Tuesday, July 14, 2009
Tahukah anda bijak?
Jika pernah, biarkan sahaja. Anda tidak layak untuk memarahi orang yang lebih pandai dari anda. Mungkin anda telah berjumpa dengan seseorang yang sangat inteligen pada waktu itu jadi biarkanlah.
Cuma anda perlu selalu ingat ini.
Manusia yang bijak di dunia ini adalah manusia yang sering berkata baik dalam komunikasi. Jadi, anda harus tahu, anda sebenarnya lebih bijak dari mereka.
Fahami dan kasihanilah mereka. Mungkin sebab itu Rasulullah sering tersenyum apabila berhadapan dengan orang yang macam ni.
Thanks to read :D
Saturday, July 11, 2009
Saat yang terhenti seketika
"Saat ini terhenti seketika." lafas hati aku tatkala pukul 5 petang tadi. Sabtu bukanlah waktu cuti aku untuk masa ini. Aku terpaksa menyiapkan kerja ini, sepantasnya.Mungkin ini untuk pengabisan dilemma, dimana sejak aku menulis blog ini, anda mengikutinya sepanjang masa aku hidup di negeri orang. Ini adalah penghujung sebuah permulaan cerita itu, bagi aku.
Tatkala waktu ini terhenti, aku mengharap doa dari kamu, supaya aku sedaya mendapatkan markah pengabisan, iaitu Practical Presentation Isnin ini, pada pukul 9 pagi.
Doakan juga aku bersama anda di dalam dunia blog ini tatkala saat yang terhenti ini, berjalan semula.
Anda semua sangat bernilai bagi aku.
Friday, July 10, 2009
Aku mahu hadiahkan 'RAHSIA' ini
Terima kasih juga kepada pembaca yang lain. Asalkan anda pernah membaca, itu sudah memadai.
Kepada pembaca semua, aku mahu bagi kamu hadiah. Hadiah ini lumayan. Kalau kamu bagi keseluruhan wang Tomok pun, kamu komot kan je wang itu. Hadiah ini lebih berharga, sebab kamu dapat FREE, aku bagi.
Nah!
bersambung...
Thursday, July 9, 2009
Cinta dari Syurga
Muhasabah diri, penentang segala penyakit dalam diri. Dalam diri ada pelbagai penyakit. Antara penyakit itulah dinamakan penyakit batiniah. Penyakit batiniah yang mengundang kepada penyakit zahiriah.Monday, July 6, 2009
Tiba-Tiba
Jika peluang datang di depan anda, lihatlah peluang itu. Jangan mudah untuk menolak sebuah peluang yang dibuka didepan anda. Peluang bagaikan sebuah tajuk kehidupan baru.Peluang mengubah hidup anda. Peluang bukan datang selalu. Peluang itulah pintu yang membuka rezeki hidup anda. Peluang juga merupakan titik mula sebuah kisah hidup.
Tontoni Yes Man lakonan Jim Carey dan Zooey Deschanel, merupakan sebuah komedi kehidupan seorang lelaki yang mengubah kehidupan dengan hanya satu perkataan.
Sunday, July 5, 2009
Krisis Seorang Remaja
Semasa zaman persekolahan aku, aku tiba-tiba menjadi sedikit hyper-active. Aku suka untuk men'join' trend yang ada disekeliling. Rasa macam bagus mula membara.Zaman aku, aku tengok kawan-kawan semua tempah seluar saiz besar di bahagian bawah. Mula-mula dorang buat 18 inci, lepas tu ade yang berani 20 inci. Sampai kat aku, aku tempah sampai 23 inci. Aku rasa kucing betina prengnant pun boleh sorok kat bawah seluar aku.
Setiap petang, kawan aku nie buat tarian break dance kat sekolah. Mula-mula aku tak bape minat. Tapi jujur la, aku pun buat break dance skali akhirnya sebab terikut-ikut. Dengan memasang lagu Too Phat yang popular dengan lagu anak ayam tu, tajuk aku lupa, terkinja-kinja la kami macam lipan masuk dalam underwear. Agak bodoh bila aku fikir balik.
Banyak kali dah kami di'sound' cikgu disiplin. "Dey, you ingat ni pentas ke? Pergi dance luar sekolah la" kata cikgu yang aku dah lupa nama dia. Kami ni nama je pengawas, tapi kami jugak la yang selalu menyanyi nasyid tiap kali menyambut sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul, dan Pertandingan dalam daerah. Gila punya Multi Tasking.
Zaman sekolah aku ni nak glamer je lebih. Orang kata poyo-poyo. "Ala, biarla orang kata poyo, bukan kau kacau mak dorang berak pun" kata Al-Fala merangkap kawan sekampung aku.
Korang? Mesti ada kenangan gila jugakkan. Meh kongsi.
Saturday, July 4, 2009
Thursday, July 2, 2009
Rest In Peace to Michael Jackson
Bila aku dengar lagu ni, aku ingat time ni semasa aku sekolah rendah, tak silap aku tengok di TV2, semasa tu aku tengah study untuk UPSR.
Lagu dia memang best. Memang layak digelar Raja Pop Dunia. Semua yang dia lakukan, performance dan style, orang akan tau itu Michael Jackson.
RIP to MJ !
3D Modelling Ipoh Pertama Google Earth!
"Kalu u dah siap place bang. Maju perak inform saya! Pls i ada meeting mlm ni!". Itulah SMS yang aku terima pada 1 Julai 2009, kul 9.01:41 malam waktu cell phone aku. 3D Sketchup yang aku kene buat, kene upload balik. Yang hari tu tak jadi, modelling terbang ke Colorado. Hahaha. Salah placing. Hmm...
Selepas SMS tu, sebenarnya aku yang agak kelam kabut. Yela, payment dah clear, tapi sometimes kerja ni kene cover cepat. Bab upload ni aku kene study. Fuh, scaling agak tepat. Tak lari jauh, cuma adjust utara selatan, check balik dalam temperory, then upload modelling dalam Google Earth melalui akaun blogspot, menggunakan SketchUp 7 yang baru.
Kat U.S, 3D modelling dalam Google Earth pun tak banyak. Kat Malaysia ade la beberapa, tu pun KLCC, Muzium Negara, Menara bank dan lain-lain. Tak ramai yang buat benda ni. Untuk aku, ni kerja sampingan yang menguntungkan selain kerja part time yang lain.
Ini adalah 3D Modelling Ipoh yang pertama dalam Google Earth. Dihasilkan bulan lepas, dah diupload kurang dari 3 jam selepas aku post blog ni. Di approve Google Earth kurang dari 10 minit, so ia boleh di'view' oleh semua pengguna Google Earth seluruh dunia.
Fire Brigade, adalah satu daripada Heritage Building yang menjadi sejarah Perak oleh kerajaan British ketika dulu. Terletak di Jalan Sultan Idris Syah, antara Plaza Yik Fong dan Bangunan Sri Kinta berdepan dengan Cosmopoint yang berjiran dengan menara TM Net.
Untuk melihat, anda harus menginstallasi Google Earth, dan carilah disana ya!
"Kalau masuk Simpang Pulai, kalau jumpa benda ni, dah betul la tu dah dekat nak sampai".