan mahupun ilmu yang sedikit. Kerana setiap perbuatan baik kamu, menjadi sebahagian daripada apa yang telah aku capai.

Terima kasih kamu semua. Setiap perbuatan baik itu, walaupun sebesar zarah, pasti akan dibalas baik walaupun kita tidak melihatnya.

Tuesday, October 27, 2009

25 Oktober

Ada cerita sedikit tentang 25 Oktober lepas.

  • Buat pertama kalinya dua pelumba Malaysia menyertai kejuaraan dunia MotoGP
  • Aoyama menjulang juara dunia kategori 250cc di Sepang
  • Rossi mengesahkan juara dunia ke-7 MotoGP di Sepang, dan untuk ke-9 untuk semua kelas.

Dan pada hari itu,

  • Aku mendapat dua tiket VIP untuk tayangan teater Cuci The Musical di Istana Budaya, daripada syarikat aku bekerja.
  • Abah aku pergi ke Litar Sepang bersama rakan-rakannya menonton live MotoGP.
  • Tiket teater tu, aku beri kepada mak dan kakak aku.

Dan aku pula ?

Menonton televisyen di rumah. Aku sungguh happy pada hari tu. Cukuplah hanya sekadar orang yang pernah melahirkan aku, rasa gembira pada hari tu. 25 Oktober yang sungguh bermakna.

:)

Saturday, October 17, 2009

Baca sekejap, nanti kamu faham

Sejak aku mula kerja, masa aku semakin terhad. Tapi, terima kasih kepada beberapa orang pembaca yang sudi komen post-post yang lalu. Aku suka belajar dari komen kamu semua.

Mungkin aku terlupa beritahu, aku sekarang bekerja dengan sebuah syarikat advertising di Sg. Besi, Kuala Lumpur. Bekerja sebagai Large Printer Operator, memang masa terlalu pendek untuk 8 jam bekerja. So, menjadi sedikit sebab kenapa lewat update blog ini.

Terbaru, iklan Cuci the Musical yang dorang sibuk nak pasang kat atas Jalan Istana tu, sampai pukul 3 pagi print tak habis-habis. Mamat Hans Isaac ni memang kerja keras betul la.

Rupanya, Leo Burnett selalu hantar design dia untuk color proof kat sini da. Kalau kamu kenal graphic designer Yasmin Ahmad, mesti kamu tahu mamat Leo ni siapa.

Sunday, October 4, 2009

The Day for a Thousand Smile

Manusia sukakan hadiah. Hadiah sentiasa membuat kita tersenyum. Dan sebaik-baik hadiah adalah hadiah yang kita beri kepada diri kita sendiri, yang membuat orang lain tersenyum.

Apabila kita cukup berusaha dan menderita, kegembiraan selalu menanti di penghujung cerita itu.

Maka, semalam aku telah melihat selautan insan yang bergembira untuk penghujung cerita mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...