"Ordinary, Immortal Malay Boy". Short Film with Kamal Sabran. Nantikan.
Friday, December 16, 2011
Tuesday, December 6, 2011
Video Post Zahiril Adzim + Shera Aiyob
Zahiril Adzim + Shera Aiyob // 20.11.2011 // Highlights from Sweet Motion Production on Vimeo.
Thanks to Jieja Rizal Rashid, Principal Cinematographer of Sweet Motion and the crew, also WAQ Jangguttouch. All the best for good future.
Official Photographer : Jangguttouch
Official Videographer : Sweet Motion Production
Friday, November 25, 2011
The Legend Reborn - Nazrin Shah
Ke Kuala Lumpur dengan keadaan tergesa-gesa. Itu benda yang sangat pelik
sejak aku kenal mamat yang bernama Nazrin Shah ini. Keputusan yang
sangat muktamad di saat aku mahu tidur pada pukul 11 pagi.
Ya, aku menjadi GPS yang boleh ajak bersembang pada hari tersebut. Pergi ke Kuala Lumpur pada pukul 11.30 pagi dan tiba ke destinasi pilihan pada pukul 4 petang akibat kesesakan jalan raya di ibu negara. Terbaik bukan. Tak mengapa. Aku mahu teruskan bercerita.
Setelah menunggu hampir sejam untuk menantikan 1 set kotak yang dipegang
di atas, ternyata senyuman manis terpancul dari raut wajah Nazrin Shah.
Tak perlu aku memaparkan wajah manis beliau, cukuplah kotak itu mampu
menceritakan segalanya.
Tahniah Nazrin, kerana berjaya memiliki kotak idaman aku selama ini. Selamat datang ke Red Company. Oh ia sangat mengujakan aku. Terima kasih kerana membelanja aku makan ayam penyet di Sungei Wang Plaza tadi ya. Pedas bangat.
Monday, November 21, 2011
Zahiril Adzim & Shera Ayob
Congrats to Zahiril & Shera. After 3 days wedding for Osama & Maryam at FRIM on 11.11.2011, majlis seterusnya adalah untuk Zahiril & Shera on 20.11.2011. Always a good number for everybody especially for me. Also congrats to Madinna Haizum & Zam Jangguttouch kerana melangsungkan majlis pertunangan pada hari yang sama.
Picture by WAQ Jangguttouch
Sunday, November 20, 2011
Film Hours
Tuesday, November 15, 2011
JT : 'Behind The Scene'
Maryam and Osama Reception, from Nov 10 until Nov 12, 2011. Malaysian Australian + Sudanese. Majlis yang menggabungkan pelbagai budaya. Budaya Melayu mix Sudan.
Photographer yang ditugaskan pada majlis penting tersebut adalah Yuri Abas, Ayie dan Asrul manakala bahagian video sepenuhnya dikendalikan oleh Encik Syaiful, Edzuan serta aku bersama Muiz a.k.a orang paling penting sebelum, semasa dan selepas majlis berlangsung.
3 hari yang penuh dengan kerja-kerja keras disamping kesulitan memilih jalan dikala menempuhi kehidupan dan jalanraya Kuala Lumpur yang penuh dengan pancaroba seperti yang pernah diluahkan oleh Yuri Abas.
Gambar-gambar di atas hanya untuk tujuan 'behind the scene'. Sila layari laman web Jangguttouch untuk melihat koleksi karya seni Jangguttouch yang terbaru.
Jangguttouch
Tu-khang tangkap gambar + Wayang Pacak
www.jangguttouch.com
info@jangguttouch.com
+605.548.7908
No. 5 Jln S.C.I. 1/7 Dataran Sunway, Sunway City Ipoh
31150 Ipoh, Perak.
MALAYSIA
Thursday, November 3, 2011
Week and Weak
Monday, October 24, 2011
Nafas Terakhir Marco Simoncelli di MotoGP Sepang 2011
Seorang yang berani, lucu, dan penyayang. Juara 250cc pada tahun 2008 dan berhijrah ke kelas pertama sukan MotoGP dunia pada tahun 2010 dengan pasukan Honda. Kali terakhir aku melihat bagaimana semangat beliau berusaha untuk menjuarai juara dunia kelas 250cc di Sepang pada tahun 2010 dan akhirnya tewas kepada pelumba Jepun, Hiroshi Aoyama.
Itu merupakan detik pertarungan yang paling istimewa dalam kalendar MotoGP 2010. Seluruh penonton bersorak melihat aksi dua pelumba ini masing-masing ingin merebut tempat pertama dalam perlumbaan tersebut pada setiap selekoh. Akhirnya pada pusingan terakhir dalam pelumbaan itu, kemenangan ditentukan dengan menggunakan high speed kamera untuk melihat secara perlahan siapa yang sampai ke garisan dulu, walaupun beza hanya beberapa inci.
20 January 1987 – 23 October 2011. Beliau pergi dalam masa umur yang sangat muda. Diishtiharkan meninggal dunia dalam ambulans semasa perjalanan ke hospital setelah mengalami hentakan yang kuat pada kepala, leher dan dada pada kemalangan maut di pusingan ke 11. Seluruh dunia sukan permotoran memberikan penghormatan kali terakhir pada hari tersebut. Litar Sepang menjadi titik akhir penamat karier hidupnya dalam sukan MotoGP, namun inspirasi beliau tetap akan menjadi pendorong kepada semua peminatnya untuk tidak mengaku kalah dalam mencapai cita-cita.
"Dia bukanlah seorang yang terbaik, namun semangat dan berusaha untuk tidak mengaku kalah walau apa pun jua cabaran menjadikan dia adalah yang terbaik buat peminatnya di seluruh dunia - Tribute to Marco Simoncelli" - Budak Pensel, Oktober 24 2011.
"Dia bukanlah seorang yang terbaik, namun semangat dan berusaha untuk tidak mengaku kalah walau apa pun jua cabaran menjadikan dia adalah yang terbaik buat peminatnya di seluruh dunia - Tribute to Marco Simoncelli" - Budak Pensel, Oktober 24 2011.
Tribute to Marco Simoncelli - MotoGP Sepang 2011
Gambar terakhir Marco Simoncelli di MotoGP Sepang, Malaysia 2011
Pelumba MotoGP Itali Marco Simoncelli yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Grand Prix Malaysia di Sepang pada hari Ahad 23 Oktober 2011, melengkapkan tragedi seminggu yang mengerikan untuk dunia sukan permotoran selepas pemandu British IndyCar Dan Wheldon menemui ajal pada hujung minggu lalu.
Simoncelli, 24, berdepan dengan kemalangan maut pada pusingan kedua setelah dilanggar oleh jentera Colin Edwards dan Valentino Rossi setelah beliau terperosok dengan jentera Hondanya di trek. Bahagian topi keledarnya dirempuh dalam kejadian itu dan perlumbaan kedua terakhir musim dalam MotoGP 2011 ini dihentikan apabila bendera merah dengan serta merta dinaikkan. Edwards dari pasukan Yamaha yang merempuh Simoncelli dapat mengelak dari kecederaan serius, manakala Rossi masih dapat mengawal jentera Ducatinya dan kembali ke pit.
Simoncelli terbujur kaku di trek sebelum dibawa ke pusat perubatan litar di mana beliau telah pun diisytiharkan meninggal dunia. "Semua orang yang terlibat dalam MotoGP memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga Marco, rakan-rakan dan pasukan dalam insiden yang sangat tragis ini" dalam satu kenyataan dari pihak MotoGP. Casey Stoner, yang memenangi gelaran MotoGP untuk kali kedua di negaranya, Australia Grand Prix pada minggu lepas berkata: "Sebaik sahaja saya melihat rakaman itu, ia hanya menjadikan saya merasa sangat pilu. "Apabila topi keledar itu tertanggal semasa kemalangan, itu bukanlah satu petanda yang baik."
Perubatan Pengarah Michele Macchiagodena berkata Simoncelli sudah tidak sedarkan diri apabila pasukan medik tiba kepadanya. "Beliau telah dirempuh oleh dua pelumba lain, beliau mengalami trauma yang sangat serius kepada kepala, leher dan dada," katanya. "Dalam ambulans itu Simoncelli mengalami serangan jantung." tambah Macchiagodena.
Kematian Simoncelli adalah kes yang pertama dalam kelas utama sukan MotoGP selepas pelumba Honda, Daijiro Kato, telah maut di Grand Prix Jepun 2003. Rakan sepasukan Jepun, Shoya Tomizawa juga meninggal dunia dalam kemalangan yang serupa seperti Simoncelli dalam kelas Moto2, kelas di bawah MotoGP pada tahun lepas. Simoncelli, yang dikenali dengan fesyen rambut Afro dan memiliki personaliti yang sangat lucu serta penyayang, merupakan peminat kelab bolasepak AC Milan. Simoncelli bermula pada kelas 125cc pada tahun 2002 sebelum berpindah ke kelas 250cc pada tahun 2006. Beliau memenangi gelaran juara dunia 250cc pada tahun 2008.
Semua acara-acara sukan Itali pada hari Ahad itu mendiamkan diri untuk berberapa minit sebagai penghormatan kali terakhir kepada Simoncelli, Jawatankuasa Olimpik Itali berkata dalam satu kenyataan.
Subscribe to:
Posts (Atom)