Saturday, May 11, 2013

Husna & Adli - Resepsi .



"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.

Surah Ar-Rum , Ayat 21 .

Credit & Thanks to H.Akira .

Photograph & Written by
Budak Pensel . May 2013 .
Matang, Perak . 

Friday, May 10, 2013

Husna & Adli - Solemnization .









Allah 'Azza wajalla berfirman (dalam hadis Qudsi): 

"Apabila Aku menginginkan untuk menggabungkan kebaikan dunia dan akhirat bagi seorang muslim maka Aku jadikan hatinya khusyuk dan lidahnya banyak berzikir. Tubuhnya sabar dalam menghadapi penderitaan dan Aku jodohkan dia dengan seorang isteri mukminah yang menyenangkannya bila ia memandangnya, dapat menjaga kehormatan dirinya, dan memelihara harta suaminya bila suaminya sedang tidak bersamanya. 

HR. Ath-Thahawi.

Credit & Thanks to H.Akira .

Photograph & Written by 
Budak Pensel . May 2013 .
Matang, Perak .

Monday, April 15, 2013

Setiap Hari Apa Yang Kamu Faham ?


Manusia itu mempunyai satu pemahaman terhadap apa yang dia nampak dengan apa yang dia rasa. Nampak dan rasa, benda asas untuk manusia itu terus memahami sesuatu, dan menyampaikan dengan cara yang tersendiri. 

Ada tiga benda tahap bila manusia ingin menyampaikan sesuatu. 

Mengetahui. Kamu mengetahui sesuatu itu. Namun kamu tak memahami tentang apa yang dia tahu. Sebagai contoh kamu tahu tentang kehidupan seseorang. Kamu mengetahui kehidupan seseorang belum tentu kamu memahami tentang seseorang itu. Kamu cuma mengetahui dari apa yang kamu nampak dari sudut luaran sahaja.

Memahami. Kamu memahami sesuatu itu lebih daripada mengetahui tentang sesuatu. Memahami tentang sesuatu membuatkan kamu akan banyak kali selamat daripada pelbagai keadaan yang sukar. Ia banyak terjadi kepada mereka yang menjawab soalan lisan yang meminta pendapat individu. Jawapan yang diberikan oleh sepuluh penjawab soalan adalah sangat berbeza terutamanya mereka yang sekadar tahu jawapan ia, berbanding mereka yang memahami kehendak soalan. Mereka yang memahami akan memberikan jawapan dari pelbagai sudut yang ramai orang tidak tahu. 

Dan 

Menjiwai. Kamu menjiwai sesuatu itu, lebih daripada sekadar mengetahui dan memahami. Manusia yang berdiri hebat, menyampaikan sesuatu perkara yang dapat difahami ramai manusia, walaupun ia sehabis ringkas yang boleh. Menjiwai, melakukan sesuatu dengan sepenuh jiwa. Ramai artisan yang terpilih ke persada antarabangsa adalah mereka yang sangat menjiwai dengan seni yang mereka lakukan. Sebab terlalu banyak beza mereka yang mencuba membuat perkara yang orang lain telah buat, berbanding dengan mereka yang buat atas kehendak untuk menyampaikan sesuatu dengan cara yang mereka jiwai sendiri.

Orang kata menjiwai, dan menyampaikan sesuatu dengan perasaan, naluri dan hati sendiri ia lebih deep.  

Sebab tu antara orang yang hebat di dunia adalah dikalangan mereka yang sangat rare, memulakan sesuatu yang tidak pernah dibuat pada orang sekeliling. Diangkat oleh masyarakat disebabkan keunikan mereka. Dan mereka tidak akan sesekali jatuh dengan mudah, kerana mereka tidak membuat apa yang orang lain sudah buat. 

Ambil sahaja contoh manusia seperti Michael Jackson. Apa yang terjadi beliau sangat pioneer dalam apa yang beliau lakukan. Kalau ada orang nak tiru pun apa yang beliau buat, orang akan tahu Michael Jackson yang mencipta dan memulakan trend itu. 

Dunia memang penuh dengan seni. Apa yang selalu diangkat oleh dunia apabila kita mampu deliver something yang sangat baru untuk mereka. Namun bukan sesuatu yang baru itu semestinya akan mampu memecah tradisi, ia sangat bergantung pada seseorang bagaimana ia disampaikan dengan cara masing-masing melalui hati dan perasaan mereka sendiri. Dengan sepenuh jiwa.

Sebab itu kamu perlu kenal siapa diri kamu. Baru kamu mulakan karya. 

Tribute for Yuna and Jason Mraz

Photograph & Written by 
Budak Pensel . April 2013 .

Lumut .

Hidup memang kena jumpa ramai orang. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Everybody already notice that. Yang aku selalu perasan, sekuat mana hati kita dulu kat sesuatu tempat tu, lama-lama kita akan lupa juga. Tak usah pergi jauh, cukuplah lebih dari 50 kilometer daripada tempat yang kita berada sekarang. 

Selalu kita ingat bila kita kembali ke suatu tempat yang kita biasa pergi pada suatu ketika dulu, mungkin selepas empat atau lima tahun semestinya kita sudah tak biasa dan tidak pernah kenal dengan tempat itu lagi. Namun kamu sila percaya, ada dua benda yang kita biasa dengar dan jarang kita bezakan antara dua perkataan ini. 

"Dunia ni kecil rupanya"
"Dunia ni luas rupanya"

Antara kedua-dua perkataan ini terletak satu jawapan. Kalau kamu tahu, itulah jawapan yang terbaik, lahir dari diri kamu sebagai seorang manusia yang Allah masih pinjamkan nyawa kepada kamu sehingga kini. 

Photograph & Written by 
Budak Pensel . April 2013 .

Tambun .

Semua baru. Hati baru, pemandangan baru, perasaan baru. Segalanya demi meneruskan usia hidup. Walaupun telah berada jauh dengan segala kemudahan. Namun yang penting bagaimana aku perlu menyesuaikan diri di satu tempat yang banyak memberi kemudahan disamping terdapat banyak kekurangan.






Hidup jangan memilih. Anggap sahaja apa yang ada itu adalah benda yang sudah ditakdirkan awal-awal. Tiada yang lebih menggembirakan, melainkan kita dapat buat, kita dapat rasa ia dengan lebih selesa. Asalkan dia dapat memadamkan sedikit rasa sukar supaya ia diganti dengan benda yang lebih baik.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . April 2013 .

Tuesday, March 12, 2013

Ipoh - Taiping - Kuala Sepetang.

Tugasan bulan Mac 2013. Dari Ipoh ke Taiping. Pertama kali untuk tugasan kali ini berlokasi di Taiping. Taiping, bandar hujan. Hujan hanya turun disaat tugasan kami selesai untuk setiap majlis. 



Apa yang menarik untuk setiap tugasan diluar daerah, bekerja ibarat melancong. Luas perjalanan, indah pemandangan. Kalau menjelajah satu dunia, baru kita tau dunia ini sangat luas. Budaya setempat tak pernah sama. Namun kami sentiasa bersyukur kerana selalu dipertemukan dengan orang-orang yang sangat peramah dan bersopan santun, tiap kali kami membuat tugasan yang jauh dari tempat kami bermula.

Selalu kita tak berpeluang untuk mencapai impian yang kita mahu. Apabila datangnya peluang, maka jangan sesekali kita tolak. Sebab peluang hanya sekali, walaupun realitinya peluang datang berkali-kali. Namun percayalah setiap peluang yang wujud, ia mempunyai sedikit cerita yang sangat berwarna-warni jika kita tahu bagaimana cara untuk diceritakan semula kepada orang-orang yang ada disekeliling kita.


"hari-hari kita nampak cahaya, dan cahaya akan membawa kita ke satu dunia dimana ia nampak cantik dilihat oleh tiap-tiap orang. Bezanya bagaimana ia diterjemahkan melalui skrip yang hidup yang mampu difahami dan hayati" - Budak Pensel, Mac 12, 2013.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . Mac 2013 .

Tuesday, February 26, 2013

Terajui minda kita .



Bila tengok video ni, aku rasa video ini sudah memotivasikan diri untuk supaya bergerak lebih positif. Dan jangan hiraukan perkataan lain kecuali dengan sesuatu yang baik. 

Melayu Bumiputra jangan terasa, jadikan ia sebagai pemangkin untuk berjaya. InsyaAllah. 

Change the world .



Sesuatu mesej akan boleh disampai dengan kata-kata yang lebih positif.

Friday, February 1, 2013

High Peak Trip .


Trip. What we call trip, on that morning. Dalam keadaan yang tak pernah dirancang dengan teliti. Satu Trip yang dirasakan bebas untuk pergi ke satu tempat yang tinggi. Apa yang perlu hanyalah perasaan ingin rasa perjalanan yang tidak pernah dirancang, apakah yang akan berlaku bila kamu sudah berada di tempat itu.



Bukan perancangan yang dirancang tidak teliti, kadang-kadang bertaruh untuk mendapat sesuatu yang tak pernah kita fikir akan dapat, ia lebih mencabar daripada kita sudah merancang berbulan-bulan lamanya. Berbalik kepada motif asal, perancangan yang mengejut sudah pasti banyak perkara yang kita ingin capai secara tidak sengaja. Itu yang selalu kita mahu.



Berada disebuah tempat yang paling tinggi. Menanti cahaya matahari memancarkan sinarnya. Suasana sejuk untuk sebuah negara yang beriklim khatulistiwa. Dengan gerimis hujan yang kadang-kadang menguji sesiapa yang ada di tempat itu. Mungkin mereka yang berada di negara yang sejuk akan mengganggap ini adalah suhu biasa bagi mereka, sesuatu yang sangat normal dan tak perlu diceritakan kepada mereka.

Namun sebagai manusia, jadikan merasa syukur dengan apa yang ada disekeliling kita merupakan perkara yang lebih ditekankan sebagai manusia di muka bumi Tuhan. Sekalipun kita merasakan tidak bernasib baik seperti mereka, yakinlah kita berada di dalam perancangan Tuhan yang paling rapi. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan perancangan kita walaupun bertahun lamanya. Hargailah alam ciptaan Illahi kerana ia satu daripada penglihatan paling hebat untuk kita lihat setiap hari.



Kita selalu mengeluh apabila kita berada dibawah. Kalau kita tidak bernasib baik terhadap takdir kita di dunia, pernah tak kita berfikir suatu hari nanti kita juga akan berada di atas pun tetap akan mengeluh. 

Begitulah juga kita akan tetap mengeluh walaupun siapa pun kita, kerana kita diberikan nyawa untuk meningkatkan rasa syukur kerana ramai lagi yang lebih daif dari kita. Jauh sekali daripada berbangga dengan apa yang Tuhan pinjamkan kepada kita untuk sementara waktu. 


Embun. Allah ciptakan ia sangat lembut. Kadang-kadang ia ada di depan kita pun kita tidak nampak. Seolah-olah embun itu tidak pernah wujud dihadapan kita, hanyalah ia jauh pada pandangan mata. 

Sepertinya kita tahu ia sebuah kebaikan. Kebaikan bukan untuk dicari sebenarnya. Ia untuk kita jaga. Kadang kala kita tak nampak kebaikan, kalau nampak sekalipun kita simpan ketat-ketat. Kita suka cari kesilapan. Seharusnya kesilapan yang kita simpan. Mungkin sebab itu kita tidak maju. Kita terlalu mundurkan diri dengan kesilapan. Apa salahnya kalau kebaikan itu kita jadikan satu wawasan kecil supaya kita menjadi manusia yang mahukan kemajuan untuk diri sendiri.




Bila kita sudah pandai berfikir, jangan kita rasa kita sudah terlalu pandai. Anggap sahaja banyak benda yang kita harus tahu selepas itu. Tiada benda yang akan menghalang kita untuk belajar. Belajar tak semestinya formal. Setiap hari kita akan belajar sesuatu yang baru. Cuma kita perlu selalu sedar apa yang kita belajar itu adakah ia baik untuk kita atau sebaliknya. Tetapkan dalam hati belajar amalan yang sangat mulia. 

Dan bila kita sudah pandai, bantulah mereka yang sangat memerlukan kita. Tak kira apa jua sekalipun pertolongan yang kita mahu berikan. Ikhlaskan pada diri. Kerana Allah sangat melihat sesebuah keikhlasan berbanding dengan apa yang kita mampu beri kepada orang lain. Jangan sesekali membuat manusia disekeliling kita rasa kecewa, kerana bukan hak kita untuk menghalang manusia lain untuk mencari kebaikan untuk dirinya. Muliakan hati dan jiwa, disitulah bermulanya sebuah keikhlasan. 




Dunia penuh warna-warni. Jika berada di tempat yang tinggi, kita akan nampak indahnya langit. Bila kita berada ditempat yang rendah, disitulah wujudnya keajaiban atas dunia. Dan keindahan itu jika digabungkan bersama, ia menjadikan satu pandangan yang sangat indah walaupun ia hanyalah kecil berbanding apa yang ada di akhirat sana.

Seperti kita, orang yang berada dibawah dengan orang yang berada di atas. Saling memerlukan. Ibarat pemimpin yang sangat memerlukan rakyat membantunya, dan rakyat yang sangat memerlukan pemimpin untuk memayunginya. Jangan angkuh dengan apa yang kita ada. Jangan menunjuk apa yang kita miliki. Kalau kita kaya, jangan lupa kepada mereka yang fakir. Apa guna Tuhan beri kekayaan, namun kekayaan itu berubah menjadi sementara kerana sikap kita sendiri.



Sejak kita kecil, kita diajar supaya hidup berdikari. Belajar berjalan, belajar berlari, belajar menulis dan sebagainya. Kita diajar supaya mampu hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. Belajar menghadapi dunia yang lebih luas akhirnya kita mampu hidup berdiri diatas kaki sendiri.

Walaupun kita sudah berjaya, ingatlah pada ibu-bapa. Jangan sesekali melupakan mereka. Kalau kita kaya sekalipun, bukan wang yang dapat menggembirakan mereka. Apa yang mereka mahu daripada kita adalah sentiasa menyayangi mereka, menghormati mereka, dan sentiasa mendoakan mereka tiap hari. Kerana doa jugalah penghubung antara manusia dan pencipta-Nya. Walupun ibu-bapa kita sudah tiada lagi di dunia.


Biarlah kita hidup sebagai manusia yang sederhana. Biarlah kita hilang di khalyak ramai. Hilangkanlah jasad di mata masyarakat kerana kerendahan hati. Kita bukan tidak pernah melakukan silap. Sebab untuk mencapai sesuatu yang kita selalu impikan itu, kita perlu banyak melakukan banyak kesilapan. Sama ada kesilapan itu akan membawa kebaikan atau tidak, ia akan berada pada apa tujuan kita yang sebenarnya.

Simpan kebaikan. Tutup kesilapan. Baiki diri setiap hari. Selagi kita masih dipinjamkan nyawa, terlalu banyak benda baik yang kita mampu lakukan setiap hari meskipun kebaikan yang kecil di mata manusia. Masa cepat berubah, iringilah masa dengan hati kita. Mungkin suatu hari nanti, kita akan dapat segala-galanya yang kita cari selama ini. Itulah kegembiraan. Walaupun kegembiraan itu takdirnya akan berselang seli dengan kesedihan, sehinggalah kita mengadap Illahi.






Memang benar kadang-kadang kita perlu merancang. Ada masanya yang tidak dirancang itu selalu memberikan satu inspirasi baru kepada kita untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dimasa yang akan datang. Sentiasa percaya kepada doa untuk berjaya.

InsyaAllah. 

Photograph & Written by 
Budak Pensel . February 01 , 2013 .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...