Tuesday, March 30, 2010

Sebab apa Allah tidak suka pada kerosakan?

Petang tu hujan. Jalan jammed. Tapi hujan tak la lebat sangat. Mungkin balik lewat lebih dari pukul 6 petang, Kuala Lumpur memang stick dalam keadaan macam ni.

Menyusuri Jalan Sungai Besi ke arah Seremban memang menyakitkan, lebih-lebih lagi apabila kebanyakan kereta diwaktu tersebut bagai tak bagi 'can' kepada penunggang kenderaan motorsikal. Biasalah, jalan pun dah sesak, hujan lagi.

Memilih jalan paling kiri menjadi pilihan kebanyakan penunggang motor pada waktu itu. Waktu hujan, basah, dengan kesesakan nak menyusur.

Thanks kepada penabur paku yang sempat menabur paku kat laluan kiri tersebut. Kamu telah berjaya memancitkan tayar sebanyak lima buah motor berhampiran dengan tol Smart.

Paku kamu sungguh kecil, dan kamu siap asah tajam-tajam. Mujurlah Allah Maha Penyayang, paku kamu semua terkena tayar belakang kami, cuba bayangkan kalau terkena tayar depan, dengan keadaaan hujan dan kesesakan lalulintas. Kalau terkena penunggang tua, ibu mengandung bagimana pula ya.

Semoga Allah mengubah diri kamu menjadi lebih baik selepas ini.

Mujur juga ada full time pomen yang advertisekan no dia di kawasan bebas cukai (divider jalan, tiang-tiang dan dinding milik kerajaan).

Tadi aku pam tayar kejap, tak sangka kalau motor bocor pun boleh tampal.

Hebat bukan.

Thursday, March 25, 2010

Waktu yang sangat kronik

Aku rasa, benda yang paling penting sekarang ini adalah tahu kat mana kita berada. Low profile bagi aku pada waktu aku menulis post ini ialah sedar diri kat mana aku berada, dan duduk diam-diam, macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Perkara yang kedua, walau apa yang terjadi, kita harus berkomunikasi dengan lebih berbudi bahasa, walaupun ada ketikanya terasa sangat sukar untuk berbudi bahasa lebih-lebih lagi bekerja dibawah tekanan. Kena pula orang tu memang habit seseorang yang tak mampu kawal kemarahan.

Dulu, aku seorang yang bad temper (tak konfiden nak eja) atau panas baran. Tapi secara rumusnya, seseorang yang seperti di atas hidup sebagai seorang yang sangat rugi. Hidup dalam keadaan yang paling disisih, sebab perangai marah yang tak boleh kontrol. Kamu faham apa itu LOSER?

Itu cerita dulu, sekarang aku lebih banyak mendiamkan diri apabila diberi tekanan. Tekanan tersebut seperti sesuatu yang menghentak kepala aku sehingga aku jadi sedikit baran. Aku kontrol baran tersebut, dan aku mula set dalam minda aku kerja itu enjoy.

Paling aku tak suka bila orang tu tunjuk-tunjuk baran dia seolah-olah semua orang akan takut. Seolah-olah biar orang faham dia sedang marah. Marah yang membuak-buak, macam gunung berapi nak meletup.

So, aku buat-buat pekak dan tak nampak pada waktu tersebut.

Kalau kamu, kamu buat apa pula.?

Monday, March 8, 2010

Silent Killer ?

Bila masa aku mencari tempat untuk menenangkan hati, saat itu aku akan pergi.

Selepas itu, aku tak mahu banyak bicara tentang sesiapa, mungkin untuk sementara atau mungkin untuk jangka masa yang panjang. Bersikap dingin kadang-kala adalah satu jalan yang baik untuk melepaskan diri sendiri.

"Kamu pernah krisis kan?, dan tahukah kamu sebaik-baik jalan untuk melepaskan diri adalah diam.."

Ayat ini selalu aku teringat bila aku berada dalam situasi yang dinyatakan diatas. Seperti makan juga, makan bila lapar. Mungkin aku akan berbicara bila perlu. Bila banyak bicara, selalunya 'orang' mudah makan kita, atau pijak kita.

Kadang-kala, bila kita bersuara kemungkinan kita mampu menyinggung perasaan orang lain. Mungkin kita boleh menjadi sorang pemarah, namun untuk mengelakkan semua itu, bukankah lebih baik hanya diam.

Kamu juga pernah krisis bukan?

Friday, March 5, 2010

Kekecewaan Blog

Sebenarnya, aku ada rasa sedikit kecewa bila ada waktu aku mahu menulis blog, internet terlalu slow sampai ingin log in pun selalu mengalami failure..

Secara amnya, bila menulis, kita mahu memastikan penulisan itu berkesan dan dapat membuatkan pembaca mudah faham. Itu adalah tujuan utama.

Gangguan internet kadang kala membuatkan aku sukar untuk edit penulisan itu. Akhirnya tiada apa yang boleh aku lakukan selain mencari masa yang sesuai untuk menulis blog di ofis sahaja.

Masalahnya, time pejabat aku perlu kerja. Kalau singgah lama-lama akhirnya orang lain (bos) yang bising. Begitulah akhirnya..

Ada link baik untuk photography :
Untuk pengguna Canon tekan sini.
Untuk pembaca majalah tekan sini.
Untuk tutorial tekan sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...