Saturday, January 17, 2009

Dosa Dalam Kehidupan

Dalam sebuah riwayat menyebut bahawa Rasulullah s.a.w menyatakan siapa yg memulakan suatu kejahatan, kemudian tersebar dan menjadi ikutan ramai, maka dia akan menanggung dosa tersebut berterusan seramai mana yang mengikut dan melakukan perbuatan tersebut. Kalau sifulan sudah mati pun, dosa itu tidak akan putus2 selagi ada org yang melakukan perbuatan yg dimulakan oleh sifulan itu.

Thursday, January 15, 2009

5min.com

Post kali ini aku nak kongsi sikit dengan korang yang mungkin jenis suka mencari video2 yang mengandungi pelbagai informasi di internet. Seperti yang korang pernah melayari Youtube, 5min juga adalah satu website yang mengandungi pelbagai video yang menarik untuk di"stream".

Kelebihan 5min.com ni, dorang hanya membenarkan upload video yang mengandungi informasi yang berguna sahaja berbanding Youtube yang terlalu benyak video yang merapek sekarang nie. Aku melayari Youtube pada awal tahun 2006, dan pada masa tu masih tak ramai yang tahu tentang Youtube tu sendiri (disebabkan aku masa tu tengah cari lagu Indon).

Berbanding dengan 5min, ia amat berguna untuk korang yang suka membuat skill atau trick2 yang berkaitang dengan street magik, masakan, muzik dan lain2.. Dan kebanyakan video yang di'upload' bukan tidak melebihi daripada 5 minit, ianya sekadar nama sahaja. Dan 5min ni masih dalam awal pembinaannya lagi dan masih berat berbanding dengan Youtube (aku jumpa 5min ni pun dalam awal tahun 2008).

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mencari2 video yang berkaitan dengan ilmu, korang leh cari dalam website ni. Untuk yang masih belajar di IPT, video ni sangat berguna untuk korang dalam membuat tugasan kelas dan melihat video2 yang menarik untuk menambah ilmu pengetahuan.

Friday, January 9, 2009

Formatting PC

bilik aku

Penghujung tahun 08 yang lepas, bilik aku tiba2 dimasuki komputer yang banyak sangat sampai aku pun tak ble baring kat lantai seperti biasa..alahai, bebudak hantar komputer untuk di format la..

Ni sume gara2 aku main YM then aku post kat situ yang ade offer free format laptop or pc.. Apelagi, bebudak yang slalu YM aku sume hanter laptop dorang kat aku.. ade gak yang anta pc siap dengan LCD Monitor yang dia baru beli..

Then adelah seorang akak TNB tu tau yang aku wat keje2 camni, dia pun bagila tau kawan dia selaku pekerja dalam company TNB tu..dia bagi laptop dia kat aku, first dia nak masukkan XP dalam tu, ade gak aku try, tapi xleh sebab laptop tu build for vista, so pakai Nlite la pulak kan.. Guna Nlite ni yang aku malas nak wat. Aku ade gak guna Nlite yang aku create untuk laptop wani hari tu, tapi xleh detect gak la. Then paling senang pinjam Vista sya untuk test bios dia.. Vista xde masalah untuk install, cuma serial jer la.

Last sekali seme sttel dan akhirnya aku x dapat jawab quiz IDB sebab xde masa nak baca nota disebabkan asyik format pc orang lain. Then selepas tu aku mula la cas sedikit wit, supaya aku pun same2 dapat untung .Sekurang-kurangnya ia dapat membuatkan aku rase kerja2 aku dihargai.. Betulkan..

Tuesday, December 30, 2008

Perkahwinan Ika [ 27 & 28 Dis 08 ]





Kelas aku berakhir pada hari Rabu bersamaan dengan 24 Dis. Pada keesokan harinya aku akan balik ke Puchong untuk pergi ke rumah Ika di Damansara. Aku, Yus dgn Zai balik sekali pada hari tu. Nak ceritanya, aku kene pergi ke rumah Ika untuk mengambil gambar majlis pernikahan dia dengan hari majlis perkahwinan sekali pada hari Ahad..

Terletak di Bandar Sri Damansara, dah la aku tak tahu jalan nak pergi camne..Dengan menaiki Ninja zx150 rr, perjalanan yag jauh tu dapat menjimatkan masa..Aku bertolak pada hari Sabtu selepas Asar dan sampai ke sana dalam pukul 6 petang. Berpandukan Google Maps sebelum aku jalan, dapatlah aku membayangkan kat mane umah dia tu.. Thanks Google.

Pernikahan pada hari Sabtu tu bermula selepas Isya' dan majlis yang berlangsung pada hari Ahad berjalan seperti hari-hari biasa majlis perkahwinan.. Pada hari Ahad aku bertolak dalam kul 10.30 pagi dan sampai ke sana dalam pukul 11.10 pagi.. Kiranya pengantin pun belum bersiap lagi la kan..

Majlis berakhir dalam pukul 3.45 petang dan memandangkan hujan pada petang tersebut. Aku sempat balik pada pukul 6 ptg menyusuri highway LDP yang masa tu tak banyak kereta sangat..
At least, aku dapat menunaikan tugas aku sebagai biasa2nya photographer yang hanya menggunakan Nikon Coolpix jer.. Nak guna Nikon FM2, abah aku nyer..kalau dapat guna Nikon FM2, mesti gambar dia lebih menarik..

Sunday, December 21, 2008

PSK Medan Kid

sempat posing lagi tu

Entah kenapa malam ni aku rase boring sangat.. Last2 dapat mesej dari abg Hairi yang dia ajak datang ke tempat kj dia. Jam menunjukkan kul 3.30 pagi dah time tu.. So aku pegi je sane tanpa banyak cerita..

Memandangkan hari tu last dia kj malam, so aku nak la datang sebab keesokkan harinya dia dah cuti dan tukar shift dari malam ke siang lak. Tak de yang nak disembangkan malam tu. Cuma just jalan2 kat tempat area dia bekerja. Kes kecurian yang berlaku kat tempat dia tu lagi masih belum reda. Tapi masih tiada lagi tangkapan dibuat dan kilang tersebut masih belum memasang CCTV atau dikenali sebagai Kamera Litar Tertutup.

So sembang punya sembang sampai la pukul 6 pagi baru aku nak berangkat pulang. Ia adalah pusat servis kereta yang besar di Ipoh, dan cawangan ke 3 selepas di Shah Alam. melihat equipment mereka yang serba canggih sekurang2nya aku dapat membezakan dengan pusat servis Kawasaki yang terletak di Shah Alam, cuma bezanya adalah jenis kenderaan sahaja. Takde ape yang aku nak postkan kali ini.

Thursday, December 18, 2008

Muzium Kesenian Islam [ 27 Oktober 2007 ]

Ustazah and the juniors

Kedai Tayar yang menyelamatkan kami..wawawa

Zila - Yus


Zidane 


Azad

Ayu - Mek

Aku - Jeff

Pada Oktober 2007 yang lepas kami satu kolej telah pergi ke Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur anjuran Koperasi Kolej Polytech Mara Ipoh. Seramai (entah) telah hadir mengikuti rombongan ini termasuklah ustazah kolej kami.

Pagi tu aku dengan Zidane gerak same2 dan bas telah menunggu di Cherry Apartment. Driver bas tu cakap yang dia nak gerak awal dalam kul 7.30..Haa...kat sinilah bermulanya cerita pada hari tu.

Bas nak gerak, tetapi ada student2 yang tak naik lagi. Bila ustazah wat spot check, di dapati ada penumpang yang tak naik lagi.. Siapa ek?? Oh..Mek dgn Ayu la..Bila ak coll Mek, dia bagitau yang dia baru bangun..haha..terpaksalah tunggu dorang bersiap..dalam 15 minit lak tu..laju siot..Apela dorang nie..

Yang satu lagi ceritanya, Jefri yang hanta Wawa (wawakun) tu mula2 hanya hanta wawa jer, then kalau tak silap aku ade kekosongan lagi la..sempat dia balik tukar baju dan join same.Fuy, sempat lagi ko Jeff.. Bila Mek dan Ayu dah masuk dalam bas, tanpa berlenggah lagi, kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan, kami sempat berhenti di perhentian Tapah untuk sarapan pagi.

Time tu la Azad yang dulunya aku tak biasa dengan dia (memandangkan dia Abang Library) mula kenalla siapa dia. Siap aku panggil dia abang lagi tu.Rupanya umur dia lagi muda daripada aku.Hmmm..Dalam perjalanan itula selepas kami gerak dari Tapah, tiba2....

Pom..Bas pancit da..Alamak...Adoi camner ni..pada masa tu dah dekat tghari dah..Then nak pendekkan cerita bas tu lak pancit dekat dengan kedai tukar tayar Lori dan Bas..Hekelleh, kebetulan je, cam cerita Senario yang penuh dengan kebetulan lak..Ha menunggu la kat situ lame2..Yang bas tu lak bergoyang2 dengan bebudak junior yang mungkin pertama kali naik bas..haha..banyak main la korang nie..

Dalam sejam, bas tu pun sempat la tukar tayar yang gedabak besarnya..Dan kami pun meneruskan perjalanan kami.Sampai kat Muzium tu pun dalam time Zohor kalau tak silap sebab kami terus solat dengan masjid yang berdekatan. Time tu sume budak2 dah siap dengan kamera masing2 amik gambar.

So nak ceritanya kat muzium tu mmg best..Tapi belum pape, orang muzuim tu cakap tak ble masuk kamera lak..adoi..Kamera hanya boleh digunakan di kawasan luar muzium, kat tempat rehat dan di taman muzium tu..

So nak pendekkan cerita lagi, kami keluar dari muzium tu pun dalam kul 4 hingga 5 petang. Dan kemudian ustazah memberi cadangan supaya bas singgah di Eye On Malaysia..saje amik angin petang la katakan. Berjalanla aku pusing satu tasik tu..saje saje.Time tu la bebudak sume amik gambar sane sini. Kami pulang dari Kl dalam kul 6.30 petang dan kami berhenti solat Maghrib di perhentian dalam perjalanan ke Ipoh..dan kami sampai ke Ipoh dalam kul 9 lebih camtu..alahai, penatnya..Tapi best gak sebab segalanya free, kitorang cuma kuar duit untuk beli aiskrim jer, yag bab makan tu sume Koperasi yang support.. haha..

Sunday, December 14, 2008

Eksperimen | Experience

UMobile - First plan

Broadband speed maker


Rizal Aku


Aku

Aku telah bekerja pada cuti sem yang lepas di Nickman Consult dalam bidang Engineering lak.Aku kene gunakan power AutoCAD aku untuk membantu consultant ni menyiapkan plan2 drawing untuk client2 telecomunication seperti Maxis, DIGI, Celcom, UMobile, W1MAX, Packet 1 dan Izzi (Lembah Klang). 

Dalam office ni, aku kene cover bahagian A1 plan drawing untuk menyiapkan plan2 bangunan yang hendak dipasang transmitter telekomunikasi. Antara tempat favorite yang aku kene lukis adalah pelan bumbung bangunan untuk membantu kontraktor memasang bende alah tersebut. Dalam plan tu aku kene memastikan Azimut dan radius serta tinggi pemegang alat tu tepat untuk memastikan submittion dengan majlis diluluskan. Kalau tak lulus, kene wat drawing sekali lagi la kot.. 

Antara projek yang aku telah wat adalah di Cheras, The Summit, Subang Square, Au5 Keramat dan aku pun lupa project yang aku wat tower, kalau tak silap UMobile setinggi 30 Meter. Tu aku cover keje orang lain yang tak siap aku kene wat. 

Client ni memasang alatan yang berfungsi dalam trasmitter komunikasi yang dapat menaiktarafkan perkhidmatan dorang. Antaranya 3G, 3.5G, HDSPA, EDGE dan sebagainya. Sebagai syarikat yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar atau lebih dikenali sebagai broadband, pemasangan ini penting untuk memastikan pengguna mereka dapat menggunakan internet secara wireless di tempat mereka. 

Untuk penduduk Ipoh yang menggunakan broadband Maxis disekitar Canning Garden, rase2 akan datang dah takde masalah korang tak dapat high speed internet connectivity for broadband services sbb project drawing Maxis dah disiapkan dan lokasinya di area rumah kedai di Canning. Siap pasang 3G lagi. Sebab ade member aku yang pakai Maxis broadband di Ipoh dan bandwith dia sloww bila dia wat speedtest. Sape suruh pakai Maxis, dorang mmg slow..haha 

Fungsi broadband ni same cam kita guna phone video conferencing, dimana kita menggunakan service 3G. Tapi broadband lebih speed sebab untuk mencapai 3.6 Mbps, biasanya dorang pakai 3.5G..Maknenye 3G ni dah ketinggalan zaman la.hahaha.. Kalau nak dibandingkan dengan negara maju, dorang telah memakai 6G pada tahun 2005. Kalau tak tau, jgn tunjuk pandai yerr..Check kat internet..So janganlah jadi jakun sebab menggunakan 3G di Malaysia ni.hehe.. 

So aku pun dah parttime lukis plan untuk syarikat telekomunikasi dan broadband,so ia akan dapat meluaskan pengetahuan aku dalam bidang yang bagi aku ramai orang masih tak tau sgt nie. Sbab ramai tau guna, tau complain speed slow la, itu la, ini la..Tapi tak tau tentang 3G tu sendiri. So disebabkan syarikat ni wat tower sekali, aku menafikan sekeras-kerasnya yang Maxis hanya ada satu pencawang 3G dan Celcom ada 9 pencawang 3G di Malaysia. Sebab syarikat aku kj ni dah lama dah wat pencawang 3G dorang dan berlambak2 pancawang 3G Maxis dan Celcom. Bukan setakat sembilan dan satu tu jer..Abis tu kalau hanya ade satu 3G nyer pencawang, so Maxis dah lame bungkus. Kalau nak tau, g tye Majlis Daerah sendiri dan check bape banyak copy pencawang dorang tu..Yang kat canning pun entah yang bape ratus kot kat Malaysia. 

Ape2 pun thank so my bos, Abg. Azmi yang banyak mengajar aku tentang sesuatu yang baru.My friend, sais, Rahimi, Farhan, Rizal (Bro), Rizal (Jai) dan Shahril. Thanks for your support.Jangan nak main game jer, project A1 bagi la kat aku gak k. 8P

Thursday, November 20, 2008

17 November [ Rawang]



Iris ku

Tanggal semester terakhir untuk aku menghabiskan masa di ipoh ni, cuti semester bermula.

Aku mendapat YM Message daripada Sais apabila aku meng'on'kan PC. Sais mengajak aku untuk pergi ke Rawang untuk buat part time dengan company consultant dia. Aku menaiki tren KTM daripada ipoh pada pukul 5.30 petang pada hari Isnin memandangkan aku terpaksa postpone perjalanan aku disebabkan ada masalah nak kemas umah sewa aku kat Ipoh tu..

Isnin untuk aku pergi ke Rawang, Faizal pulak msg yang abah dia masuk wad disebabkan sakit jantung. Tu yang terpaksa pergi ke Rawang lewat tu sebab dia on the way balik Ipoh. Nak naik tren lak dah la masalah untuk orang yang tak pernah naik tren komuter nie yang janggal tu bila duduk dalam tren tu. Aku just wat bodo, tido, bangun, tido, bangun sampaila tren tu melintas Kuala Kubu Baru aku dah tak leh tido. Takut terlepas terminal Rawang. Tu yang masalahnya.. Adoi...

Nak dipendekkan cerita la, aku kene wat drawing yang berkaitan dengan Engineering tentang pencawang pemancar gelombang micro untuk syarikat telekomunikasi Celcom, Maxis, Digi, Wimax, UMobile dan entahla bende2 merapek tu. Macam macam nama pelik lagi la.

Nasib baik ilmu ACAD aku leh guna lagi.. Cuma lukisan kali ini lebihkan kepada isometrik. Tu yang agak slow tu. Yang paling last aku wat isometrik pun time kat IKM je. Time aku kj kat WRM dulu, aku yang plan renovation jer. tak de lak plan plan detail camni..

Nak dipendekkan cerita, stakat ni okey jer dan aku hanya mempunyai masa selama 2 minggu jer berada di sini. Time ni la nak pulun baik2 nyer nak cari some capital for next semester la..Itulah kelebihan aku kalau nampak aku ni cam budak Multimedia, padahal aku tak abis Diploma lagi pun aku dah gerenti dapat kj.InsyaAllah. Siap orang cari lagi..Cam pemain bola sepak lak.. Alhamdulillah.

Friday, October 24, 2008

Raya yang menyedihkan


Kaki aku yang cedera semasa kemalangan tu berlaku sehari sebelum raya

Tengahari tu, aku rasa takde keje yang leh aku lakukan sebab semua persiapan masak dah ready, tinggal lontong2 yang belum dimasukkan dalam periuk masak jer.. Aku rasa ada benda yang aku kene settel kan lagi iaitu, aku tak potong rambut lagi..Esok nak raye dah,awak rambut panjang lagi.

Tangan aku pulak yang cedera dan membengkak

Tapi, selepas aku balik daripada menggunting rambut kat kedai di kampung aku, ade la mamat @#$!$%* ni bawak motor keluar dari simpang tak tgk kiri dan kanan.. Aku tgh perlahankan kenderaan sebab aku dah menghampiri simpang dan jambatan..Mamat @#^&$# ni la di keluar dari arah yang bertentangan, dan cross depan motor aku.. Apelagi, aku tertekan brek kaki terlalu kuat untuk mengelakkan dari perlanggaran berlaku dan terlupa untuk tarik brek tangan bersama sama.

Dengan brek pad disc yang baru tukar, tayar motor tu tercengkam dan motor aku tu slide, dan tayar belakang berpusing ke kanan yang aku terjatuh. Time jatuh tu la kaki aku tersepit kat cantilever gear dan motor tu mengheret aku bersama2. Dah la pad kaki belah kiri cast iron motor tu patah. Dengan berat motor lagi berat daripada sebijik TZM, aku kene himpap, seret, dan handle motor belah kiri tu tersodok kat dada aku sampai kau tak boleh bernafas.

Mamat @#$*(@#$ tu leh lari lak sebab dia rasa dia yang menjadi punca kejatuhan aku, dan orang ramai yang melihat kejadian tu tak sempat nak kejar dia. Dengan motor yang rosak dan patah dan calar belah kiri, dangan pad kaki yang patah, akhir nya abah aku datang dengan bantuan orang ramai,untuk hantar aku ke klinik yang berhampiran. Nak g hospital, silap2 kene tahan wad, lagi teruk..

So nak ceritanya, hari raya yang lepas aku tak kemana mana..Tgk tv dan melayan kucing kesayangan aku yang sombong kat umah.. Nak wat camner, biarlah dorang yang lain g raye umah saudara sendiri. Redha jer dengan musibah yang berlaku kepada aku. Alhamdulillah, aku tak patah dan tak pecah kepala sebab aku tak memakai helmet time tu, sebab aku g gunting rambut jer. Yang paling penting, bukan ajal aku pada waktu tu..

That All's.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...