Saturday, June 8, 2019

Photography Job - Batu Pahat




















Ok, aku ada benda yang boleh dikongsikan disini kisah job Raya ke-3.

Rasanya ni adalah job aku yang pertama kali aku buat atas faktor jarak yang agak jauh + hari raya + cuti sekolah yang tinggal berbaki beberapa hari, kau rasa?

Kena pula jalan highway jammed daripada Pasir Gudang ke exit Yong Peng Utara. Hotspot Kulai dengan Simpang Renggam, kat situ terjadi sesak tak tahu apa punca. Seriuslah sebab aku bukan orang Johor dan tak pernah predict condition jalan di musim cuti seperti ini.

Kalau area KL tu jammed dah biasa, sebab banyak option jalan untuk menuju ke destinasi tambah dengan kampung halaman sendiri. Masuk highway Senai - Desaru konon boleh skip Kemas dengan cepat, memang kelakar. Exit highway je mari bertepuk tangan beratur ramai-ramai ke Utara.

Nak ke Batu Pahat, ada berapa je akses jalan? Hari raya di Johor tak sama macam negeri lain beb.  Kau tengok rumah tiap-tiap lot pun penuh dengan kereta orang beraya. Struggle is real kat sini. Perlu merancang perjalanan dan mental kena kuat bila mula masuk highway. RnR pun jammed orang nak ke toilet.

Lain tempat lain budaya. Anyway hidup perlu banyak cabaran, barulah nikmat kejayaan tu rasa manisnya kita rasa. Kan? 

Zoo Johor


Gambar sebelum Ramadhan. Tapi upload selepas Raya. Habis tu bulan Ramadhan buat apa? Bawa family jalan-jalan ke Zoo Johor. Zoo kecil, tapi jadilah nak kasi budak-budak ni tengok binatang. Binatang pun nak tengok kita jugak. Heheh.













Masuk pun cuma bayar RM2 seorang. Nanti kalau ada rezeki nak pergi Zoo Singapore. Kat sana mungkin lebih banyak haiwan yang boleh dilihat. Dengar-dengar ada Night Safari. Sebab bukan semua jenis binatang cergas di waktu siang. Macam harimau jenis nak tidur siang je, kalau malam mungkin dapat tengok kecergasan haiwan liar ini.

You all kalau nak datang sini, pastikan datang pada waktu pagi kerana tempat letak kereta yang sangat terhad, dan bolehlah bawa makanan sendiri untuk penjimatan yang lebih maksimum. Dalam tu standby duit nak beli cenderamata dengan beli makanan binatang
.  

Friday, May 3, 2019

Bermula Ramadhan.



Ketika aku menaip tulisan ni, ada berbaki esok dan lusa sebelum menjelang Isnin Ramadhan tiba. Ramadhan kali ni mungkin menjadi sempadan kepada hidup yang lebih mencabar nanti. 

Kita tengok nanti.  

Thursday, January 24, 2019

Muhammad Turns 1 - Birthday Party Job



Photograph @ Setia Tropika, Johor Bahru by Budak Pensel

#budakpensel #birthdayparty 

Monday, December 24, 2018

6.00 PM

At the end of the year photo. I assume that I need to learn how to manage my quality time better than this past year. To handle a lot of things not to be equally, but to uplift the most priorities at the first place.

Tahun semakin berubah. We evolve by surrounding. It is sometimes hard to believe that we are at this level of horizon, same goes to other peoples but differences stories. Time will determine tomorrow what's going on.

In my public blog, yes it's public. I want to announce I'm struggling to fight with my own direction to be wise man in the house, especially how to manage my time. 

It's me. Budak Pensel
24 Dec 2018, Pasir Gudang Johor.   

Saturday, September 1, 2018

Kedai Brand - Md Syaz Shop

Tahukah anda bahawa aku telah masuk ke suatu kedai yang terletak di Pasir Gudang, kedai ni jual barangan berjenama sukan. Ok, first impression mustahil kedai ni jual barang branded sebab kedai dia kecil je pun. 

Kedai dia padat dengan kasut Adidas. Nombor dua kedai dia banyak jual topi. Kemudian kedai dia banyak jual baju dengan jam tangan. 

 
 
 


Seronok datang kedai ni. Boleh tengok banyak pilihan. Walaupun kedainya kecil berbanding outlet lain di luar sana tu, kebanyakkan produk yang dijual disini adalah edisi yang menarik untuk dijadikan koleksi. 











Kpeapada anda yang berminat untuk melihat lebih banyak produk terkini boleh mengikuti Instagram Md Syaz Shop - mdsyaz dan anda juga boleh mendapatkannya secara online ataupun datang sendiri ke kedai ini yang terletak di D'Mawar Cafe, Jalan Masjid, Pasir Gudang Johor. Paling senang lokasi ini terletak disebelah Balai Bomba Pasir Gudang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...