"Kalau masuk Simpang Pulai, kalau jumpa benda ni, dah betul la tu dah dekat nak sampai".
Saturday, July 4, 2009
Thursday, July 2, 2009
Rest In Peace to Michael Jackson
Bila aku dengar lagu ni, aku ingat time ni semasa aku sekolah rendah, tak silap aku tengok di TV2, semasa tu aku tengah study untuk UPSR.
Lagu dia memang best. Memang layak digelar Raja Pop Dunia. Semua yang dia lakukan, performance dan style, orang akan tau itu Michael Jackson.
RIP to MJ !
3D Modelling Ipoh Pertama Google Earth!
"Kalu u dah siap place bang. Maju perak inform saya! Pls i ada meeting mlm ni!". Itulah SMS yang aku terima pada 1 Julai 2009, kul 9.01:41 malam waktu cell phone aku. 3D Sketchup yang aku kene buat, kene upload balik. Yang hari tu tak jadi, modelling terbang ke Colorado. Hahaha. Salah placing. Hmm...
Selepas SMS tu, sebenarnya aku yang agak kelam kabut. Yela, payment dah clear, tapi sometimes kerja ni kene cover cepat. Bab upload ni aku kene study. Fuh, scaling agak tepat. Tak lari jauh, cuma adjust utara selatan, check balik dalam temperory, then upload modelling dalam Google Earth melalui akaun blogspot, menggunakan SketchUp 7 yang baru.
Kat U.S, 3D modelling dalam Google Earth pun tak banyak. Kat Malaysia ade la beberapa, tu pun KLCC, Muzium Negara, Menara bank dan lain-lain. Tak ramai yang buat benda ni. Untuk aku, ni kerja sampingan yang menguntungkan selain kerja part time yang lain.
Ini adalah 3D Modelling Ipoh yang pertama dalam Google Earth. Dihasilkan bulan lepas, dah diupload kurang dari 3 jam selepas aku post blog ni. Di approve Google Earth kurang dari 10 minit, so ia boleh di'view' oleh semua pengguna Google Earth seluruh dunia.
Fire Brigade, adalah satu daripada Heritage Building yang menjadi sejarah Perak oleh kerajaan British ketika dulu. Terletak di Jalan Sultan Idris Syah, antara Plaza Yik Fong dan Bangunan Sri Kinta berdepan dengan Cosmopoint yang berjiran dengan menara TM Net.
Untuk melihat, anda harus menginstallasi Google Earth, dan carilah disana ya!
Monday, June 29, 2009
RM10 Cerita Hari Sabtu
Tiada panggilan telefon pagi itu. Mungkin itu yang membuatkan aku terlewat bangun. Ya, hari itu aku ada tetamu. Sepatutnya mereka tiba Ipoh pada pukul 10, tapi agak terlewat setengah jam, aku kira.
Setiawan telah berubah. Paling akhir aku tinggalkan Setiawan lebih kurang 2 tahun je, mungkin. Kelmarin punya semalam adalah hari Jumaat, pergi ke sana kerana menjalankan tugas. Aku agak pening dengan perkataan kelmarin punya semalam.
Ok, kelmarin adalah Sabtu, dan semalam punya kelmarin adalah Jumaat, hari ini Isnin, sok Selasa, lusa Rabu, tulat Khamis dan tonggeng ke ape ke ntah. What kejadah..?
He told me "Dari Kuala Lumpur ke Ipoh isi petrol hanya RM10 jer." kata tetamu aku yang merangkap abah aku sendiri.

Happy Father's Day
Thursday, June 25, 2009
Kemalasan yang Melampau
Macam biasa, aku masuk bilik air, jenis malas nak tutup pintu. Cuma kalau aktiviti itu aktiviti liar dalam bilik air (mandi), mungkin aku tutup pintu bagi mengelakkan tempias air ke luar bilik air.
Mandi pun macam tak kena badan. Aku cuma inginkan tidur yang nyenyak. Diulit mimpi, mimpi tempoh hari yang bertajuk "Kau Melutut Di Depanku". Aku yang bagi tajuk tu memandangkan aku yang bermimpi, bukan korang.
Kalau bukan kerana panggilan telefon pada pukul 8.30 pagi tiap-tiap hari, mungkin mimpi itu bersambung ke episod yang lain. Aku terbangun dan berkata dalam benakku "Perlu ke pergi praktikel lagi?"
Hmmm...
Mentang-mentang penyelia aku dah datang kelmarin.
Tuesday, June 23, 2009
Ipoh Fire Brigade dan Keyboard
Ah, bulan ni sangat sibuk. Banyak kerja yang aku perlu siapkan sebelum aku 'bye bye' dari tempat praktikel ni. So, dalam kelam kabut benda ni lah, aku terpaksa melambat 'update' kan blog aku.Fire Brigade ? Satu model nyata yang ada di depan Cosmopoint Ipoh. Me'maya'kan beliau di dalam sebuah illustrasi komputer aku.
Ya, kau telah siap!
Monday, June 15, 2009
Rempit Pet Pet Pet Proot!
Owh, kebetulan ada Mat Pot Pet Pet Pet sedang membuat aksi di jalan raya sementara jalan belum 'Panas'.
Kat situlah aku meniliti yang Mat Pot Pet Pet Pet suka...
1. Memakai baju bebelang merah campur hitam berkolar. Tak pun mesti berbelang.
2. Gemar memakai Apollo (topi keledar, bukan snek wafer)
3. Pakai kasut sampan (sampan?) Sampan mane ada kasut.
4. Berseluar jeans ketat kat bawah.
5. Membawa beg kecil seperti jemaah haji menunaikan umrah
6. Memakai baju hujan Givi walaupun malam tu tak hujan
7. Membawa bersama beg kain SHOEI, nak buktikan jiwa kerempitan
8. Membuat aksi sarkis, seperti menunggang dengan satu tayar
9. Berkumpul beramai ramai, dan race pun ramai ramai
10. Lari bila dikejar abang polis.
Baik buat kerja yang berfaedah.