Wednesday, February 25, 2009

Kenapa 'dia' pandang aku?

Sejak beberapa minggu ni aku rasa diperhatikan. Setiap sudut yang aku pergi aku rasa dia sedang pandang aku. Dia tahu aku pergi kafe kul bape, aku di lab aku kul bape, aku pergi library kul bape dan time aku tunggu depan lif pun kul bape.

Dia akan pandang aku seolah-olah sampai tembus ke dinding. Dia buat jantung aku cam berhenti sejenak, tapi bukan benti terus. Pandangannya dari kaca matanya terus ke kaca mata aku. Seperti cerita Keliwon dimana hantu tu tenung ke mata membuatkan orang jadi kaku..

Think positive.

Mungkin muka aku macam Fauzi Nawawi atau Rosyam Nor seperti yang dikatakan Abang Firdaus. Mungkin ar..

Thursday, February 12, 2009

Wang ?

Rasulullah bersabda “Sebaik-baik wang adalah wang yang berada di tangan lelaki yang soleh.”

Monday, February 9, 2009

The Cuti

Hari ni hari Ahad, dan hari untuk orang India sambut Thaipusam..So esok Isnin, dan mati-matilah aku ingat sok ade kelas. Patut la aku tengok sume orang rilek je hari Ahad ni, siap family aku makan kat luar lagi.

Punyalah aku bersungguh siapkan assignment ntah ape bende untuk subjek hari Isnin, last2 kul 12 malam member bagitau yang sok cuti..Tak pasal2 aku layan movie yang betul2 siap download kul 12 tu.. Ape yang dinamakan The Recruit, cite pasal seorang programmer yang kene tipu dengan recruiter CIA..

Kira dia senasib dengan aku la, cuma aku kene tipu dengan cuti Thaipusam..


Sunday, February 8, 2009

Jalan Jalan ke ?

Ghost Rider

Hari tu aku balik kampung, nak tolong ayah aku buat rumah. Aku balik hari Sabtu, (Sabtu sebelum raya Cina)..Dah la balik selepas Subuh, menyesal aku. Sebab pagi tu aku tak nampak jalan (dan memandangkan aku rabun silau dan bizer helmet aku yang gelap). Dengan kabus ntah ape bende kat simpang Behrang..


Kabus la pulak

Ingatkan balik awal pagi best la sangat, rupa-rupanya lebih sakit lagi adela. Boleh dikatakan setahun aku tak pernah balik naik motor dari Ipoh ke Kuala Lumpur, ade la sedikit janggal.

Mungkin kesilapan aku membawa motor ni ke Ipoh disebabkan perangai aku yang suka kuar kul 11 malam untuk membeli roti canai dengan air milo ais bungkus..

Tuesday, February 3, 2009

Aku nak benda ni boleh?

Adela satu pagi tu, time pekedai-pekedai cina dah start mula beroperasi perniagaan mereka, tiba-tiba aku nampak objek putih yang first time aku tengok tak pernah ada dalam internet kaler dia camni..

Ohh ZX10R...harga baru rm88,000 jer..

Friday, January 23, 2009

Antiseptik

Diamku kerana antiseptik
angin berbicara ketulusan jiwa
terhalang oleh pedihnya antiseptik
antiseptik yang membuku kata-kata
seorang manusia mangsa
rakusnya antiseptik.

Pedih
umpana ubat perwatakan pedih
pedih menghalusi tiap tiap sel
pedih meracuni setiap darahku
membikin aku marah dalam kebencian
kebencian setiap racun
sel dan nafasku

Racuni jiwaku
dikala antiseptik yang membelakang
prinsip sosialisme harian
jerkah dalam sesuatu fenomena
idealogi dan fantasi
dalam sejauh usia yang jengkal
meracuni iris mataku
dikala antiseptik belum melihat
sesuatu realiti dan
mimpi

Musim Hero Dan Heroin

Menjelang tahun baru cina ni, ramai la orang Cina yang akan balik Ipoh, memandangkan ramai kaum Cina yang bekerja di KL rata-rata berasal daripada Ipoh, Perak dan Penang.. So ape yang korang akan fikir bila menjelang musim perayaan?

(Kemalangan Jalan Raya)

Aku tak kiralah ape bangsa sekalipun, aku masih tak berapa faham kenapa bila musim perayaan mesti berlakunya kemalangan di sana sini. Mungkin disebabkan perangai pemandu dan penungang kenderaan di Malaysia lebih suka tunjuk hero dan heroin (skill tekan pedal sampi ke lantai, cucuk belakang kereta lain, potong Q) di atas jalan bila menjelangnya musim perayaan..

Ye kot..

Yang naik kenderaan awam pun belum tentu selamat jugak memandangkan kebanyakan bas-bas ekspress pun seringkali kita melihat hasil kecuaian mereka di atas jalan. Bukan ke selalu kita dilaungkan (dilaungkan?) dengan perkataan-perkataan yang mengatakan menggunakan kenderaan awam lebih selamat daripada menggunakan kenderaan sendiri.

Ape guna kenderaan sendiri?

Mungkin dengan naik kenderaan awam kita tak perlu claim insuran bila berlaku kemalangan kot. Kalau naik bas, pemandu bas yang kene bertanggungjawab semua cepu emas (cepuk emas) yang diajukan oleh pegawai polis bila belaku ape-ape musibah..

Mungkin la..



Tuesday, January 20, 2009

Palestin, Zionis dan Kita ?


Apakah sumbangan kita terhadap saudara-saudara kita yang berjuang mati-matian terhadap kekejaman regim Yahudi di Gaza.. Kita melihat betapa sengsaranya umat Islam di sana di kaca televisyen dan setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan bertahun-tahun lamanya kita sudah menyedari bahawa Umat Islam Palestin tidak pernah mengaku kalah terhadap serangan Israel.

Dari zaman Yasser Arafat lagi kita melihat bahawa mereka mempertahankan tanah mereka daripada pencerobohan Zionis ini. Sehinggalah mereka dapat menawan hampir keseluruhan tanah Palestin dan tinggallah Umat Palestin di kelompok yang paling kecil, dan ini akan satu lagi episod hitam yang akan bermula iaitu : PEMBUNUHAN ETNIK BERAMAI-RAMAI OLEH ZIONIS.

**********************

Dari kisah tersebut, benarkah kata orang sekiranya kita menggunaan kuasa kita untuk memboikot barangan mereka, kita masih tidak mampu untuk mengalahkan mereka? Yakin lah saudara-saudaraku, ini adalah ujian dari Allah kepada kita untuk melihat sejauh manakah keyakinan kita kepada Allah. Gunakan lah kuasa yang telah Allah kurniakan kepada kita, hanya Allah sahaja yang mampu mengalahkan mereka.

Aku malu dengan saudara2 ku yang mengatakan sekiranya kita boikot sekalipun, kita tak mampu untuk menyelamatkan Umat Islam di Palestin. Sebenarnya kita lupa, Rasulullah S.A.W tidak pernah berperang dengan kuasa majoriti tentera dalam peperangan. Anda lupakah itu semua? Kemenangan berpihak kepada Rasulullah SAW.

Kita takkan kekal di dunia ini. Dunia bukan tempat kita. Namun, yakinlah saudara-saudaraku.. Ini ujian Allah terhadap kita. Gunakan anugerah yang Allah berikan kepada kita untuk selamatkan mereka di sana. Hanya Allah sahaja dapat membantu kita. Ini semua adalah syarat Allah kepada umat Islam di Malaysia. Hanya Allah Maha Mengetahui.

Kedai Makan Aliffullah


Tadi aku balik dari kolej sempat singgah makan jap dekat Kedai Makan Aliffullah, tempat biasa yang aku makan sewaktu ketika dulu (masa tgh jadi junior la). Memandangkan aku dah lama tak pergi makan disana, nak la order menu yang kirenya terbaikla kat kedai tersebut. Sampai kat sana, datang la seorang mamat (yang tak bape hensem amik oder)

Mamat : bang, minum bang?

Aku : bagi teh ais, dengan teh O ais..

Mamat : (menulis)

Aku : eh eh eh, tukar la bang, bagi nescafe ais (memain lak aku nie)

Mamat : (dengan wat muka selamber bodo, dia menulis). Makan bang?

Cey cey cey, time ni la aku nak order menu yang paling best kat kedai dia, ape yang dikatakan semua budak kolej aku la, Nasi Goreng USA (United States of America).

Mamat : Erm Nasi Goreng USA (United States of America) takde la bang, sori arr..

Aku : (tergamam cam orang bodo lak, petang2 baru bukak kedai dah takde menu ni ker?)

Mamat : Nasi Goreng Palestine adela.

Aku : (aku fikir dia ni cari gaduh dengan aku nie, memain lak dia..you drop my water face la.)

Mamat : (Mamat menyambung dialog dia lagi) Bukan la, kitorang tukar Nasi Goreng USA (United States of America) tu kepada Nasi Goreng Palestine la bang, kitorang boikot la..takkan tak tau kot isu semasa..(sambil tersengih kat aku, heee)


Aku : La ye ke, igt ape tadi (dalam hati aku nasib baik aku tak pelangkung leher dia yang panjang tadi)


Selepas dia nak blah amik oder tadi aku cakap kat dia, "Letak bom sekali tau bang,hehehe" (kononnya aku membalas serangan dia tadi la.. Dia leh balas kat aku "Nanti saya letak darah perang sekali".. Sempat dia off aku balik..Cit!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...