Tuesday, December 30, 2008

Perkahwinan Ika [ 27 & 28 Dis 08 ]





Kelas aku berakhir pada hari Rabu bersamaan dengan 24 Dis. Pada keesokan harinya aku akan balik ke Puchong untuk pergi ke rumah Ika di Damansara. Aku, Yus dgn Zai balik sekali pada hari tu. Nak ceritanya, aku kene pergi ke rumah Ika untuk mengambil gambar majlis pernikahan dia dengan hari majlis perkahwinan sekali pada hari Ahad..

Terletak di Bandar Sri Damansara, dah la aku tak tahu jalan nak pergi camne..Dengan menaiki Ninja zx150 rr, perjalanan yag jauh tu dapat menjimatkan masa..Aku bertolak pada hari Sabtu selepas Asar dan sampai ke sana dalam pukul 6 petang. Berpandukan Google Maps sebelum aku jalan, dapatlah aku membayangkan kat mane umah dia tu.. Thanks Google.

Pernikahan pada hari Sabtu tu bermula selepas Isya' dan majlis yang berlangsung pada hari Ahad berjalan seperti hari-hari biasa majlis perkahwinan.. Pada hari Ahad aku bertolak dalam kul 10.30 pagi dan sampai ke sana dalam pukul 11.10 pagi.. Kiranya pengantin pun belum bersiap lagi la kan..

Majlis berakhir dalam pukul 3.45 petang dan memandangkan hujan pada petang tersebut. Aku sempat balik pada pukul 6 ptg menyusuri highway LDP yang masa tu tak banyak kereta sangat..
At least, aku dapat menunaikan tugas aku sebagai biasa2nya photographer yang hanya menggunakan Nikon Coolpix jer.. Nak guna Nikon FM2, abah aku nyer..kalau dapat guna Nikon FM2, mesti gambar dia lebih menarik..

Sunday, December 21, 2008

PSK Medan Kid

sempat posing lagi tu

Entah kenapa malam ni aku rase boring sangat.. Last2 dapat mesej dari abg Hairi yang dia ajak datang ke tempat kj dia. Jam menunjukkan kul 3.30 pagi dah time tu.. So aku pegi je sane tanpa banyak cerita..

Memandangkan hari tu last dia kj malam, so aku nak la datang sebab keesokkan harinya dia dah cuti dan tukar shift dari malam ke siang lak. Tak de yang nak disembangkan malam tu. Cuma just jalan2 kat tempat area dia bekerja. Kes kecurian yang berlaku kat tempat dia tu lagi masih belum reda. Tapi masih tiada lagi tangkapan dibuat dan kilang tersebut masih belum memasang CCTV atau dikenali sebagai Kamera Litar Tertutup.

So sembang punya sembang sampai la pukul 6 pagi baru aku nak berangkat pulang. Ia adalah pusat servis kereta yang besar di Ipoh, dan cawangan ke 3 selepas di Shah Alam. melihat equipment mereka yang serba canggih sekurang2nya aku dapat membezakan dengan pusat servis Kawasaki yang terletak di Shah Alam, cuma bezanya adalah jenis kenderaan sahaja. Takde ape yang aku nak postkan kali ini.

Thursday, December 18, 2008

Muzium Kesenian Islam [ 27 Oktober 2007 ]

Ustazah and the juniors

Kedai Tayar yang menyelamatkan kami..wawawa

Zila - Yus


Zidane 


Azad

Ayu - Mek

Aku - Jeff

Pada Oktober 2007 yang lepas kami satu kolej telah pergi ke Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur anjuran Koperasi Kolej Polytech Mara Ipoh. Seramai (entah) telah hadir mengikuti rombongan ini termasuklah ustazah kolej kami.

Pagi tu aku dengan Zidane gerak same2 dan bas telah menunggu di Cherry Apartment. Driver bas tu cakap yang dia nak gerak awal dalam kul 7.30..Haa...kat sinilah bermulanya cerita pada hari tu.

Bas nak gerak, tetapi ada student2 yang tak naik lagi. Bila ustazah wat spot check, di dapati ada penumpang yang tak naik lagi.. Siapa ek?? Oh..Mek dgn Ayu la..Bila ak coll Mek, dia bagitau yang dia baru bangun..haha..terpaksalah tunggu dorang bersiap..dalam 15 minit lak tu..laju siot..Apela dorang nie..

Yang satu lagi ceritanya, Jefri yang hanta Wawa (wawakun) tu mula2 hanya hanta wawa jer, then kalau tak silap aku ade kekosongan lagi la..sempat dia balik tukar baju dan join same.Fuy, sempat lagi ko Jeff.. Bila Mek dan Ayu dah masuk dalam bas, tanpa berlenggah lagi, kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan, kami sempat berhenti di perhentian Tapah untuk sarapan pagi.

Time tu la Azad yang dulunya aku tak biasa dengan dia (memandangkan dia Abang Library) mula kenalla siapa dia. Siap aku panggil dia abang lagi tu.Rupanya umur dia lagi muda daripada aku.Hmmm..Dalam perjalanan itula selepas kami gerak dari Tapah, tiba2....

Pom..Bas pancit da..Alamak...Adoi camner ni..pada masa tu dah dekat tghari dah..Then nak pendekkan cerita bas tu lak pancit dekat dengan kedai tukar tayar Lori dan Bas..Hekelleh, kebetulan je, cam cerita Senario yang penuh dengan kebetulan lak..Ha menunggu la kat situ lame2..Yang bas tu lak bergoyang2 dengan bebudak junior yang mungkin pertama kali naik bas..haha..banyak main la korang nie..

Dalam sejam, bas tu pun sempat la tukar tayar yang gedabak besarnya..Dan kami pun meneruskan perjalanan kami.Sampai kat Muzium tu pun dalam time Zohor kalau tak silap sebab kami terus solat dengan masjid yang berdekatan. Time tu sume budak2 dah siap dengan kamera masing2 amik gambar.

So nak ceritanya kat muzium tu mmg best..Tapi belum pape, orang muzuim tu cakap tak ble masuk kamera lak..adoi..Kamera hanya boleh digunakan di kawasan luar muzium, kat tempat rehat dan di taman muzium tu..

So nak pendekkan cerita lagi, kami keluar dari muzium tu pun dalam kul 4 hingga 5 petang. Dan kemudian ustazah memberi cadangan supaya bas singgah di Eye On Malaysia..saje amik angin petang la katakan. Berjalanla aku pusing satu tasik tu..saje saje.Time tu la bebudak sume amik gambar sane sini. Kami pulang dari Kl dalam kul 6.30 petang dan kami berhenti solat Maghrib di perhentian dalam perjalanan ke Ipoh..dan kami sampai ke Ipoh dalam kul 9 lebih camtu..alahai, penatnya..Tapi best gak sebab segalanya free, kitorang cuma kuar duit untuk beli aiskrim jer, yag bab makan tu sume Koperasi yang support.. haha..

Sunday, December 14, 2008

Eksperimen | Experience

UMobile - First plan

Broadband speed maker


Rizal Aku


Aku

Aku telah bekerja pada cuti sem yang lepas di Nickman Consult dalam bidang Engineering lak.Aku kene gunakan power AutoCAD aku untuk membantu consultant ni menyiapkan plan2 drawing untuk client2 telecomunication seperti Maxis, DIGI, Celcom, UMobile, W1MAX, Packet 1 dan Izzi (Lembah Klang). 

Dalam office ni, aku kene cover bahagian A1 plan drawing untuk menyiapkan plan2 bangunan yang hendak dipasang transmitter telekomunikasi. Antara tempat favorite yang aku kene lukis adalah pelan bumbung bangunan untuk membantu kontraktor memasang bende alah tersebut. Dalam plan tu aku kene memastikan Azimut dan radius serta tinggi pemegang alat tu tepat untuk memastikan submittion dengan majlis diluluskan. Kalau tak lulus, kene wat drawing sekali lagi la kot.. 

Antara projek yang aku telah wat adalah di Cheras, The Summit, Subang Square, Au5 Keramat dan aku pun lupa project yang aku wat tower, kalau tak silap UMobile setinggi 30 Meter. Tu aku cover keje orang lain yang tak siap aku kene wat. 

Client ni memasang alatan yang berfungsi dalam trasmitter komunikasi yang dapat menaiktarafkan perkhidmatan dorang. Antaranya 3G, 3.5G, HDSPA, EDGE dan sebagainya. Sebagai syarikat yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar atau lebih dikenali sebagai broadband, pemasangan ini penting untuk memastikan pengguna mereka dapat menggunakan internet secara wireless di tempat mereka. 

Untuk penduduk Ipoh yang menggunakan broadband Maxis disekitar Canning Garden, rase2 akan datang dah takde masalah korang tak dapat high speed internet connectivity for broadband services sbb project drawing Maxis dah disiapkan dan lokasinya di area rumah kedai di Canning. Siap pasang 3G lagi. Sebab ade member aku yang pakai Maxis broadband di Ipoh dan bandwith dia sloww bila dia wat speedtest. Sape suruh pakai Maxis, dorang mmg slow..haha 

Fungsi broadband ni same cam kita guna phone video conferencing, dimana kita menggunakan service 3G. Tapi broadband lebih speed sebab untuk mencapai 3.6 Mbps, biasanya dorang pakai 3.5G..Maknenye 3G ni dah ketinggalan zaman la.hahaha.. Kalau nak dibandingkan dengan negara maju, dorang telah memakai 6G pada tahun 2005. Kalau tak tau, jgn tunjuk pandai yerr..Check kat internet..So janganlah jadi jakun sebab menggunakan 3G di Malaysia ni.hehe.. 

So aku pun dah parttime lukis plan untuk syarikat telekomunikasi dan broadband,so ia akan dapat meluaskan pengetahuan aku dalam bidang yang bagi aku ramai orang masih tak tau sgt nie. Sbab ramai tau guna, tau complain speed slow la, itu la, ini la..Tapi tak tau tentang 3G tu sendiri. So disebabkan syarikat ni wat tower sekali, aku menafikan sekeras-kerasnya yang Maxis hanya ada satu pencawang 3G dan Celcom ada 9 pencawang 3G di Malaysia. Sebab syarikat aku kj ni dah lama dah wat pencawang 3G dorang dan berlambak2 pancawang 3G Maxis dan Celcom. Bukan setakat sembilan dan satu tu jer..Abis tu kalau hanya ade satu 3G nyer pencawang, so Maxis dah lame bungkus. Kalau nak tau, g tye Majlis Daerah sendiri dan check bape banyak copy pencawang dorang tu..Yang kat canning pun entah yang bape ratus kot kat Malaysia. 

Ape2 pun thank so my bos, Abg. Azmi yang banyak mengajar aku tentang sesuatu yang baru.My friend, sais, Rahimi, Farhan, Rizal (Bro), Rizal (Jai) dan Shahril. Thanks for your support.Jangan nak main game jer, project A1 bagi la kat aku gak k. 8P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...