Pernah terdengar sixth sense? Pernah menonton movie sixth sense? Apa itu sixth sense?Sixth sense adalah istilah deria ke enam selain pancaindera yang tuhan ciptakan seperti melihat, merasa, menghidu, mendengar, meyentuh.
Di dalam dunia ini, tidak ramai manusia yang dianugerahkan deria keenam ini . Bahkan manusia yang dianugerahkan deria ini sendiri tidak sedar dia mempunyai kemampuan tersebut.
Manusia yang mempunyai sixth sense ini mempunyai kelebihan mentafsirkan sesuatu kejadian sebelum ia berlaku. Biasanya dia dapat melihat sesuatu tindakan seseorang atau membaca niat seseorang berdasarkan teori logik yang tidak pernah dipelajari sebelum ini.
Teori logik itulah yang membawa manusia sixth sense ini untuk mentafsir sesebuah tindakan seseorang 3 kali ganda lebih pantas daripada manusia biasa yang lain. Malah, tafsirannya sangat tepat sehingga mencapai 95% tanpa sebarang informasi daripada orang lain.
Yang paling anehnya, mereka ini selalu bercakap sesuatu yang tidak logik akal, dan majoriti orang yang mendengarnya tidak akan percaya dengan kenyataan mereka yang sixth sense ini. Akhirnya apabila sesuatu itu telah berlaku, tiada satu pun yang mempertikaikan kenyataannya selepas itu.
Adakah anda miliki sixth sense?




"Kalau masuk Simpang Pulai, kalau jumpa benda ni, dah betul la tu dah dekat nak sampai".