Tuesday, April 28, 2020

Aku dan Notebook



Sepanjang malam aku perlu berada di hadapan notebook. Secara tiba-tiba apa yang terjadi ni mengubah cara aku bekerja setiap hari dan malam. Pandemik dan Ramadhan datang bukan kebetulan. Ia kombinasi yang sangat teliti dari Allah untuk kita huraikan istimewanya masa ini. 

Siang kerja, malam berjaga. Benda ni pernah terjadi masa aku belajar di Ipoh. Sebelum tu lagi. Mungkin semasa aku berada di Seri Manjung. Tak, mungkin masa aku berada di tingkatan 5. Teringat pula masa belajar dulu, parent dah tidur, tapi aku masih berjaga.

Manusia itu memang perlukan banyak masa untuk bersendirian. Mungkin apabila bersendirian itu manusia akan bertindak lebih kreatif dan kritikal untuk sesuatu perkara yang akan berlaku esok. Gelap itu indah. Kelam itu sunyi. Indah dan sunyi untuk setiap orang bercita-cita untuk lebih pandang ke hadapan.

Tiada yang menjadi kebetulan. Nikmati pentas dunia dalan gelap yang indah. 

Photograph & Written by 
Budak Pensel . April 28, 2020 
OBD 

Sunday, April 26, 2020

Ramadhan 2020



Nak beritahu, Ramadhan 2020 ni aku lebih banyak habiskan masa depan notebook. 

Perintah Kawalan Pergerakan Ke-4. Sejak 18 Mac 2020. Ada yang baik, ada yang hilang. Itulah nikmat. Nikmat kebebasan selama ni ditarik sebentar. Kadang-kadang biarlah ditarik sebentar, agar kita akan menghargai benda yang hilang sekejap. 

Sifat manusia, yang semulajadi. Menghargai benda yang sudah tiada. Besar harapan, sekiranya PKP ini berakhir, nikmat kebebasan itu disyukuri sehingga bila-bila. 

Setiap ujian ada rahmat. Semoga aku lebih dekat dengan rahmat itu, walaupun disebalik rahmat itu adalah kesukaran yang memerlukan aku bersabar. 

Photograph & Written by 
Budak Pensel . April 26, 2020 
Perintah Kawalan Pergerakan 4. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...