Monday, February 21, 2011

Foto Nostalgia - Royal Belum State Park, Perak

_MG_5227 copy

Sesuatu yang aku rasakan ia lebih dari ketenangan, tidak lebih daripada kenangan yang menyeronokkan dalam masa kita mengenali ciptaan Illahi dengan cuba mendekati alam ciptaan-Nya. Dan lebih seronok juga bila kenangan itu, kita kongsi bersama-sama dengan mereka yang ada pada ketika itu.

_MG_5189 copy_MG_5206_MG_5231_MG_5304

Masa selalu berlalu dengan pantas, dan masa itu adalah sesuatu nilai yang sangat berharga jika jika kenang semula. Kerana kita sendiri mengetahui masa selalu meninggalkan kita supaya kita selalu ingin ke depan untuk menghadapi cabaran yang mendatang, tanpa kita duga walau sesaat sekalipun.

_MG_5267 copy
_MG_5274
_MG_5306
_MG_5313

Kehijauan alam, bunyi air bersama desiran angin, kicauan burung dengan bunyian serangga di dalam hutan, menjauhkan kita untuk memikirkan tentang masalah dunia, dan mendekatkan kita kepada dunia yang baru iaitu dunia yang bebas dari segala kerosakan terhadap alam sekitar.

Menghargai setiap pengorbanan seringkali juga mengingatkan kita tidak akan selamanya kekal di dunia, namun kenangan itu tak pernah luput walaupun masa sangat pantas berlalu.

_MG_5416 copy
_MG_5421 copy
_MG_5438 copy
_MG_5444 copy
_MG_5506 copy

Memang benar, setiap warna yang ada di hutan itu adalah warna yang memberikan ketenangan kepada setiap manusia yang inginkan kedamaian di dalam hidupnya. Kebebasan yang membebaskan hati dan membuatkan hati kita sentiasa bersyukur ke atas setiap ciptaan-Nya.

_MG_5558

"Masa selalu meninggalkan kita agar kita sentiasa bergerak ke hadapan, menemui sesuatu yang baru dalam hidup, dan menjadikan masa yang berlalu itu sesuatu yang paling manis untuk dihargai" - Budak Pensel, Febuari 21, 2011.

Sunday, February 20, 2011

Royal Belum State Park, Perak

_MG_5253

Sabtu dan Ahad, Hutan simpan Belum. Pernah dengar tak? Mungkin kamu tak pernah dengar. Hutan simpan Belum ini merupakan antara hutan simpan yang ada di Malaysia selain daripada hutan-hutan simpanan yang lain seperti Taman Negara.

_MG_5237 copy
_MG_5240 copy
_MG_5246 copy
_MG_5260 copy
_MG_5258

Kami bertolak daripada Kolej Poly-Tech Mara Kampus Cawangan Ipoh pada 19 Febuari 2011, pada pukul 5 pagi dan tiba di Jeti Hutan Belum pada tepat pada pukul 9 pagi. Tujuan kami pergi ke sana adalah untuk mendapatkan data yang berguna untuk projek multimedia kami.

Disertai 30 orang peserta, dan dibawa berjalan-jalan menggunakan bot untuk melihat flora dan fauna yang terdapat di hutan tersebut. Sungguh berbangga dilayan sebagai pelancong walaupun kami bukan warga asing. Haha

_MG_5298 copy
_MG_5520 copy
_MG_5327 copy
_MG_5287 copy
_MG_5312 copy
_MG_5288 copy
_MG_5347 copy

Melawat kampung Orang Asli yang terletak di dalam Hutan Belum pada Ahad 20 Febuari 2011. Kami sedikit sebanyak menemuramah golongan tersebut tentang cara hidup mereka, bagaimana mereka hidup dalam keadaan di dalam hutan yang sangat jauh dengan pekan. Ternyata penggunaan bot sangat penting untuk berhubung dengan orang yang berada di pekan.

Golongan ini sangat mudah untuk berkomunikasi dengan pihak kami sebagai 'pelancong'. Biskut Munchies dan Coco Pie menjadi pengeras utama untuk mengeratkan siratulrahim. Kamu tak tahu ke kalau kita datang ke tempat orang kene bawa buah tangan. Huh

_MG_5516 copy
_MG_5504 copy
_MG_5490 copy
_MG_5487 copy
_MG_5449 copy

Kem yang menempatkan penempatan kami selama 2 hari, ternyata kem tersebut antara kem yang terbaik yang dilengkapi fasiliti yang cukup selain daripada kemudahan berakit, lokasi memancing dan air terjun untuk bermandi manda. Rasa nak pergi lagi, tapi bukan untuk study, tapi untuk enjoy sebagai 'pelancong'.

_MG_5380 copyNew folder (2)
_MG_5550 copy
_MG_5565 copy

Seronok dan letih. Letih disebabkan banyak main di kem. Lain kali kalau kamu pergi ke sana, jangan lupa bawa joran dan bola sepak. Boleh main dalam hutan mungkin. Mungkin la.

Monday, January 24, 2011

A is for Allah

_MG_5049

Did you ever believe that the stars in the sky was neatly arranged, with reason and make a lot of confidence in what is in the heavens and the earth has a story and the fate of a very mean, when you become a man who thinks of everything that happened.

Something, something and something that is a story of their mutual 'give up and wait', and the answer never changes but it is a pointer to the truth, which often makes them intensely provisions as lessons in life.

Confidence and trust in humans was limited to the nature of God who knows.

To what extent you believe the Creator, as far as that you will feel that the world is not been silent for ever. - Budak Pensel, January 23, 2011.

Thursday, January 20, 2011

Idam dalam diam

_MG_5078

Mungkin la pada suatu hari nanti aku berjaya mendapatkan apa yang aku idamkan. Dan perkara yang aku idamkan buat masa ini adalah perkara yang aku fikirkan terlalu jauh, sesuatu yang paling aku mustahil untuk dapatkan dalam masa yang sangat pantas. Namun pada masa yang sama, meniti tiap saat dengan penuh nikmat mungkin adalah perkara yang agak normal bagi aku, dan bukan dari orang lain.

Aku tak berapa kisah. Cahaya matahari yang terbit tiap-tiap kali aku bangun pagi itu tak pernah mengatakan bahawa aku lebih ke belakang, sebaliknya ia ibarat satu semangat yang pernah aku lalui sejak dahulu lagi apabila aku tamat zaman persekolahan. Perkara itu sangat normal, dan aku tak perlu untuk ditakutkan dengan dunia, sebab biar tuhan sahaja tahu yang aku lakukan semua adalah perkara yang betul.

Thanks Allah.

Siapa tak kenal William Fitzsimmons, sila angkat tangan

First time aku dengar suara dia dengan cara dia plucking gitar dia, aku memang dah dapat rasa dia memang bagus dalam seni muzik. Tapi berapa ramai yang kenal dia berbanding dengan Jason Mraz dan John Mayer dengan sentuhan seninya?

So kalau nak kenal, baik play video ni dan dengar betul-betul lagu dia.

Thursday, January 13, 2011

The Rain From An Angel

im back copy 2

Permulaan untuk semua pembaca dan blogger. Aku mahu katakan hai kepada semua. Ok, ada benda yang aku nak bagitahu. Tapi aku mahu pastikan semua orang suka untuk mendengar.

Aku telah bekerja, tapi dalam masa yang sama aku belajar. Yang paling seronoknya adalah suasana tersebut. Namun aku akan ceritakan suasana itu nanti untuk post-post yang akan datang.

Selamat membaca ya !

Tuesday, December 14, 2010

Budak Pensel Return Home

jenis font copy
TAPAK 1 copy
Apa yang aku telah belajar sekarang adalah mengetahui manusia itu kadang-kala tidak bersifat melihatkan identitinya kepada semua orang, menjadi satu masalah besar apabila kita terlepas pandang tentang kelebihan dirinya berbanding kita.

Mungkin, aku tunggu penghujung bulan untuk aku update semula disebabkan aku akan pergi ke tempat yang tiada internet connectivity untuk beberapa ketika. Disamping itu aku harap kalau ada sesuatu yang ingin di share, sila tinggalkan sebarang pesanan di ruangan komen atau di chat widget. Buat masa yang akan datang, pastinya banyak cerita yang aku mahu kongsi, ok nantikan ya. Haha.

Menjadi rakan yang baik, merupakan pengorbanan kecil dan besar. Dan menerima secara terbuka sesuatu kelemahan mereka selagi ia tidak menyusahkan. - Budak Pensel, Disember 14, 2010.

Saturday, December 11, 2010

Post ke 100 - Bagaimana Lens Canon Tercipta

Okay, esok aku akan offline perhubungan internet sehinggalah penghujung bulan ini. Aku tidak lagi berada di Ipoh kerana aku telah pulang ke kampung, dan aku perlu gunakan sedikit masa untuk aku improvekan blog aku.

Credit to http://dilozoblogde.blogspot.com/ (Lan)

wallpaper_ChelseaFC

Minggu ni ada game Manchester United vs Chelsea. Oh, bahagian ni kalau aku tak tonton secara live memang satu kerugian bagi aku sebab ia merupakan perlawanan Chelsea yang sebenar memandangkan performance Chelsea yang mula konsisten semula. Kene pula Chelsea main di homeground sendiri.

Wednesday, December 8, 2010

Erti tahun yang paling banyak cerita

_MG_4614_MG_4567_MG_4609_MG_4973_MG_4931_MG_4894

Tatkala tahun ini hampir tamat di penghujungnya, aku berharap sangat tahun ini memberikan seribu cerita dan erti kepada setiap insan yang ada di muka bumi ini. Permulaan cerita yang berakhir pada tahun yang sama, membuat aku berharap tahun depan ada lagi untuk aku bersama kamu bercerita tentang benda yang aku suka lihat.

Thanks for read...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...