"Manusia perlu meyakini bahawa kehidupan yang sederhana dan bahagia itu terletak kepada mereka yang hidup zuhud di dunia." - Budak Pensel, Mac 03, 2011.
Wednesday, March 16, 2011
Sesungguhnya
"Manusia perlu meyakini bahawa kehidupan yang sederhana dan bahagia itu terletak kepada mereka yang hidup zuhud di dunia." - Budak Pensel, Mac 03, 2011.
Mythbuster Tsunami Dalam Al-Quran
Terima kasih kepada orang yang membuat perkiraan tentang perkara ini. Bagi aku, blogger The Other Khairul yang suka untuk mempertikaikan konsep Freemason dan Illuminati pun mengaku ini adalah sesuatu yang sukar dipertikaian kebenaran serta ketepatan nombor ini.
Cuba lihat :
1. Tarikh yang berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.
Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 ayat ke 4.
Rujuk di Quran.
1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".
2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)
So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.
Ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. Yang di maksudkan dengan no 3 adalah negara Jepun.
Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53
makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
* proved wilayah yang Allah maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.
3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia. Gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.
so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
* proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.
4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. Maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. So angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.
5. Lihat, betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.
6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya.
Sinilah kehebatan Al-Quran teserlah. Sebagai umat Islam, kita seharusnya mempercayai apa yang diturunkan kepada kita untuk menjadi pegangan, kerana apa yang kita miliki sekarang hanyalah milik Allah Yang Maha Mengetahui.
Sunday, March 13, 2011
Be The Man - Walking Arround The Street
Kepada rakyat Malaysia yang berada di Jepun, kami doakan keselamatan anda semua. Semoga kamu di sana sentiasa mengingati Allah SWT sepanjang masa. Amin.
Friday, March 11, 2011
Sejuk Pagi
The Astronaut's Wedding
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar & Datin Dr. Halina Yunos - The Astronaut's Wedding from Saiful Nang on Vimeo.
Wednesday, March 9, 2011
Proud to my buddy - Omaw Rodzuan
Shahida & Safwan - Kuala Kubu Baru from Saiful Nang on Vimeo.
Fina & Stuart - Wedding Reception @ Holiday Inn Melaka from Saiful Nang on Vimeo.
Bangga dengan Omaw Rodzuan (omawtakmosudah.blogspot.com), sebab dia terlibat dalam editting video ni. Omaw merupakan seorang pelajar KPTM Ipoh jurusan Diploma Multimedia, yang sekarang ni akan tamatkan pengajian Diploma Multimedia selepas menjalani praktikel.
Aku jumpa dia balik semasa aku melanjutkan pengajian untuk Ijazah (Julai 2010) dan Omaw pada masa tu sem 5 (final year) sebelum dia melanjutkan satu sem lagi untuk praktikal. Masa aku sem akhir (Febuari 2009), Omaw baru sem 2, dan aku dengan dia pun tak berapa kenal sangat pada masa tu. Ada sedikit bangga sebab dia mampu mencipta nama dengan kreativiti sendiri. Jeles sikit tu telah wujud, sebab aku tak jeles kalau orang tu tak bagus dalam art ni.
Yang aku nak highlight kan sebab dia bersama dengan Saiful Nang untuk video-video ini. Kamu kenal ke pula Saiful Nang?
Syabas!
"Kebaikan manusia adalah anugerah untuk menjadikan dirinya yang terbaik. Kerana satu kebaikan yang ada dalam dirinya akan mampu membawa dirinya jauh dari sepuluh keburukan" - Budak Pensel, Mac 09, 2011.
Monday, March 7, 2011
Never Sleep
Sekarang ni aku cuma ingin menumpukan perhatian pada satu meja ni dalam masa 24 hari. Kerja terlalu bertimbun, sampai aku rasa mampukah aku menanggung semua benda yang ada di depan mata. Tapi kalau betul-betul buat, tak mustahil aku boleh lakukan semua ini.
Kepada pembaca blog aku, bukan aku tak update blog ni, mungkin sebab terlalu sibuk, sampai aku tak tau benda apa yang aku nak tuilis untuk post-post yang akan datang. Sebab selalunya aku ada cerita untuk dikongsi setiap minggu.
Mungkin ada benda yang aku mahu cerita, tapi aku kena terima hakikat bahawa ini adalah masa yang sangat rumit dalam hidup aku.
Monday, February 21, 2011
Foto Nostalgia - Royal Belum State Park, Perak
Sesuatu yang aku rasakan ia lebih dari ketenangan, tidak lebih daripada kenangan yang menyeronokkan dalam masa kita mengenali ciptaan Illahi dengan cuba mendekati alam ciptaan-Nya. Dan lebih seronok juga bila kenangan itu, kita kongsi bersama-sama dengan mereka yang ada pada ketika itu.
Masa selalu berlalu dengan pantas, dan masa itu adalah sesuatu nilai yang sangat berharga jika jika kenang semula. Kerana kita sendiri mengetahui masa selalu meninggalkan kita supaya kita selalu ingin ke depan untuk menghadapi cabaran yang mendatang, tanpa kita duga walau sesaat sekalipun.
Kehijauan alam, bunyi air bersama desiran angin, kicauan burung dengan bunyian serangga di dalam hutan, menjauhkan kita untuk memikirkan tentang masalah dunia, dan mendekatkan kita kepada dunia yang baru iaitu dunia yang bebas dari segala kerosakan terhadap alam sekitar.
Menghargai setiap pengorbanan seringkali juga mengingatkan kita tidak akan selamanya kekal di dunia, namun kenangan itu tak pernah luput walaupun masa sangat pantas berlalu.
Memang benar, setiap warna yang ada di hutan itu adalah warna yang memberikan ketenangan kepada setiap manusia yang inginkan kedamaian di dalam hidupnya. Kebebasan yang membebaskan hati dan membuatkan hati kita sentiasa bersyukur ke atas setiap ciptaan-Nya.
"Masa selalu meninggalkan kita agar kita sentiasa bergerak ke hadapan, menemui sesuatu yang baru dalam hidup, dan menjadikan masa yang berlalu itu sesuatu yang paling manis untuk dihargai" - Budak Pensel, Febuari 21, 2011.
Sunday, February 20, 2011
Royal Belum State Park, Perak
Sabtu dan Ahad, Hutan simpan Belum. Pernah dengar tak? Mungkin kamu tak pernah dengar. Hutan simpan Belum ini merupakan antara hutan simpan yang ada di Malaysia selain daripada hutan-hutan simpanan yang lain seperti Taman Negara.
Kami bertolak daripada Kolej Poly-Tech Mara Kampus Cawangan Ipoh pada 19 Febuari 2011, pada pukul 5 pagi dan tiba di Jeti Hutan Belum pada tepat pada pukul 9 pagi. Tujuan kami pergi ke sana adalah untuk mendapatkan data yang berguna untuk projek multimedia kami.
Disertai 30 orang peserta, dan dibawa berjalan-jalan menggunakan bot untuk melihat flora dan fauna yang terdapat di hutan tersebut. Sungguh berbangga dilayan sebagai pelancong walaupun kami bukan warga asing. Haha
Melawat kampung Orang Asli yang terletak di dalam Hutan Belum pada Ahad 20 Febuari 2011. Kami sedikit sebanyak menemuramah golongan tersebut tentang cara hidup mereka, bagaimana mereka hidup dalam keadaan di dalam hutan yang sangat jauh dengan pekan. Ternyata penggunaan bot sangat penting untuk berhubung dengan orang yang berada di pekan.
Golongan ini sangat mudah untuk berkomunikasi dengan pihak kami sebagai 'pelancong'. Biskut Munchies dan Coco Pie menjadi pengeras utama untuk mengeratkan siratulrahim. Kamu tak tahu ke kalau kita datang ke tempat orang kene bawa buah tangan. Huh
Kem yang menempatkan penempatan kami selama 2 hari, ternyata kem tersebut antara kem yang terbaik yang dilengkapi fasiliti yang cukup selain daripada kemudahan berakit, lokasi memancing dan air terjun untuk bermandi manda. Rasa nak pergi lagi, tapi bukan untuk study, tapi untuk enjoy sebagai 'pelancong'.
Seronok dan letih. Letih disebabkan banyak main di kem. Lain kali kalau kamu pergi ke sana, jangan lupa bawa joran dan bola sepak. Boleh main dalam hutan mungkin. Mungkin la.