Tuesday, August 18, 2009
Surat Cinta Untuk Si Mabuk
Apa kata bila kamu bercinta, kamu jangan terlalu poyo romantik sangat.
kepada mereka yang frust menonggeng sebelum, semasa atau selepas putus.
Apa kata kamu jangan meletakkan harapan tinggi kepada cinta.
kepada mereka yang terlupa tentang ibu bapa lagi penting dari boy/girl friend.
Apa kata kamu lebih gentelmen menghadapi masalah cinta, bukan meleleh airmata manjang.
kepada lelaki luar sana yang bajet awek dia perempuan terakhir di dunia ni.
Apa kata kamu lebihkan kepada ibu-bapa kamu dari boy/girl friend kamu.
kepada mereka yang takut ditinggalkan cinta, 24 jam bergayut cam mo*ny*t.
Apa kata kamu ada sedikit selfish kepada diri.
kepada mereka yang terlupa peperiksaan PMR, SPM dan golongan baru dapat kerja.
Apa kata kamu jangan percaya pada cinta.
kepada mereka yang semakin tak tahu nak uruskan diri, tak mandi pagi dan makin melawan cakap orang tua.
Apa kata kamu fokus belajar atau kerja dulu.
kepada mereka yang masih mak belikan seluar dalam, makan dan minum tiap-tiap hari.
Ada pape nak tambah, oder oder..
Wednesday, August 12, 2009
Dari Kaca Mata
Monday, August 10, 2009
Sedikit Silap Manusia
Kamu ada rakan, rakan yang kurang baik dan rakan yang sangat baik. Logiknya, kamu akan suka pada yang baik, dan menjauhkan pada yang kurang baik.Kamu suka berpolitik, mungkin membincangkan politik hari-hari. Pada masa yang sama, kamu terguris hati rakan yang mungkin tidak sealiran dengan isu politik kamu.
Rakan kamu memberikan pendapat, walau sebenarnya pendapat itu salah, jadi kamu membidas pendapat mereka.
Ini adalah sedikit kesilapan, kamu tidak menjadi hebat walaupun satu peratus.
Dekatkan diri pada rakan kamu yang kurang baik, kerana kebanyakan mereka ini, adalah rakan rapat kamu suatu hari nanti. Pepatah, "Seorang rakan yang baik, adalah rakan yang pernah menjadi musuh kamu suatu ketika".
Kamu tidak perlu bercerita politik, untuk dikalangan majoriti yang kamu tidak kenali. Kamu hanya perlu perjuangkan kebenaran. Kebenaran tidak pernah memihak sesiapa. Kamu tidak perlu hilang rakan kerana politik semasa. Bak kata "Kerana Politik, Lawan jadi Kawan, Kawan jadi Lawan".
Seorang rakan memberi pendapat yang salah. Biarkan saja. Manusia yang berpendapat, tidak suka dibidas, melainkan dia mahu komen dari kamu untuk pendapatnya. Ingat"Seorang rakan yang baik, membenarkan rakanya berkata-kata".
Itu kerana Rasullullah mahu kita bersikap baik, positif, dan menerima seadanya. Kerana sedikit kesilapan, anda mahu rasa hebat, tetapi ia sebaliknya terjadi.
Kamu positif? Apa kata kamu pula?
Tuesday, August 4, 2009
Rentak Yang Pop!
Tak tahu bermain bowling? Suka melihat orang bermain bowling? Ingin bermain bowling?Post kali ini, adalah untuk pembaca yang ingin bermain bowling, yang tak pernah dan jarang bermain bowling. Pernah rakan-rakan anda ajak bermain bersama, namun disebabkan anda 'kurang berkeyakinan dan malu' untuk bermain, jadi anda leburkan niat anda begitu saja.
Ayuh, kalahkan rakan anda! Sahut cabaran rakan anda itu dengan beberapa tips yang berguna ini. Tips ini sangat berjaya untuk anda yang 'tak pernah bermain bowling' selama ini. Apa yang anda akan lakukan adalah 'membuat saingan sengit kepada mereka'.
- Gunakan bola yang paling ringan, dan lubang jari yang luas, bagi memudahkan anda melepaskan bola itu nanti.
- Walaupun anda orang baru dalam arena ini, anda perlu berlagak sedikit gaya melepaskan bola, lebih-lebih lagi gaya menyilang kaki.
- Semasa anda melepaskan bola, pastikan bola anda 'landing' betul-betul atas lantai, elakkan bola tercampak dan akhirnya ke longkang.
- Tips paling penting atau key dalam strike pin-pin yang ada, JANGAN SESEKALI MELIHAT BOLA semasa anda ingin melepaskan bola. Daripada anda berdiri, berlari, anda HARUS MELIHAT PIN tengah-tengah sahaja. Otak anda akan mengawal pergerakan anda seterusnya bola yang dilepaskan akan melanggar pin tengah tersebut. Tips ini 90% akan berjaya.
Sebagai fakta, pin tengah hanya perlu bergerak beberapa cm untuk menjatuhkan pin-pin yang lain.
Cubalah! Mungkin anda akan lebih kerap ke tempat bowling selepas anda mencuba tips ini untuk pertama kali. Semoga anda semua berjaya.
Wednesday, July 29, 2009
Tiga Jenis, kamu jenis mana?
Tiga jenis. Ada orang ramai kawan, ada orang tak ramai kawan. Ada yang tak perlu kawan. Macam-macam.
Yang ramai kawan, selalu cakap "Bila kawan ramai senanglah bila kita susah." Takpun "Kalau ade ape-ape hal, senang contact." Selalu dengar kan.
Golongan ni selalu 'High Profile', sukakan populariti. Berani bila ramai, bila sorang-sorang, jadi penakut. Banyak ketawa, dan expectation tinggi. Jenis sukar berpisah. Suka mempertahankan hak, cepat mengamuk.
Yang tak ramai kawan selalu kata "Kawan ramai buat apa, bila senang je datang, bila susah semua lari." Ni pun selalu dengar.
Biasanya kawan-kawan dia golongan yang 'Low Profile', jenis yang tak power sangat, biasa-biasa saje. Tapi berbakat super. Kadang-kadang sukar diajak keluar lepak, jiwa sastera, bercakap pun nak grammar. Cuma sedikit bosan.
Jenis yang tak perlu kawan ni, biasanya pendiam. Pernah dia bagitau aku "Aku ni jenis buat hal sendiri, malas nak mengharapkan orang lain."
Ini adalah golongan paling jarang di muka bumi ini. Lagipun dia ni adalah golongan 'anak lot'. Semua dapan mata. Ramai orang nak berkawan dengan dia, tapi jenis memilih. Bajet bagus.
So, disinilah aku beri sedikit point untuk rujukan kamu.Sunday, July 26, 2009
Perakam Waktu

Ia datang dan pergi. Manusia lahir untuk mengenal dunia. Dunia yang penuh cerita, impian dan cita-cita. Sebuah halangan yang akan ditempuhi dengan akal dan secebis kesabaran serta ketabahan.Selagi manusia berusaha, dia tidak akan jatuh diatasi manusia lain. Selagi manusia hidup, selagi itu manusia akan berjalan untuk mencari diri, mengenal diri yakni kenapakah dia dicipta oleh Maha Kuasa.
Apabila manusia berusaha, manusia itu akan bertemu dengan segala kesukaran. Kesukaran itu merupakan antara syarat yang harus ditempuh untuk berjaya. Tiada jalan untuk ke arah kebaikan sekiranya manusia masih tidak mengenal diri.
Hidup manusia lebih berkisar tentang 'siapakah aku'. Seandainya manusia itu menyedari sebuah hakikat, manusia itu lebih berani untuk menempuh segala psikologi manusia lain yang hanya menjadi 'tukang komplen' di dalam diary perakam waktu sesebuah kehidupan.
Wednesday, July 22, 2009
Detik ia berlalu


Segalanya sudah lama tamat. Cuma dikala saat terakhir itulah kadang kala manusia seperti aku menafikan takdirnya. Saat ia pergi berlalu, aku seolah-olah memikirnya ia tak pernah berlaku.Manusia semua sama. Manusia memiliki perasaan benci dan cinta. Detik apabila anda terpisah pergi daripada tempat yang memberikan seribu kenangan, tawa dan tangisan. Sebenarnya ia adalah nostalgia dan cerita yang sangat panjang.
Monday, July 20, 2009
Manusia Sixth Sense ?
Pernah terdengar sixth sense? Pernah menonton movie sixth sense? Apa itu sixth sense?Thursday, July 16, 2009
Abang, abang ni hensem la.
Inginkan beberapa tips yang berguna?
Kisah satu
Suatu malam, aku ditahan oleh abang polis yang hensem (kurang sikit daripada aku) mungkin la. Jadi, tips ini aku gunakan. Semasa dia menahan aku, aku memberi isyarat ke tepi dan memberikan kunci motor aku kepada dia.
Dia tergamam. Sebenarnya roadtax aku telah tamat tempoh, dan aku berkata kepadanya sebelum dia meminta apa yang patut. "Encik, minta maaflah encik, roadtax saya dah mati, tapi saya tak sempat nak buat baru. Saya masih belajar ni cik. Kalau dah masuk bulan, InsyaAllah saya buat. Maafkan saya encik, saya salah" sambil memberikan lesen yang tamat tempoh. Dia melihat lebih kurang dan bertanya "Belajar di mana ni?" "Saya belajar di Kolej Poly-Tech Mara cik" sambil me'encik-encik' dengannya.
"Ok, takpelah" sambil memberikan segala kad-kad ic, lesen dan roadtax tu. Tak lupa juga "Terima kasih ye encik, saya gerak dahulu" kata aku sambil menghargai kerja dia.
Kisah dua
Sorang polis berpangkat pakcik menahan. Aku memberi isyarat ke kiri dan memberikan kunci kepadanya. Dia menolak sambil berkata "Takpe". Sebelum dia meminta dokumen yang patut, aku berkata "Tuan, maafkan saya, roadtax saya dah mati ni tuan. Baru lagi. Saya belajar lagi ni. InsyaAllah bila wang ada, saya buat segera, kebetulan saya baru pulang ziarah orang sakit ni. Saya minta maaf tuan, saya salah." sambil memberikan IC, lesen dan roadtax.
Polis tersebut memegang bahu aku dan aku terkejut, seraya dia berkata "Bagus! Kamu tak ada roadtax tapi kamu berbudi bahasa. Orang macam kamulah perlu selalu ada. Jangan jadi golongan muda yang lain. Sudah salah lagi kurang berbudi bahasa. Kami bukan mahu saman, tapi kami ingin menjalankan undang-undang. Sekalipun kamu melakukan salah, saya masih boleh lepaskan kamu kerana budi bahasa kamu.".
Dan aku lepas untuk kali yang keberapa pun aku tak tahu.
So ambil tips ini. Mungkin ia berguna kelak :
- Menghentikan kenderaan secara sopan.
- Minta maaf sebelum menyatakan kesalahan.
- Memberitahu kesalahan.
- Memanggil Tuan atau Encik. Jangan sesekali panggil 'abang'
- Memberitahu anda tidak akan ulang kesalahan.
- Beritahu jika anda mahu meneruskan perjalanan.
Tips ini 99.9 peratus berjaya. 0.01 tidak akan berjaya jika mood abang polis tu tak baik masa tu.
Anda bagaimana?

