Tuesday, November 30, 2010

Profession Chase Jarvis | Nikon Tester

untitled 1picture-6
Kalau kamu kenal mamat ni, dialah Chase Jarvis, seorang tester setiap kamera keluaran terbaru Nikon. Senang nak cerita, dia merupakan salah seorang yang akan menggunakan keluaran terbaru Nikon sebelum ia di pasarkan.

Aku baru tahu dia pun gunakan photoshop untuk enhance mode picture dia. Ni gambar yang aku ambil daripada blog dia (http://blog.chasejarvis.com/blog/). Kamu ada nampak kan perbezaan gambar yang asli dengan gambar yang telah diedit. Dan gambar asal diambil menggunakan kamera Nikon D7000 terbaru.

untitled
picture-2
Kalau kamu ada angan-angan nak jadi macam Chase, kamu kenalah tahu jenis mode yang dia gunakan di dalam Photoshop. Kamu perasan tak dia buangkan tahi lalat kat lehernya menggunakan Spot Healing Brush Tool. Nampak? haha

The Hot Shot!

Dia ni bagus dalam shot dia. Orangnya simple, tapi dari segi penyampaian dia memang berjaya walaupun dia pakai apa jua model kamera. Like it.

Sunday, November 28, 2010

You Play For Nothing

_MG_4540
Musim cuti, aku tak balik kampung. Aku memang fikir kalau aku kat kampung aku tak buat apa-apa yang berfaedah, melainkan aku akan bangun pagi, selepas itu aku sarapan dan tengok tv, kemudian aku akan tidur balik. Sangat merugikan bagi aku bila aku buat macam tu.

Tapi yang aku lakukan sekarang adalah cuba membuat sesuatu yang aku tak selalu buat, contohnya aku cuba gembirakan hati sendiri, cuba belajar banyak diam di siang hari atau belajar hidup tanpa orang-orang disekeliling. Walaupun kamu rasa itu biasa untuk musim pembelajaran di kampus, namun bagi aku ada perbezaan yang besar bila kita buat semua tu disaat ramai orang sudah pulang ke kampung.

Pada waktu ini, aku banyak belajar perkara yang baru, yang aku sukar nak bagitau dan mungkin orang tu akan tahu sendiri kalau dia buat macam yang aku buat sekarang. Menghayati masa panjang disaat aku menjadi seorang pelajar.

Senang cerita, aku belajar hidup tanpa orang lain setiap hari.

Wednesday, November 24, 2010

Pemusnah Segala Jentera 1000cc tahun 2011


Hasrat Kawasaki untuk mendominasi segala kelas jenteranya seperti mana mereka berjaya mengeluarkan jentera berkuasa tinggi dan mendapat pelbagai anugerah superbike of the year setiap tahun. Respect!

Tuesday, November 23, 2010

7D Footage - The Next Body

A Canon 7D Short: Thursday Night from gnarly bay productions, Inc. on Vimeo.

Aku tak pernah kisah

_MG_4225
_MG_4248
_MG_4124
Aku tak pernah kisah sama ada aku perlu bertahan di satu tempat bersama-sama dengan orang lain. Aku tak pernah tunggu masa akan berlalu dengan detik yang sangat pantas, walaupun aku perlu untuk mengejar sesuatu yang sangat penting pada waktu itu, kadang kala aku lupakan.

Aku suka kamu baca blog aku. Aku suka kamu lihat. Dan aku tak kisah kalau kamu tidak meninggalkan sebarang jejak, sebab apa yang aku inginkan ialah kamu dapat lihat apa yang aku lihat, dan kamu dapat faham, apa yang aku tulis.

Ada masa yang kamu meninggalkan jejak di dalam ruangan komen aku, aku akan membaca posting kamu melalui jejak yang kamu tinggalkan. Kadang-kala aku suka dengan posting kamu. Ia memberikan inspirasi terhadap penulisan aku yang akan datang. Tapi aku tak pernah mengharap apa-apa komen, sebab bila aku tanya kawan aku, dia tahu apa yang aku telah tulis semalam, walaupun aku tak tahu dia baca ataupun tidak.

Sebab, aku rasa blog ini adalah satu cara orang lain memahami aku dengan lebih mendalam, dan mereka yang komen setiap post aku, mereka meninggalkan jejak untuk aku berkongsi pula dengan posting dia. Dan cerita aku berkenalan dengan orang yang telah berjumpa dengan aku, semuanya melalui blog. Bagi aku, ia sangat hebat.

"Belajar menghargai seseorang adalah salah satu cara membalas kasih sayang tanpa orang itu sedari" - Budak Pensel, November 23, 2010

Monday, November 22, 2010

The Lonely Road

_MG_4484_MG_4494_MG_4506
Bermula dengan satu langkah yang perlahan. Sampai ke satu tempat, segalanya yang tinggal bagai mimpi.

Wednesday, November 17, 2010

Konon Oversea - Cerita Aidiladha

_MG_4270_MG_4281_MG_4282_MG_4284_MG_4379
_MG_4378
Aku tak balik untuk Aidiladha kali ini. Tak perlu sedih, sebab hari tersebut aku boleh makan banyak daging lembu, yang dimasak secara pelbagai. Ya, pelbagai.

So awal-awal lagi aku dan kawan-kawan yang lain telah pergi breakfast ( pergi beraya ) di rumah kawan aku yang sorang ni ( Leh ) yang memang tinggal di Ipoh. Kemudian berangkat secara beramai-ramai ke rumah lecturer kami, Mis Afiza yang terletak di Kuala Kangsar, Perak.

Nak pendekkan cerita, kami bajet macam pelajar oversea yang tak pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama sanak saudara. Senak perut sebab bantai daging yang terhidang.

_MG_4300

Tuesday, November 16, 2010

Minum Petang

009010
Pukul 3, aku keluar minum petang.

Ada suatu hari tu ada orang tanya, "Kenapa kau selalu usung kamera setiap masa kau nak keluar?" Dengan senangnya aku menjawab "Kalau kau simpan sangat kamera kau tu selalu kat tempat gelap selain dry box, kemungkinan lebih mudah kulat tumbuh dalam lens kau tu, sebab kau tak biarkan cahaya matahari masuk".

Sebenarnya aku repeat semula jawapan orang yang memang dah berpengalaman dalam bidang photography bila aku tanya macam mana nak elakkan kulat tumbuh di dalam lens.

019

Batu Pahat - Kuala Lumpur - Ipoh

_MG_8524_MG_8522_MG_1513_MG_7683
Kalau kamu rasa ia bagaikan semalam kamu disini, sebenarnya kamu harus sedar, esok adalah masa untuk pergi, mungkin pergi jauh meninggalkan segala kenangan yang kamu simpan selama ini.

Kamu meninggalkan kenangan yang manis, kenangan manis yang penuh dengan kepahitan. Pahit dalam suka dan duka. Kamu rasa semalam adalah cerita yang sangat panjang, namun sekarang kamu rasa masa sebenarnya sangat pantas berlalu, dan membawa kamu pergi dengan seribu kenangan.

Kamu merasai kepahitan meninggalkan semua, namun percayalah kamu akan rindu semua ini. Kepada mereka yang akan meninggalkan Ipoh, semoga kamu berjaya hendaknya, kenang Ipoh sebagai satu cerita yang sangat panjang.

Monday, November 15, 2010

Hari Itu Tak Hujan

_MG_3513_MG_3514
Pagi-pagi aku bangun aku tersedar yang aku terlewat. Sebenarnya bulan ni minat aku untuk photoshoot pagi agak lemah, memandangkan aku sukar untuk mendapat cahaya matahari yang agak lembut. Untuk aku membuat sesi outing, aku agak menitik beratkan cahaya pagi, yang tak terlalu contrast, seperti kebanyakkan cahaya di New Zealand. Kalau kamu ada kaji cahaya negara-negara luar.

Tapi, pagi semalam memang best, dan yang paling best aku terlewat bangun. So, minta maaf kepada orang yang ada ajak aku. Aku bukan sengaja, kalau kamera aku boleh cakap, mesti dia cakap aku banyak main Call Of Duty Black Ops. Tapi aku dapat tau pun pasal outing tu dah last minute, sebab nama aku dorang terlupa nak tag.

Main sampai demam.

"Kita akan sedar satu kebaikan besar, setelah kita membuat satu kesilapan kecil" - Budak Pensel, November 15, 2010.

Monday, November 8, 2010

Pre - Wedding Ipoh - Elis & Halim

_MG_3811_MG_3616_MG_3711IMG_0301
_MG_3848_MG_3980
Semalam kira aku dah selesaikan Pre-Wedding untuk Elis dan Halim. Hari tu cuaca agak mendung, so disebabkan tema retro tu jadi tiada masalah untuk aku ambil gambar.

So aku ucapkan terima kasih kepada Leh, Ihsan dan juga Eilman yang membantu sedikit sebanyak pada hari tersebut. Tidak lupa juga kepada Hisyam Sidek (Creativeheart) kerana sudi berkongsi informasi tentang lokasi tersebut.
.
IMG_0271IMG_0349
Tak semua gambar aku upload. Sikit-sikit sudey.

Saturday, November 6, 2010

Kalau Kamu Faham Apa Itu Cerita

_MG_3228 copy_MG_3232
Tidur setiap hari tak akan puas. Dan menghabiskan masa dengan memikirkan sesuatu yang berkaitan dengan benda yang akan berlaku esok, sesuatu yang sangat rumit dan menyeksakan. Manusia selalu suka untuk menghayati hidup dan tiap saat dengan penuh makna.

Mencipta kenangan manis bukan dengan melakukan sesuatu yang indah, namun kenangan manis itu sebenarnya datang dari pengalaman yang menyakitkan - Budak Pensel, November 6, 2010

_MG_3255

Wednesday, November 3, 2010

Beberapa Fakta Dari Aku

_MG_3207_MG_3202
Kamu mahu tahu tentang beberapa perkara tentang aku. Kali ini mungkin aku mahu berkongsi sesuatu yang kalau kamu baca, maka terpulanglah kamu untuk merasakan ia baik untuk kamu atau sekadar kamu tahu bagaimana cara aku berfikir buat masa ini.

Aku jenis suka buat-buat faham, walaupun sebenarnya aku tak faham tentang sesuatu itu. Perkara ini selalu terjadi bila aku berada dalam kelas, di dalam situasi pembelajaran yang sangat rumit atau sangat sukar untuk difahami. Aku mungkin suka merangsang diri aku semula supaya otak aku akan tidak berhenti untuk waktu itu. Kalau pada mula-mula aku sudah berinteraksi untuk tidak mahu faham, sebenarnya lebih baik aku jangan belajar pada ketika itu.

Aku jenis tak tahu malu untuk ketawa tanpa sebab secara spontan. Selalu bila aku ketawa secara tiba-tiba, disebabkan aku teringat sesuatu perkara yang berlaku pada yang lepas. Aku rasa dengan cara itu cukup untuk aku menghilangkan stress, sifat marah pada awal pagi, dan sedikit sebanyak mengajar aku supaya merasa sedikit sabar dengan perkara-perkara yang remeh. Walaupun aku ketawa di dalam toilet sorang-sorang, bukan bermakna aku gila.

Perkara yang kamu perlu tahu adalah, aku jenis suka keseorangan. Keseorangan itu dalam konteks yang aku suka cari masa untuk diri aku sendiri, bukan menjauhkan diri dengan kawan-kawan sebaliknya aku menggunakan malam untuk aku menghabiskan banyak masa dengan membaca sesuatu yang ada di depan skrin. Tak kisah apa pun, sebab lagi banyak aku membaca, sebenarnya aku lebih kelihatan bodoh sebab aku baru tahu apa yang aku baca tadi benda yang aku tak pernah tahu sebelum ni.

Aku ada dua jenis kawan. Pertama orang yang suka ambil bulat-bulat perkataan yang aku kata, tanpa sebarang bantahan. Kedua, orang yang mengambil perkataan aku, dan mengkajinya sejauh mana kebenaran tersebut lalu membuktikannya. Bagi aku, pembaca blog aku kedua-duanya sama. Namun aku lebih suka membuat orang berfikir, sebab sebaiknya aku tidak mahu berfikirkan untuk kamu. Kalau ada yang menerima perkataan aku tanpa mengkajinya, aku tak kisah. Sebab kadang-kadang cara manusia berfikir ada yang menerimanya dahulu.

"Ramai manusia tidak mampu untuk menyelesaikan masalah dunia kerana tidak sedar bahawa masalah tersebut boleh diselesaikan dengan akal yang logik" - Budak Pensel, November 03, 2010.

_MG_3200

Tuesday, November 2, 2010

Monday, November 1, 2010

The Road, and Rain - KLIUC Photography Forum

_MG_3130_MG_3121
_MG_3140asdasd
_MG_3154
Sabtu, lawatan ke KLIUC Bangi, bertolak dari Ipoh pada pukul 11.30 pagi dan tiba dalam pukul 3.30 petang. Hari yang sesah di lebuhraya Seremban - Sungai Besi, sebab ada Final Piala Malaysia, Kelantan lawan Negeri Sembilan. Tapi itu tiada kena mengena dalam ini gambar. Haha

Dalam forum tersebut, membincangkan tentang trend fotografi zaman dulu, kini dan akan datang. So aku rasa banyak membincangkan pasal isu copyright, cara pemahaman subjek, dan sejarah tentang fotografi itu sendiri. Dan pengalaman seorang photographer Reuters tentang hidup dengan kamera ni.

Apa yang aku paling suka, bagaimana kita menterjemah imej dari mata kita melalui kamera. Itu ayat yang boleh aku ingat sampai bila-bila.

Ada yang paling penting, orang yang ada dibelakang kamera dengan orang yang ada di depan kamera pun penting. Tapi kalau kamu tanya aku, ambil gambar mesti kena ikhlas. Itu lagi penting.

_MG_3146
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...