Wednesday, December 23, 2015

Fire Safety Drill

Fire Safety Drill. Program yang dijalankan sebagai salah satu langkah keselamatan apabila terjadi kebakaran di premis berasaskan Oil & Gas. Program dijalankan pada waktu pagi, sebab kalau dilakukan pada waktu petang dikhuatiri akan membantutkan suasana yang sepatutnya 'real' tiba-tiba hujan melanda dengan lebatnya. Ibarat peribahasa urban, kusangka hujan di petang hari, rupa-rupanya benar petang itu memang hujan. 

Program seperti ini dijalankan secara demo, bermakna di premis seperti ini tidak memerlukan api untuk menjalankan Fire Drill. Disini jabatan yang terlibat untuk bertindak secara kecemasan adalah mereka yang perlu untuk 'expose' dan mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak bomba terutamanya HSE Deparment. 

Pada masa kejadian, pihak Terminal sendiri harus bertindak lebih pantas dan kakitangan yang berada di sekitar premis harus berada di 'Assembly Point' sementara menunggu Fire Fighter (agak cool bila disebut) daripada pelabuhan seterusnya daripada Jabatan Bomba sendiri. Tak boleh balik terus ataupun pergi lepak kat kedai kopi mentang-mentang berlaku kecemasan.




Program ini berjaya berjalan dengan lancar. Tiada sesiapa yang mengalami kecederaan semasa program ini dijalankan. Yela, nama pun cuma latihan. Walau apapun tahniah kepada semua yang memberikan kerjasama dan semoga semua kakitangan mengamalkan undang-undang dan peraturan yang telah disediakan demi memastikan tiada insiden yang tidak diingini berlaku apabila berlaku kebakaran dan kecemasan. 

Safety First !

Photograph & Written by 
Budak Pensel . December 23, 2015 .
TLP, Johor . 

Thursday, October 1, 2015

Inspirational Advertisement by Petronas.

Since aku dah tak tinggal di Ipoh, benda yang aku lama tinggalkan adalah bikin video. Nak buat video bagi aku susah. Susah sebab banyak aspek terutamanya kalau buat video cincai-cincai mungkin orang lain tonton pun feeling dia kurang. 

Kebetulan aku sedang cari lagu Michael Bolton, tiba-tiba ada iklan Petronas. Entah macam mana aku boleh terlayan iklan ini dan sebenarnya ini adalah iklan yang seharusnya aku tonton sebab tukang sunting iklan ni pandai menaikkan mood secara perlahan-lahan dengan content yang ringkas dan padat dan berjaya menyampaikan mesej.

Kalau korang orang atau tinggal di Ipoh terutamanya di Gugusan Manjoi, mesti korang kenal pakcik dalam iklan pertama bawah ini. 



Pada minggu lepas, aku saja-saja search tentang Pelumba Moto2 Malaysia dengan menaip Hafizh Syahrin. Terjumpa pula aku video ni daripada Petronas. Aku suka isi kandungan dan perkataan dia, cuma slang bahasa Inggeris dia nampak agak Malays sikit. Kalau mamat ni fluent English dia aku rasa penyampaiannya lebih meresap jiwa. Check it out. 



Sebenarnya tadi aku terlayan iklan yang ni dahulu tentang anak keluarga nelayan di Sabah yang mendapat program latihan oleh Petronas. Dari segi angle video dia, memang ringkas dan tak terlalu ingin menggunakan view drone sangat. Kombinasi penceritaan rakaman suara dalam studio dan suasana persekitaran menampakkan seni dan idea penyampaian yang bagus supaya audience tidak merasa bosan. 

Cuba try layan iklan last ni.



Untuk pengetahuan korang, buat pertama kalinya aku menonton Iklan Petronas yang aku embedkan dalam blog ini semasa aku search Youtube Hafizh Syahrin. Aku ingat cuma satu video Petronas itu je yang Petronas buat. Rupa-rupanya ada lagi Iklan lain bila aku click kat pautan yang disediakan. Kalau korang nak tengok lagi yang lain, bolehlah layari ke 

https://www.petronasofficial.com/campaign.

Mungkin korang perlukan idea-idea untuk bikin project video dan bolehlah ambil sedikit inspirasi daripada hasil kerja ini. InsyaAllah korang boleh dapat banyak idea dan cara penyampaian yang ringkas serta dapat buat angle footage yang power serta mengagumkan.

Written by 
Budak Pensel . October 1, 2015 .
Kuala Lumpur 

Macam Mana Aku Nak Hidup Tanpa Kau .



Dulu masa aku belajar kat KPTM Ipoh pada tahun 2011 tak silap, aku selalu jugak dengar lagu ni cuma aku tak tahu tajuk dia dan siapa penyanyi lagu ni. Sebenarnya ni lagu lama, sejak aku kecik lagi dulu pun pernah dengar.

Since aku dah tau tajuk dan penyanyi dia sebab Epoi pernah pasang kat Pondok Omatajari, kiranya aku nak embed terus ke dalam blog aku ni supaya aku tak lupa lagi tajuk lagu dia. 

Oh, baru aku tau lagu ni pasal apa. Sebab masa dulu aku cuma dengar lagu dia tanpa aku faham apa benda yang dia sebutkan tu. 

Hambar. Keh keh.

#budakpensel #lagulama #caribalik #kptmipoh

Sunday, September 27, 2015

Kadang-Kadang Diam Itu Memakan Diri

Ada masanya kau tak perlu berdiam kononnya masalah itu boleh selesai. Ada ketikanya kau perlu berkata tentang perkara benar untuk selesaikan masalah. Bila kau kuat dengan fakta.

Diam, bila kau tidak pernah tahu dari mana puncanya masalah itu. Bukan semua benda perlu diam.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . September 27, 2015 .
Puchong, Selangor. 

Sunday, September 20, 2015

Don't Lose Hope.


Selalu aku terfikir selalu ketawa tidak menjanjikan kebahagiaan yang kekal. Malah, aku selalu sedar bahawa selalu ketawa itu akan berakhir dengan kesedihan. Oleh itu cukuplah sekadar perbanyakkan rasa sedih dan sekadar tersenyum agar kegembiraan yang kita rasai hanya disambut dengan sederhana. 

Selalu juga aku teringat bahawa masa depan tidak menjanjikan impian yang kita harapkan. Apa yang aku rancang hari ini tidak terjamin aku akan dapat. Kalau dapat sekalipun mungkin ia adalah sebahagian daripada impian dan cita-cita. 

Namun dalam hidup kita sesuatu yang paling indah apabila kita tidak mengharapkan sesuatu itu terjadi atas sebab bagi pandangan kita ianya sangat mustahil untuk kita miliki. Mustahil bagi kita adalah tidak pada Allah.  

Janji Allah yang pasti. Jika Dia tidak menunaikan doa kita, sebab Dia ingin menghadiahkan sesuatu yang mampu membuat kita lebih gembira daripada apa yang kita mahukan di dalam doa kita. Bersangka baiklah kepada Allah dan teruskanlah tersenyum. Tanda syukur dan meraikan dengan hadiah dengan sederhana yang berterusan.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . September 20, 2015 .
Puchong, Selangor. 

Tuesday, September 15, 2015

Kisah Aku Untuk Korang

Information Technology. Walaupun aku lebih cenderung kepada Graphic Design, aku lebih suka memilih pekerjaan dalam IT Dept. kerana pelbagai perkara dan prospek kerja yang membuatkan aku lebih banyak ruang waktu dan kelebihan untuk belajar pelbagai perkara baru. 

Dalam dunia pekerjaan dari perspektif aku, aku lebih mengutamakan tempat kerja yang santai walaupun income yang sederhana berbanding pendapatan yang tinggi namun tanggungjawab kerja yang sangat ketat dan terperinci. Dan ruang masa yang ada itu aku boleh buat banyak perkara yang mendatangkan kebaikan untuk aku dimasa yang akan datang. 

Tiada apa perkara yang aku boleh kongsikan sangat pada kamu dalam post kali ini. Cuma aku mahu mengingatkan kepada kamu yang sedang menbaca artikel ini bahawasanya kamu tak perlu berusaha menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik, cukup sekadar kamu buat sehabis baik dan sentiasa berdoa kepada Allah agar sentiasa memberkati setiap usaha yang kita lakukan. InsyaAllah.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . September 15, 2015 .
Shah Alam, Selangor. 

Saturday, September 5, 2015

Malam Untuk Si Bujang.


Malam untuk orang bujang. Masa aku belajar kat Ipoh dulu, malam bukanlah masa untuk tidur. Malam adalah kehidupan. Kehidupan tanpa gangguan, malam yang bebas melakukan apa sahaja yang aku suka. 

Pengalaman aku sebagai seorang student la katakan, tiada wujud waktu tidur yang sistematik. Tidur adalah bila kamu perlu. Selebihnya bangun selagi mana kamu mahu. Ada masa waktu malam aku lebih suka merayau. Kena angin malam disaat semua orang sedang tidur nyenyak bagi aku itu paling indah. 


Ada masanya kamu stay kat rumah sambil melayan Youtube, siapkan kerja, mendengar lagu untuk mendapatkan inspirasi terutamanya mereka yang perlu mencari seni. Ada masanya saat hujan turun malam kau membuat Kopi O sambil layan Maggie Kari panas-panas. Esok pagi aku mengharap ada makcik berniaga Nasi Lemak kat hujung jalan, kemudian baru nak decide pukul berapa mahu pejam mata. 

Jiwa student ni memang menggamit nostalgia. Feeling yang tidak akan pudar. 

Photograph & Written by 
Budak Pensel . September 5, 2015 .
Puchong, Selangor. 

Sebuah Karangan Ringkas.

Pertama kali aku beli kamera pada tahun 2010. Tiga bulan tahan gaji, baru la dapat beli kamera kategori entry level. Bila mula bermain kamera, teringin pula nak upgrage ke pro level camera dan prime lens. Tak pernah pun terfikir akan dapat. Alhamdulillah tetap dapat walaupun masa yang menjadi jarak untuk mendapatkannya. 

Membazir duit? Jawapan aku tak. "Ia pelengkap hidup, merakam setiap masa dan detik yang menjadi permulaan bahagia. Itu tak ternilai." jawab aku dengan penuh bangga. 

Pride !

Photograph & Written by 
Budak Pensel . September 5, 2015 .
Cheras, Kuala Lumpur. 

Pergi dan Jauh.

Masa dan pergi. Kucing kecil sudah besar. Sudah pandai berdikari. Masa aku ada, dia duduk disebelah aku. Masa aku tidur, dia tolong jaga pintu. Tiap pagi minta aku buka pintu supaya boleh keluar jumpa kawan yang sama spesis depan rumah. Beberapa minit kemudian, balik ke rumah balik, mengharapkan tuannya rebuskan ikan. 

Bila aku marah, faham pulak nak duduk diam. Bila dia marah, dia harapkan aku yang duduk diam jangan ganggu dia. Tapi marah tak lama. Kadang-kadang bila dia kena marah, merajuk. Duduk di bilik atas taknak turun, walaupun sampai jerit memanggil. Tapi tak lama, nanti dia lapar datang balik manja dia.

Senang betul memaafkan, walaupun selalunya bukan aku yang salah pun. 


Itu cerita pasal kucing. Menghargai contribution tuan dia. Kena marah sekalipun walaupun merajuk tetapi cepat baik semula. Tidak berdendam. Terus bersama kita saat susah senang. Sehingga akhir hayat menumpang bumi ciptaan Tuhan. 

Kucing tak pandai menipu. 

Photograph & Written by 
Budak Pensel . September 5, 2015 .
Cheras, Kuala Lumpur. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...