Wednesday, July 29, 2009

Tiga Jenis, kamu jenis mana?

"Tak semua manusia macam aku." Ini adalah ungkapan yang selalu aku sebut, ingat dan menjadi 'key point' dalam penulisan blog. Mungkin kamu boleh kongsi perkataan ini.

Tiga jenis. Ada orang ramai kawan, ada orang tak ramai kawan. Ada yang tak perlu kawan. Macam-macam.

Yang ramai kawan, selalu cakap "Bila kawan ramai senanglah bila kita susah." Takpun "Kalau ade ape-ape hal, senang contact." Selalu dengar kan.

Golongan ni selalu 'High Profile', sukakan populariti. Berani bila ramai, bila sorang-sorang, jadi penakut. Banyak ketawa, dan expectation tinggi. Jenis sukar berpisah. Suka mempertahankan hak, cepat mengamuk.

Yang tak ramai kawan selalu kata "Kawan ramai buat apa, bila senang je datang, bila susah semua lari." Ni pun selalu dengar.

Biasanya kawan-kawan dia golongan yang 'Low Profile', jenis yang tak power sangat, biasa-biasa saje. Tapi berbakat super. Kadang-kadang sukar diajak keluar lepak, jiwa sastera, bercakap pun nak grammar. Cuma sedikit bosan.

Jenis yang tak perlu kawan ni, biasanya pendiam. Pernah dia bagitau aku "Aku ni jenis buat hal sendiri, malas nak mengharapkan orang lain."

Ini adalah golongan paling jarang di muka bumi ini. Lagipun dia ni adalah golongan 'anak lot'. Semua dapan mata. Ramai orang nak berkawan dengan dia, tapi jenis memilih. Bajet bagus.

So, disinilah aku beri sedikit point untuk rujukan kamu.

Sunday, July 26, 2009

Perakam Waktu

Ia datang dan pergi. Manusia lahir untuk mengenal dunia. Dunia yang penuh cerita, impian dan cita-cita. Sebuah halangan yang akan ditempuhi dengan akal dan secebis kesabaran serta ketabahan.

Selagi manusia berusaha, dia tidak akan jatuh diatasi manusia lain. Selagi manusia hidup, selagi itu manusia akan berjalan untuk mencari diri, mengenal diri yakni kenapakah dia dicipta oleh Maha Kuasa.

Apabila manusia berusaha, manusia itu akan bertemu dengan segala kesukaran. Kesukaran itu merupakan antara syarat yang harus ditempuh untuk berjaya. Tiada jalan untuk ke arah kebaikan sekiranya manusia masih tidak mengenal diri.

Hidup manusia lebih berkisar tentang 'siapakah aku'. Seandainya manusia itu menyedari sebuah hakikat, manusia itu lebih berani untuk menempuh segala psikologi manusia lain yang hanya menjadi 'tukang komplen' di dalam diary perakam waktu sesebuah kehidupan.

Wednesday, July 22, 2009

Detik ia berlalu

Segalanya sudah lama tamat. Cuma dikala saat terakhir itulah kadang kala manusia seperti aku menafikan takdirnya. Saat ia pergi berlalu, aku seolah-olah memikirnya ia tak pernah berlaku.

Manusia semua sama. Manusia memiliki perasaan benci dan cinta. Detik apabila anda terpisah pergi daripada tempat yang memberikan seribu kenangan, tawa dan tangisan. Sebenarnya ia adalah nostalgia dan cerita yang sangat panjang.

Monday, July 20, 2009

Manusia Sixth Sense ?

Pernah terdengar sixth sense? Pernah menonton movie sixth sense? Apa itu sixth sense?

Sixth sense adalah istilah deria ke enam selain pancaindera yang tuhan ciptakan seperti melihat, merasa, menghidu, mendengar, meyentuh.

Di dalam dunia ini, tidak ramai manusia yang dianugerahkan deria keenam ini . Bahkan manusia yang dianugerahkan deria ini sendiri tidak sedar dia mempunyai kemampuan tersebut.

Manusia yang mempunyai sixth sense ini mempunyai kelebihan mentafsirkan sesuatu kejadian sebelum ia berlaku. Biasanya dia dapat melihat sesuatu tindakan seseorang atau membaca niat seseorang berdasarkan teori logik yang tidak pernah dipelajari sebelum ini.

Teori logik itulah yang membawa manusia sixth sense ini untuk mentafsir sesebuah tindakan seseorang 3 kali ganda lebih pantas daripada manusia biasa yang lain. Malah, tafsirannya sangat tepat sehingga mencapai 95% tanpa sebarang informasi daripada orang lain.

Yang paling anehnya, mereka ini selalu bercakap sesuatu yang tidak logik akal, dan majoriti orang yang mendengarnya tidak akan percaya dengan kenyataan mereka yang sixth sense ini. Akhirnya apabila sesuatu itu telah berlaku, tiada satu pun yang mempertikaikan kenyataannya selepas itu.

Adakah anda miliki sixth sense?

Thursday, July 16, 2009

Abang, abang ni hensem la.

Pernahkah anda ditahan abang polis semasa memandu atau menunggang motorsikal?

Inginkan beberapa tips yang berguna?

Kisah satu

Suatu malam, aku ditahan oleh abang polis yang hensem (kurang sikit daripada aku) mungkin la. Jadi, tips ini aku gunakan. Semasa dia menahan aku, aku memberi isyarat ke tepi dan memberikan kunci motor aku kepada dia.

Dia tergamam. Sebenarnya roadtax aku telah tamat tempoh, dan aku berkata kepadanya sebelum dia meminta apa yang patut. "Encik, minta maaflah encik, roadtax saya dah mati, tapi saya tak sempat nak buat baru. Saya masih belajar ni cik. Kalau dah masuk bulan, InsyaAllah saya buat. Maafkan saya encik, saya salah" sambil memberikan lesen yang tamat tempoh. Dia melihat lebih kurang dan bertanya "Belajar di mana ni?" "Saya belajar di Kolej Poly-Tech Mara cik" sambil me'encik-encik' dengannya.

"Ok, takpelah" sambil memberikan segala kad-kad ic, lesen dan roadtax tu. Tak lupa juga "Terima kasih ye encik, saya gerak dahulu" kata aku sambil menghargai kerja dia.

Kisah dua

Sorang polis berpangkat pakcik menahan. Aku memberi isyarat ke kiri dan memberikan kunci kepadanya. Dia menolak sambil berkata "Takpe". Sebelum dia meminta dokumen yang patut, aku berkata "Tuan, maafkan saya, roadtax saya dah mati ni tuan. Baru lagi. Saya belajar lagi ni. InsyaAllah bila wang ada, saya buat segera, kebetulan saya baru pulang ziarah orang sakit ni. Saya minta maaf tuan, saya salah." sambil memberikan IC, lesen dan roadtax.

Polis tersebut memegang bahu aku dan aku terkejut, seraya dia berkata "Bagus! Kamu tak ada roadtax tapi kamu berbudi bahasa. Orang macam kamulah perlu selalu ada. Jangan jadi golongan muda yang lain. Sudah salah lagi kurang berbudi bahasa. Kami bukan mahu saman, tapi kami ingin menjalankan undang-undang. Sekalipun kamu melakukan salah, saya masih boleh lepaskan kamu kerana budi bahasa kamu.".

Dan aku lepas untuk kali yang keberapa pun aku tak tahu.

So ambil tips ini. Mungkin ia berguna kelak :
  1. Menghentikan kenderaan secara sopan.
  2. Minta maaf sebelum menyatakan kesalahan.
  3. Memberitahu kesalahan.
  4. Memanggil Tuan atau Encik. Jangan sesekali panggil 'abang'
  5. Memberitahu anda tidak akan ulang kesalahan.
  6. Beritahu jika anda mahu meneruskan perjalanan.

Tips ini 99.9 peratus berjaya. 0.01 tidak akan berjaya jika mood abang polis tu tak baik masa tu.

Anda bagaimana?

Tuesday, July 14, 2009

Tahukah anda bijak?

Pernah tak terdengar " Kau ni bodoh la, berapa kali aku dah cakap". Atau "Kau ni bengap sangat apesal??"

Jika pernah, biarkan sahaja. Anda tidak layak untuk memarahi orang yang lebih pandai dari anda. Mungkin anda telah berjumpa dengan seseorang yang sangat inteligen pada waktu itu jadi biarkanlah.

Cuma anda perlu selalu ingat ini.

Manusia yang bijak di dunia ini adalah manusia yang sering berkata baik dalam komunikasi. Jadi, anda harus tahu, anda sebenarnya lebih bijak dari mereka.

Fahami dan kasihanilah mereka. Mungkin sebab itu Rasulullah sering tersenyum apabila berhadapan dengan orang yang macam ni.

Thanks to read :D

Saturday, July 11, 2009

Saat yang terhenti seketika

"Saat ini terhenti seketika." lafas hati aku tatkala pukul 5 petang tadi. Sabtu bukanlah waktu cuti aku untuk masa ini. Aku terpaksa menyiapkan kerja ini, sepantasnya.

Mungkin ini untuk pengabisan dilemma, dimana sejak aku menulis blog ini, anda mengikutinya sepanjang masa aku hidup di negeri orang. Ini adalah penghujung sebuah permulaan cerita itu, bagi aku.

Tatkala waktu ini terhenti, aku mengharap doa dari kamu, supaya aku sedaya mendapatkan markah pengabisan, iaitu Practical Presentation Isnin ini, pada pukul 9 pagi.

Doakan juga aku bersama anda di dalam dunia blog ini tatkala saat yang terhenti ini, berjalan semula.

Anda semua sangat bernilai bagi aku.

Friday, July 10, 2009

Aku mahu hadiahkan 'RAHSIA' ini

Terima kasih kepada pembaca blog aku, aku mulakan bicara. Selama ini, kamu telah banyak membaca penulisan ini. Terima kasih kepada yang sudi komen. Komen anda membuatkan aku mencetuskan idea untuk kamu. Aku jadi lebih gigih menulis. Smile : )

Terima kasih juga kepada pembaca yang lain. Asalkan anda pernah membaca, itu sudah memadai.

Kepada pembaca semua, aku mahu bagi kamu hadiah. Hadiah ini lumayan. Kalau kamu bagi keseluruhan wang Tomok pun, kamu komot kan je wang itu. Hadiah ini lebih berharga, sebab kamu dapat FREE, aku bagi.

Nah!

bersambung...

Thursday, July 9, 2009

Cinta dari Syurga

Muhasabah diri, penentang segala penyakit dalam diri. Dalam diri ada pelbagai penyakit. Antara penyakit itulah dinamakan penyakit batiniah. Penyakit batiniah yang mengundang kepada penyakit zahiriah.

Bersifat positif dan mengeluarkan perkataan yang baik merawat penyakit dalam diri. Dalam hidup, manusia tidak bersifat sama. Setiap manusia mempunyai paksi diri yang berbeza dan dasar pemikiran manusia yang mempunyai jurang yang berlainan.

Bersikap positiflah bila kita berhadapan dengan makhluk Allah setiap persekitaran kita. Sesungguhnya manusia yang baik itu, sentiasa berkata perkataan yang baik, dan memikirkan sesuatu yang baik. Dengan itu, manusia akan sedar akan setiap kesilapan sendiri dan menutup mulut untuk membicarakan kesilapan orang lain.

Maka, itulah salah satu pintu lorong yang akan menuju ke arah muhasabah diri. Semoga jalan itu terus disuluh dengan cahaya dan keterbukaan hati yang penuh luka dan hitam.

Hanya Allah Maha Mengetahui.

Monday, July 6, 2009

Tiba-Tiba

Jika peluang datang di depan anda, lihatlah peluang itu. Jangan mudah untuk menolak sebuah peluang yang dibuka didepan anda. Peluang bagaikan sebuah tajuk kehidupan baru.

Peluang mengubah hidup anda. Peluang bukan datang selalu. Peluang itulah pintu yang membuka rezeki hidup anda. Peluang juga merupakan titik mula sebuah kisah hidup.

Tontoni Yes Man lakonan Jim Carey dan Zooey Deschanel, merupakan sebuah komedi kehidupan seorang lelaki yang mengubah kehidupan dengan hanya satu perkataan.

Sunday, July 5, 2009

Krisis Seorang Remaja

Semasa zaman persekolahan aku, aku tiba-tiba menjadi sedikit hyper-active. Aku suka untuk men'join' trend yang ada disekeliling. Rasa macam bagus mula membara.

Zaman aku, aku tengok kawan-kawan semua tempah seluar saiz besar di bahagian bawah. Mula-mula dorang buat 18 inci, lepas tu ade yang berani 20 inci. Sampai kat aku, aku tempah sampai 23 inci. Aku rasa kucing betina prengnant pun boleh sorok kat bawah seluar aku.

Setiap petang, kawan aku nie buat tarian break dance kat sekolah. Mula-mula aku tak bape minat. Tapi jujur la, aku pun buat break dance skali akhirnya sebab terikut-ikut. Dengan memasang lagu Too Phat yang popular dengan lagu anak ayam tu, tajuk aku lupa, terkinja-kinja la kami macam lipan masuk dalam underwear. Agak bodoh bila aku fikir balik.

Banyak kali dah kami di'sound' cikgu disiplin. "Dey, you ingat ni pentas ke? Pergi dance luar sekolah la" kata cikgu yang aku dah lupa nama dia. Kami ni nama je pengawas, tapi kami jugak la yang selalu menyanyi nasyid tiap kali menyambut sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul, dan Pertandingan dalam daerah. Gila punya Multi Tasking.

Zaman sekolah aku ni nak glamer je lebih. Orang kata poyo-poyo. "Ala, biarla orang kata poyo, bukan kau kacau mak dorang berak pun" kata Al-Fala merangkap kawan sekampung aku.

Korang? Mesti ada kenangan gila jugakkan. Meh kongsi.

Saturday, July 4, 2009

Mesti Nampak

"Kalau masuk Simpang Pulai, kalau jumpa benda ni, dah betul la tu dah dekat nak sampai".

Thursday, July 2, 2009

Rest In Peace to Michael Jackson

Bila aku dengar lagu ni, aku ingat time ni semasa aku sekolah rendah, tak silap aku tengok di TV2, semasa tu aku tengah study untuk UPSR.

Lagu dia memang best. Memang layak digelar Raja Pop Dunia. Semua yang dia lakukan, performance dan style, orang akan tau itu Michael Jackson.

RIP to MJ !

3D Modelling Ipoh Pertama Google Earth!

"Kalu u dah siap place bang. Maju perak inform saya! Pls i ada meeting mlm ni!". Itulah SMS yang aku terima pada 1 Julai 2009, kul 9.01:41 malam waktu cell phone aku.

3D Sketchup yang aku kene buat, kene upload balik. Yang hari tu tak jadi, modelling terbang ke Colorado. Hahaha. Salah placing. Hmm...

Selepas SMS tu, sebenarnya aku yang agak kelam kabut. Yela, payment dah clear, tapi sometimes kerja ni kene cover cepat. Bab upload ni aku kene study. Fuh, scaling agak tepat. Tak lari jauh, cuma adjust utara selatan, check balik dalam temperory, then upload modelling dalam Google Earth melalui akaun blogspot, menggunakan SketchUp 7 yang baru.

Kat U.S, 3D modelling dalam Google Earth pun tak banyak. Kat Malaysia ade la beberapa, tu pun KLCC, Muzium Negara, Menara bank dan lain-lain. Tak ramai yang buat benda ni. Untuk aku, ni kerja sampingan yang menguntungkan selain kerja part time yang lain.

Ini adalah 3D Modelling Ipoh yang pertama dalam Google Earth. Dihasilkan bulan lepas, dah diupload kurang dari 3 jam selepas aku post blog ni. Di approve Google Earth kurang dari 10 minit, so ia boleh di'view' oleh semua pengguna Google Earth seluruh dunia.

Fire Brigade, adalah satu daripada Heritage Building yang menjadi sejarah Perak oleh kerajaan British ketika dulu. Terletak di Jalan Sultan Idris Syah, antara Plaza Yik Fong dan Bangunan Sri Kinta berdepan dengan Cosmopoint yang berjiran dengan menara TM Net.

Untuk melihat, anda harus menginstallasi Google Earth, dan carilah disana ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...