Tuesday, December 6, 2022

Buat Rindu dari Lelaki Yang Jauh.



Buat kalian
Ini hari terakhirku bersama serata.
Bertahun-tahun lamanya bersama 'keluarga' di sini.
Utusan ini, ada tangis dalam hati yang akan sunyi.

Ampun maaf segala kekhilafan.
Saya minta halal makan dan minum.
Walaupun perasaannya kita semakin jauh.
Kalian tetap terukir dalam doaku, saat jauhnya malam.

Maafkan andai tak mampu melafaskan kata-kata.
Mustahil ada girang melepaskan kalian.
Hanya berbekas kenangan, akan coret senyuman buat kita nanti.

Terima kasih kepada semua.
Jagalah diri baik-baik.
Terima kasih,
menjadi sahabat,
buat diri yang hadir dari jauh.

Tulus Ikhlas.
Mohamad Yazid Bin Rosni
Disember 6, 2022.

Sunday, December 4, 2022

Masa Depan Kau Tentukan






Kalau orang jumpa aku, kemudian orang tu berikan pelbagai janji dan harapan, percayalah, aku jenis tak layan semua tu. Sejak dulu lagi, sejak aku mula layan hidup sorang-sorang. Namun apa yang aku boleh pesan paling penting, kau berjanji dengan diri sendiri, yang kau akan berjaya dan melawan semua benda yang menghalang kau capai impian kau. Kau buktikan diri sendiri kau mampu, bukan kau sibuk buktikan kepada orang lain. 

Kau nak orang lain happy, tak susah. Kau gagalkan diri kau. Ramai orang happy. 

#budakpensel #2daysleft

Friday, December 31, 2021

Pembuka dan Penutup 2021

Selamat Jalan 2021. Tahun yang mengajar manusia supaya setiap hari berbicara dengan tuhan. 

Tuesday, April 28, 2020

Aku dan Notebook



Sepanjang malam aku perlu berada di hadapan notebook. Secara tiba-tiba apa yang terjadi ni mengubah cara aku bekerja setiap hari dan malam. Pandemik dan Ramadhan datang bukan kebetulan. Ia kombinasi yang sangat teliti dari Allah untuk kita huraikan istimewanya masa ini. 

Siang kerja, malam berjaga. Benda ni pernah terjadi masa aku belajar di Ipoh. Sebelum tu lagi. Mungkin semasa aku berada di Seri Manjung. Tak, mungkin masa aku berada di tingkatan 5. Teringat pula masa belajar dulu, parent dah tidur, tapi aku masih berjaga.

Manusia itu memang perlukan banyak masa untuk bersendirian. Mungkin apabila bersendirian itu manusia akan bertindak lebih kreatif dan kritikal untuk sesuatu perkara yang akan berlaku esok. Gelap itu indah. Kelam itu sunyi. Indah dan sunyi untuk setiap orang bercita-cita untuk lebih pandang ke hadapan.

Tiada yang menjadi kebetulan. Nikmati pentas dunia dalan gelap yang indah. 

Photograph & Written by 
Budak Pensel . April 28, 2020 
OBD 

Sunday, April 26, 2020

Ramadhan 2020



Nak beritahu, Ramadhan 2020 ni aku lebih banyak habiskan masa depan notebook. 

Perintah Kawalan Pergerakan Ke-4. Sejak 18 Mac 2020. Ada yang baik, ada yang hilang. Itulah nikmat. Nikmat kebebasan selama ni ditarik sebentar. Kadang-kadang biarlah ditarik sebentar, agar kita akan menghargai benda yang hilang sekejap. 

Sifat manusia, yang semulajadi. Menghargai benda yang sudah tiada. Besar harapan, sekiranya PKP ini berakhir, nikmat kebebasan itu disyukuri sehingga bila-bila. 

Setiap ujian ada rahmat. Semoga aku lebih dekat dengan rahmat itu, walaupun disebalik rahmat itu adalah kesukaran yang memerlukan aku bersabar. 

Photograph & Written by 
Budak Pensel . April 26, 2020 
Perintah Kawalan Pergerakan 4. 

Monday, November 18, 2019

Torque vs Horsepower

Selalu aku buat review video berkaitan dengan kenderaan, mesti mereka ada bincangkan tentang Torque dan Horsepower. Sampai satu masa aku pening apa benda dua benda alah ni. Aku tahu lagi tinggi horsepower lagi berkuasa kereta tu. Jadi aku terlayan la video ni sekejap. Sampai satu part tu dia compare tentang torque yang membuatkan aku nak tahu lebih tau apa penjelasan tentang torque.



Jadi boleh rujuk kepada video di bawah sebab dia terangkan dengan mudah.

Thursday, October 31, 2019

26 Oktober



26 Oktober 2019. 

Maka agak sebarislah tarikh lahir kami pada bulan Oktober. 24 October (Iman Levinia), 25 October (Aku), 26 October (New Born). 

Anugerah Allah yang tidak terhingga. Amanah untuk dijaga. Semoga dengan kehadiran insan baru dalam keluarga kami akan menyerikan keluarga. InsyaAllah. 

#budakpensel

Tuesday, September 10, 2019

Camera Transition - Jesse Driftwood



Antara Youtuber untuk tutorial camera video yang aku suka, sebab dalam satu video tu dia punya share knowledge dengan banyak, contoh yang mudah, ringkas dan padat. 

Wednesday, September 4, 2019

MOBILEGRAPHY : Approaching Strangers on the Street



Antara video yang aku suka tonton, sebab benda yang dia kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman dan bagi aku ia sangat baru untuk aku. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...