Sunday, October 23, 2011

Kasih Illahi Untuk Semua

soulo minimize dari hitam kelabu putih

Kita tak akan hidup selamanya bergantung pada orang lain. Kita harus belajar untuk berdikari dan mengejar cita-cita tiap masa kita. Walaupun mati itu semakin dekat dengan kita, walaupun kita tidak sedar bahawa dunia ini sebenarnya tidak akan menjanjikan sesuatu yang istimewa melainkan kita memberikan sedikit kasih sayang terhadap tiap-tiap anugerah dari Illahi.

Hidup manusia yang selalu dibebani dengan ujian. Kita tidak akan mampu melepasi ujian itu sekiranya kita tidak menyerahkan segala urusan kita pada yang Maha Mengetahui. Antara manusia dengan Pencipta, tiadalah penghalang untuk manusia itu meminta dan meluahkan segala keperitan hidup di dalam dunia yang penuh dengan titik-titik hitam. Merupakan antara tanda kasih Allah kepada semua hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya.

_MG_3659 2

Perjalanan manusia itu tidak akan jauh. Tidak sesekali akan semakin jauh. Menuju satu destinasi yang akan pasti membawa manusia itu semakin dekat akan kematian. Jangan sesekali takut untuk mengingati mati, sebab mati itu janji yang pasti. Masa untuk manusia itu meneruskan perjalanan dalam satu tempoh yang sangat sunyi untuk selamanya.

Akhirat itu sangat luas. Seluas-luasnya nikmat. Tiada apa yang manusia tidak akan dapat di akhirat berbanding dengan di dunia. Dunia ini sangatlah kecil. Manusia perlu bersifat zuhud, yakni merasakan hidup di dunia hanya sekadar sahaja. Menuntut ilmu, bersedekah, menghormati ibu-bapa serta guru-guru, agar perbuatan itu mendapat keredhaan dari Maha Esa.

IMG_0404

"Seandainya manusia itu bersendirian di dalam dunia, manusia itu masih mempunyai Allah yang Maha Pengasih, Maha Mengetahui dan Maha Penyayang untuk tiap manusia itu memberikan jiwa dan mendapatkan ketenangan yang tiada bandingnya" - Budak Pensel - Oktober 23, 2011.

Photograph by Budak Pensel Yazid & Salikin Nordin.
Oktober 21, 2011.

Saturday, October 22, 2011

My Short Advertising Video



My short advertising for KPTM Ipoh collaborate with Coventry University, UK.

Adobe After Effect CS5
Vegas Movie Studio HD Platinum 10
Sound Forge Pro 10
Canon EOS 550D
EF-S18-55mm f/3.5-5.6 IS
EF50mm f/1.8 II

Songs :
Keep Holding On (Boyce Avenue acoustic)

Tuesday, October 11, 2011

Fish Eye Lens Baru

_MG_3432

Singgah-singgah di kedai kamera. Akhirnya Fish Eye juga pujaan hati. Lens baru, tak mahal pun cuma dalam RM1200. Best guna. Satu kedai boleh capture.

_MG_3434

Inilah lens terbaru dari aku. Ya ia baru, baru pinjam dari tokey kedai tapi tak beli. Datang kedai just nak beli lens hood ET-60 untuk tele lens aku. Hehe

Sunday, October 9, 2011

Hari Biasa Untuk Melakukan Yang Luar Biasa

SADSADA

Dari Ipoh ke Lumut. 9 Oktober 2011 yang bersamaan dengan 09/10/11, satu tarikh yang menarik. Jatuh pula pada hari Ahad, dan cuaca pada hari itu sangat baik. Berjalan-jalan sambil membawa gadjet ke tempat yang juga agak menarik + baik di Perak.

_MG_3296 _MG_3309

Teluk Batik, destinasi pertama kami pada hari tersebut. 'Kami' merujuk kepada orang-orang yang kuat berjalan + yang baru ada kamera baru. Berjalan-jalan melihat alam sekitar, ibarat pelancong. Bezanya kami pelancong yang melancong dalam negara sendiri.

_MG_3330 _MG_3329 _MG_3374 _MG_3377 _MG_337s7

Satu hari yang bermakna untuk belajar tentang hobi photography secara percuma. Dulu masa aku mula-mula menjadikan ia sebagai hobi, satu perubahan yang baik adalah ia menjadikan aku seorang yang kuat berjalan-jalan. Mencari subjek baru untuk dikongsi bersama, dan lebih utama menjadikan aku sebagai manusia yang semakin teliti dan menghargai setiap keindahan alam ciptaan Illahi.

ssss sdfsd

Aku harap kamu semua yang membaca juga boleh buat lebih baik daripada apa yang aku buat selama ini. Aku sendiri akui aku masih berada ditaraf bawahan untuk dibandingkan dengan mereka yang lebih baik. Bezanya setiap manusia itu mempunyai kreativiti yang boleh dikongsi bersama masyarakat secara umumnya. Dan yang paling penting, merendahkan diri untuk mereka yang ingin menuntut ilmu bersama kita.

Saturday, October 8, 2011

2 Days, 2 New DSLR

IMG_0003

Jumaat dan Sabtu , congrats kepada Fareeza dan Salikin yang telah memiliki DSLR yang kamu indamkan selama ini. Dan gunakanlah ia sebaik-baiknya kerana ia mampu menjadi peneman anda sehingga akhirnya. Dan aku rasa berbaloi juga bila aku deal habis-habisan dengan Vincent di Lam Loong Airport, Ipoh. Nak dapatkan price yang abis rendah biasanya kena 'pandai' sikit. Kalau tak, rugi je nak beli tergesa-gesa sangat.

_MG_3263

Sakit mata jugak la duduk lama-lama dalam kedai ni. Ternampak body Canon 7D baru, harga pun baru RM5000. Ada sesiapa yang bermurah hati nak belikan tak, saya janji saya akan gunakan baik-baik.

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

_MG_3193 _MG_3221

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia dan Pencegahan Kanser Payudara Peringkat Daerah Kinta 2011 yang berlangsung di Dewan Perbandaran Batu Gajah, Perak.

Kolej hantar wakil ke sana. Seramai 2 orang ditemani dengan sorang pengajar dan staff. Nak dipendekkan cerita aku dan seorang lagi student dihantar ke sana untuk menyertai pertandingan melukis poster dan multimedia.

_MG_3196 _MG_3245 _MG_3250 _MG_3211 _MG_3238

Nak dipendekkan cerita lagi, kami pulang bukan dengan tangan kosong sebab dua-dua pertandingan dapat hadiah terbaik. Dan kami happy-happy sepanjang event ini berlangsung. Rezeki baru atas meja aku malam ni. 

Dan terima kasih kepada pihak kolej yang sudi memberikan laluan untuk ke pertandingan ini, serta staff dan pengajar yang terlibat.

_MG_3254

Friday, October 7, 2011

Steve Jobs

Thanks Steve Jobs. Sebagai student multimedia, kami sangat berbangga dengan pembangunan dunia ICT dari kamu. 

Sunday, October 2, 2011

Jalan-Jalan Cari Nasi Lemak

_MG_3152_tonemapped copy 2 _MG_3180

Soulo & Minimize. Lapar sangat malam tadi, so keluar awal-awal pagi cari Nasi Lemak di Kampung Manjoi, Ipoh. Jalan jauh sikit tak apa, yang penting Nasi Lemak tu ada rasa kampung sikit. Anyway, from now sedang giat buat pictures collection. Mana tau boleh buat album Ipoh sendiri.

_MG_3155_tonemapped copy

Sedang membuat kira-kira untuk ke EOS 5D Mark II + EF 24mm f/1.4 II USM = RM 8,066.00 + RM 6,488.00 = RM 14, 544.00.  Sungguh jahat ya Encik Syaiful Jangguttouch meranjit.

Saturday, October 1, 2011

November & December Wedding Promo - Book Now !

wedding promo

Jadikan hari istimewa anda menjadi satu kenangan terindah di dalam sebuah album.
Hubungi 016-544 3984 ( Yazid ) untuk maklumat lanjut. ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...