Monday, March 30, 2009

Auntie! Saya Mau Itu Print!

Aku dah siap! Dokumentasi untuk Final Multimedia Project, April 2009. Yang memakan masa banyak hari, semata-mata nak cukupkan requirement isi kandungan.

Benda ape yang nak heboh, just documentation yang first aku kene reject bulat-bulat donat oleh supervisor sebab masalah margin, storyboard dan gantt chart. Penat dow!

Akhirnya, leh aku tumpukan sepenuh masa untuk project CD Profile yang baru design. (Setelah aku berani reject design yang amat *^#a$ suka)

Thanks juga kepada Anna and the King yang memberi khidmat transport untuk print gantt chart, dan pergi makan mee goreng kat kedai mamak Ipoh Raya.. Sangat sedap!

Haha!

Sunday, March 22, 2009

Final Project di Ipoh

Sibuk.. Sibuk.. Dan Sibuk..

Banyak sangat kerja.. Abis satu, satu lagi datang. Bila dah clear satu project tu, datang pulak Quiz la, exam la. Bila habis lak exam, nak documentation itu la, ini la..

Abis sume ni, aku nak tido seminggu, minggu satu lagi baru bangun.

Macam cerita Doraemon la pulak..

Tuesday, March 17, 2009

Anugerah Saintis Muda 09

Ya, aku sebut kicap, kicap yang turun naik dalam botol 100 Plus. Aku sibuk, prepare untuk presentation yang berkaitan dengan air dan tekanan oksigen. Tak abis-abis picit botol.

Ok..Kita Start..

Baru-baru ini kami terpaksa membuat beberapa eksperimen atau tutorial untuk subjek Effective Communication Skills (ECS) yang memakan masa beberapa minggu dan present kejap sangat. Rasa tak berbaloi, dan tiada masa untuk membaca blog dan menulis blog.

Aktiviti dijalankan pada Isnin 16 Mac, dengan bermacam-macam saintis daripada kolej ni sendiri. Ada yang bermain api, main mancis, main gunting potong kaca yang mengarut ngarut, tapi benar.

Membuat candle light yang kian popular dikalangan remaja kini kerana mudah dibuat dan menarik. Ada yang membuat senjata untuk tembak pencuri seperti yang didemo kan Halim, yang kemudianya bermain pintu selepas dikerah menjaga pintu oleh Sir (demi menghalau bau mancis oleh hasil saintis Sakinah)


Kemudian demonstrasi menarik oleh Group Ihsan yang membuat penyedut hampagas tanpa vacum. Iaitu penyedut paku paku yang bertaburan di jalanan. Menggunakan magnet sebagai elemen penting dalam kajian mereka. Merupakan satu sumbangan kepada dunia penunggang motor yang elergy dengan paku paku di jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Saintis Joji yang kian popular dengan venegar nya setelah kajian mereka mendapati cuka bukan hanya untuk sambal. Cuka juga mampu memadam api. Kemudian Saintis Meor pula mendapati bukan kek sahaja boleh dicucuk dengan lilin bila Menyambut Hari Jadi. Telur juga boleh boleh dicucuk lilin, dan dimasukkan dalam botol plastik besar minyak Seri Murni secara terbalik.

Adaptasi Dragonball Evolution memberi inspirasi kepada gadis-gadis saintis muda ini untuk mencipta Ice Blend Dragon Fruit. Iaitu buah naga dan tiada kene mengena dengan bebola naga Son Goku. Demonstrasi ini sangat memakan masa yang panjang, dan ada yang sangat menguap menguap. Namun menguap itu pudar setelah Saintis Senah memberi minum Air Naga kepada rakan-rakan yang exited melihat ada coklat dalam air tersebut.

Thursday, March 12, 2009

Nantilah, tengah fikir


Semalam Sya ade tanya, tak post topik baru ker? Erm aku jawab, takde idea lah.. Cuma aku upload mende nih la, saja saja lukis, dah 3 tahun tak sketch benda benda camni. Tangan pun asyik tekan mouse dan keyboard. Ini sume gara-gara kawan aku yang mengajar aku tekan sana sini format komputer.

Kau buat aku addict.

Actually, sketch ni berukuran 4 inci x 3 inci. Mula mula lukis kat belakang borang alamat praktikel, last - last upload dalam blog sebab aku suka. Cuma sketch ni separuh telapak tangan je. So jangan enlarge lebih baik.

Tuesday, March 10, 2009

Faktor Kemarahan Wanita

Saya tak faham poligami. Saya hanya tahu poligami itu beristeri lebih dari satu dan maksimum 4. Saya difahamkan poligami itu penuh dengan risiko. Tapi saya seorang yang positif. Jadi saya tuliskan apa yang positif dalam poligami.

Kerja semakin mudah
Ya. Kalau dulu hanya seorang saje yang masak nasi dan lauk, sekarang kerja itu boleh dibahagi dua. Isteri no 1 masak nasi, isteri no 2 masak lauk. Mungkin yang selainnya boleh kemas rumah dan basuh pinggan. Menyidai kain pun juga satu kerja yang membakar kalori.

Isteri ada teman berbual
Ya. Sebagai surirumah, kadang kala boring itu datang kerana tiada apa yang hendak dibuat melainkan tunggu suami balik kerja di waktu petang. Namun, jika ada isteri yang lain, sekurang2nya ade la teman untuk bersembang gossip artis ke, main anak patung ke, main nyorok-nyorok ke.

Tidak perlu melahirkan ramai anak
Ya.. Perempuan zaman sekarang tidak mahu melahirkan ramai anak disebabkan ingin menjaga bentuk badan yang ramping. Cuma lahirkan seorang, kalau darab dengan 4 isteri, dah 4 orang anak untuk satu round kasih sayang. Belum second round lagi.

Banyak kampung halaman
Jika anda orang bandar, hanya bandar la kampung anda bila tiba hari raya. Bayangkan jika anda mempunyai 4 kampung, utara, selatan, pantai timur, pantai barat, ataupun Sabah Sarawak. Bukankah sesuatu yang menyeronokkan memandangkan anda tidak perlu melancong dalam Malaysia lagi dah. Balik kampung pun dah dikira melancong bersama isteri-isteri yang solehah.

Ada kawan untuk bersenam Poco Poco
Bersenam Poco-Poco seorang diri kadang kala dilihat bagai orang gila dan runsing di rumah tatkala suami bekerja. Terfikirkah anda jika mempunyai ramai isteri, tarian Poco Poco tersebut bertambah happening dan lebih menarik.

Anda berpeluang memiliki kenderaan besar
Mungkin anda akan memiliki kenderaan besar seperti van penumpang ataupun bas kilang bila anak anda mula ke sekolah kelak. Ini bergantung sekuat mana kasih sayang anda terhadap para isteri sehingga melahirkan anak yang sangat ramai.

Ini adalah pendapat bagi saya. Jika anda rasa ia sesuatu yang membahagiakan, anda boleh cuba. Someone has told me "Jika anda suka berhadapan dengan periuk, kuali dan pinggan terbang, mungkin itu risiko kecil yang tidak 'menyakitkan' bagi anda". Hahaha. Saya setuju

Monday, March 9, 2009

10 Perkara sewaktu pendek

10 perkara pelik semasa aku baru kenal dunia..
  1. Aku dibesarkan dengan anak patung teddy bear. Yang memakai snowcaps dan berbaju merah. Sekarang dah hilang tak tau sape kebas.
  2. Tak suka nasi lemak dan kuih muih. Aku makan Quaker Oat sampai la malam.
  3. Suka main masak-masak, main getah dan main teng teng macam pepuan.
  4. Bergaduh dengan kakak aku pasal warna harimau. Kakak aku kata oren, aku kata kuning.
  5. Suka peluk bantal peluk yang bertanduk untuk tidur, sampai la Kak Nani, merangkap sepupu aku kata pocong suka dipeluk malam malam.
  6. Makcik aku suka cium pipi aku. Aku tak suka, sebab air liur dia masam.
  7. Takut dengan patung afro McDonalds. Sebab macam gampunk.
  8. Selalu membuat larian pecut bila balik dari tadika. Banyak kali aku diselamatkan sepupu kerana hampir dilanggar kereta yang juga sedang memecut.
  9. Tak heran dengan mainan. Aku pantang jumpa pensel dan kertas. Melukis sampai tertidur.
  10. Selalu dikejar arwah nenek sebab suka melukis di dinding. Bagi aku lukisan aku cantik dan harus dipamerkan.
Gambar ni diambil selepas aku terpijak kismis kek makcik aku

Friday, March 6, 2009

Kisah Cuaca Panas

Ia kelihatan hebat bagi mereka, terlalu biasa pada aku.

Kisah ini ketika aku darjah 4 dulu, aku bersekolah baru. Family aku berpindah pada tahun 1993 dari KL ke Puchong. Puchong amat panas, tidak seperti KL, sejuk bangat dan banyak pokok pokok.

Dulu kulit aku putih. Sejak berpindah ke tempat baru, tempat ni panas, terik, dan memeningkan kepala. Dah la aku sekolah petang, kuat berjemur bila tunggu bas sekolah yang lambat sampai. Sampai keputihan aku bertukar kegelapan secara tidak disedari.

Abah kadang kadang kata, muka aku dah macam kene salai. So dia bagi aku topi, suruh pakai. So sejak hari tu aku pergi sekolah pakai topi, sampai aku menerima ugutan dari guru-guru supaya tanggalkan topi apabila dalam kelas. Aku bukan perli abah aku, cuma kalau dah pakai, wat per nak tanggalkan. Aku selalu salah faham.

Topi tu biasa jer. Topi yang berlabel TV3 yang berjaring. Kaler merah. Orang kate merah tu striking. Aku menjadi perhatian bila berada di sekolah, di dalam bas, dalam tandas, dan waktu perhimpunan sekolah apabila memakai topi itu. Ada juga guru-guru memuji logo TV3 di topi tersebut, walaupun ia hanya topi jaring, seperti tapis santan kelapa yang berspan.

Zaman tu, orang-orang tertentu je yang ade connection dengan TV3. Mungkin dorang ingat abah aku ade link dengan Aziz Desa (MHI), ataupun Azwan Ali (Muzik Muzik) yang dulunya amat kental berbanding kini. Ya, dulu dia kental. Dan zaman tu tiada Jom Heboh untuk mendapatkan barang-barang TV3.

Sampai satu masa, ade la kawan aku ni, nama dia aku lupa. Tapi dia ade tanda seperti tahi lalat di matanya, amat hebat. Dia selalu perli aku. Dia kata aku ni bakal pengurus TV3, disebabkan aku pakai topi tersebut. Dia amat dengki, siap hasut kawan2 lain, tapi hasutannya tidak berjaya. Malah, ada kawan-kawan yang ingin fotostate logo TV3 di topi tersebut, memandangkan tiada Internet Connection untuk mendapatkan logo TV3 yang popular pada waktu itu.

Pernah aku tertinggal topi tersebut dalam bas sekolah. Sebab aku cuai. Driver bas tersebut ialah Abg Zul. Aku pernah tanya tentang topi tersebut pada Abg Zul, mana tahu dia jumpa. Ya, dia kata dia akan pulangkan. Lama la juga dia nak pulangkan, berminggu minggu. Kawan aku kata Abg. Zul pakai topi tersebut semasa dia dating dengan awek dia. Kawan aku ternampak.

Kini, semua itu hanya kenangan. Topi tu dah tiada lagi. Topi TV3, warna merah, berjaring, berspan.

Mungkin hanyut disebabkan banjir besar di Puchong dulu pada tahun 1994.

Sunday, March 1, 2009

Meja ini terlalu indah

'She just know me, not into my reality.'

Tak kisah la, kalau rahsia pun, itu hati dia. Dia tak salah, hanya kerana just new in that place. Semua orang akan berjalan, laju atau cepat, sampai atau tidak. Laju-laju pun bahaya, boleh terbabas, perlahan sangat pun, maybe tak sampai.

If i meet this one, i will say "You and me, or another. Kita tak control semua ni. You know what the point it is." Saya mengharapkan senyuman manis dia. Senyuman yang menjadi penawar segala perasaan. "You the last cute one, that make me shut"

You know if you read, maybe you guess this is you. Tak pela. The reality, saya tetap pandang bawah, kepada kaki saya yang memijak bumi, at the first level of college. It apart of my experince, someone always look at me. Hanya terlalu drastik, ia memusnahkan sedikit kebaikan.

Tuhan memang uji sabar saya.

Tuhan uji hati dan kasih sayang saya.

Tuhan akan hadiahkan sesuatu. Dengan izin-Nya.

Saya pernah kata, saya tidak pernah lahirkan rasa sayang secara zahir selepas tahun 2006. Tuhan juga begitu, saya faham kenapa manusia itu ada seketul daging yang selalu lahir dari perkataan dan perbuatan.

Thanks God.

Siapa tak nak lambat kan

Dunia semakin pantas merentas masa. Teknologi semakin terkini. Barang semakin murah. Mudah didapati atau senang dicari.

Aku ade sedikit benda yang mungkin tak kene dengan sesebuah perkataan. 'DSLR' .Didefinisikan sebagai Digital Single Lens Reflex. Dimana single lens reflexs tu merujuk kepada pantulan cahaya yang dibuat kepada reflextor ke view finder. Bila di snap, reflextor ini akan memberi laluan kepada cahaya untuk terus ke sensor.

Konsep yang dilacarkan oleh Nikon di Photokina, Colonge selepas Sony Mavica pada tahun 1986 dengan model Nikon SVC (model DSLR pertama Nikon) dengan meniru habis konsep kamera SLR filem untuk dijadikan model digital.

Perkembangan tersebut menjadikan dunia photographer terbelah dua aliran, iaitu manual photographer dan digital photographer. Itu tidak pernah menjadikan masalah, cuma sometimes yang menjadikan photographer itu tak tulen setelah mereka mengedit gambar yang diambil. Its about Graphic Designer or Photo Editor, for the most.

Dan terbitnya DLSR yang menambah format HD (iaitu fungsi merakam video). Briefly, memang ia just adds on, tapi ia agak kelakar dikalangan photographer tulen. This is about just marketing strategy yang membunuh dunia photographer apabila dikaji semula.

Mungkin suatu hari nanti, DSLR juga ada fungsi MP3 player, game console, telephone dan lain lain. Bagi saya, ia kelakar.

p/s : One day, i want to watching cerekarama at channel TV3 on DSLR. Funny isn't it.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...