Sunday, January 31, 2010

Aku ke Ipoh, bersendirian

Ada masanya aku rasa, aku nak berhenti sekejap daripada buat kerja-kerja sekarang. Aku perlu rehat, aku ingin berjalan lebih jauh, tak kira naik bas atau motor, sebab hanya dua kenderaan ini yang selalu jadi pilihan aku.

Aku pilih bas, sebab aku boleh layan muzik.

Aku pergi Ipoh esok, pergi menghirup angin dan udara Bidor, Gopeng, Sungkai, Simpang Pulai. Teringat kisah 2 tahun lepas, tak silap hujung tahun 2008. Motor aku rosak kat bawah jambatan Bidor. Sorang-sorang. Tengah panas terik pulak tu.

Teringat jugak peristiwa kat Tanjung Malim, motor aku pancit selepas terkena plet tajam, sampai plet tu masuk dalam tayar. Agak risau, sebab perjalanan jauh lagi. Tapi jangan takut, sebab selalu ada pomen menunggu di depan sana. Sediakan wang secukupnya ok.

Aku dah beli tiket, tadi ada akak tu penjaga kaunter Transional Puchong Prima. Dalam pukul 11 camtu la aku booking tiket. Mudah, booking tiket online jer. Hari ini Ahad, sok Isnin nak bertolak, so pelik aku booking tiket kul 9 pagi tak boleh. Try pukul 10 pun tak leh. Dia cakap yang boleh booking pukul 1 petang je, walaupun seat pukul 9 dan 10 pagi masih banyak kosong.

Rupanya dia lupa tukar tarikh esok, memang la tak boleh.

Pukul 9.30 pagi, kat Puduraya. Aku ada disana untuk memulakan bulan Febuari pertama aku tahun 2010. Kalau terjumpa aku, aku bawak hadiah. Rahsia ok.

Fakta : Isnin 1 Febuari hari cuti untuk semua orang KL.

Wednesday, January 20, 2010

Cakap banyak pun tak guna

"Kerja siang malam, tak penat ker ?"

"Yela, aku bujang, bukan macam kau, dah kahwin mana leh kerja lewat-lewat sangat.. Bini pun leh lari."

Selalu aku menjawab macam tu, kalau ada orang yang tanya soalan demikian. Kerja jangan memilih. Dulu ada sorang staff ni la tegur aku, " Kerja jangan merungut."

Sampai sekarang aku ingat. Namun jangan fikir orang yang selalu memberi nasihat ni dia ikut apa yang dia cakap. Tapi, aku suka dengar orang nasihat orang lain. Nasihat ni bagus, sebab kita boleh berubah.

Memang kerja aku macam ni, kalau projek masuk, dua tiga pagi baru balik. Tak balik langsung pun ada. Kerja advertising memang selalu rush, kerja nak cepat, tetapi bagi file nak print selalu lambat-lambat.

Kerja ni biar cari pengalaman, tiada sesiapa pun yang kat atas boleh berjaya kalau tak pernah duduk kat bawah. Kaki pengampu boleh la. Aku bukan kaki pengampu. Sebab aku tak suka jadi macam tu, walaupun kita ni manusia bukannya pandai sangat.

Allah bagi kita kerja, sebab rezeki itu ada pada kerja yang Dia berikan. Kerja dan belajar sampai hujung nyawa, kita tak pernah rugi pun.

p/s : Kerja rajin-rajin dan belajar bersungguh-sungguh di luar sana. Bagi 120% ! ( aku tiada dalam gambar ini )

Friday, January 15, 2010

Langkah baru, dan seterusnya

Telah muncul, sebuah blog + book yang lebih dikenali sebagai Blook. Siap cetak pada Sabtu ini. Kompilasi 14 penulis blog terpilih.

Terbit penghujung bulan ini. Dan mungkin ia akan terbang sehingga ke Japan.

Siapa mau? Sementara stok masih ada!

Saturday, January 2, 2010

Sesiapa yang pernah tengok HANTU

Bila cakap pasal hantu, mesti perkataan hantu tu ada kaitan dengan perasaan takut. Takut melihat hantu, sebab muka hantu buruk, dan suka mengacau.

Bila sebut tentang hantu, mesti berkait rapat dengan waktu malam, bunyi anjing menyalak, berseorang-sorangan dan suara yang memanggil-manggil.

Bila meceritakan tentang hantu, mesti menceritakan tentang rambut panjang, berkain putih, tak jejak bumi, cepat hilang, terbang atas pokok dan macam-macam la karekternya.

Hantu pula banyak jenis. Kalau kat Malaysia, hantu memang berpakaian putih, tak pun berbungkus. Kalau kat China, hantu dorang suka pakai pakaian perayaan cina, bagi melambangkan perayaan dan kebudayaan mereka. Hantu orang putih lain pula. Suka pakai pakaian hitam kalau kamu kaji semula movie-movie mereka.

Semua orang takut hantu. Ya, aku juga macam kamu. Sebab kadang-kadang ada suara, tapi tak menjelma. Kadang-kadang nampak dia atas pokok, melambai lambai kat atas bangunan, kat belakang kereta tiba-tiba nampak perempuan pegang batu nisan.

Cuma aku respect satu golongan ni, hantu tu buat la macam mana pun, dia tak rasa apa-apa. Jauh sekali dia takut dan ingin melarikan diri.

Golongan orang buta.

Friday, January 1, 2010

Titik mula yang penuh dengan cabaran

Hari ini, adalah hari permulaan semua orang. Di tahun baru, pelbagai manusia menanam azam untuk menjadikan tahun 2010 adalah lebih baik dari tahun sebelumnya. Syabas kepada mereka-mereka yang mengecapi kejayaan pada tahun 2009. 2009 meninggalkan kita semalam dengan pelbagai kenangan pahit manis dalam sejarah hidup kita.

Aku percaya, 2009 menjadikan kita lebih matang untuk mengharungi masa depan. 2009 mempunyai pelbagai cerita, suka duka. Dan aku harap, azam kamu semua sentiasa guide kamu sehingga penghujung tahun ini. InsyaAllah.

Dan aku, aku mahu menjadikan dunia blog aku menjadi lebih warna warni. Lebih maju ke depan. Aku mahu 2010 lebih berjaya dari tahun-tahun yang meninggalkan kita. Walau apa yang terjadi, aku mahu 365 hari ini adalah hari yang cemerlang kepada aku dan juga kamu.

Kepada kamu, semoga berjaya. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...