Kalau kamu baca blog aku, mesti kamu rasa aku selalu promote Ipoh. Aku sebenarnya kalau aku kat Terengganu sekalipun, aku akan cerita pasal Terengganu la. Tapi aku di Ipoh, jadi cerita la tentang Ipoh.
Ini dia, aku ambil gambar banyak-banyak dan buat photo story sikit. Upload dan share, lepas tu kamu ni tahu baca tak nak komen satu pun. Tak apa, sebab yang penting kamu tengok sahaja.
Aku ni, nak kata macam jurnalis pun bukan. Tapi ambil gambar secara hobi-hobi. Ya, hobi. Dalam masa yang sama dapat berjalan-jalan. Hati riang, jiwa tenang. Jadi hidup sentiasa ceria, tersenyum lebar. Wink!
Gambar yang di atas ni, gambar bangunan yang terletak di Ipoh Padang. Aku tak faham kenapa baca terbalik (Ipoh Padang). Tapi ia betul, memang terbalik. Ipoh Padang okay, bukan Padang Ipoh. Jangan tanya pasal apa, aku pun tak tahu. Hish.
Ipoh banyak bangunan lama. Agak historical sikit. Dulu pernah bangunan di Ipoh ini cuba disenaraikan dalam UNESCO, sebab bangunannya mempunyai nilai sejarah. Kalau rasa nak buat outdoor wedding pun okay, sebab banyak bangunan-bangunan lama. Aku kampung dekat KL pun rasa Ipoh lagi bagus. Jalan tak jammed. Kalau jammed pun jammed kucing je.
Orang Ipoh sangat ramah. Terutamanya masyarakat Cina. Sangat baik. Berbual dengan aku macam kawan dah lama. Aku rasa bila berbual dengan orang Cina di Ipoh, aku rasa orang Cina di Ipoh sangat ramah. Tak ada masalah. Ipoh Mali Tala Sombong. Tempat lain tak tau la kan. Tapi ada la jiran lama aku tu, cakap loghat Perak lagi. Kalau movie Hantu Mak Limah dah keluar TV masa tu, mesti dia sebut kat aku "Kita bako kita bako." Haha.
Ipoh ni dahulunya yang aku perasan, orang Ipoh suka main bola. Pantang ada padang, petang-petang mesti main bola. Siap ada refree lagi. Bezanya di Selangor tempat aku tinggal, tak macam di Ipoh. Di Ipoh bola sepak agak terancang. Main bola siap ada kumpulan-kumpulan yang berlawan. Semangat sukan bola di Ipoh sangat bagus. Tak percaya, datang dan lihat sendiri. Manchester United pun takut nak lawan team Ipoh.
Gambar di atas ni aku shoot di Kampung Manjoi, Perak. Kampung ini sangat bersih. Orang-orang Manjoi suka jual Nasi Lemak. Usah pedulikan pasal nak haramkan Nasi Lemak. Sebab orang yang sakit tu sebenarnya kurang bersenam. Itu la halnya. Mudah je kan.
Kita orang Malaysia memang makan nasi. Makan belacan. Cincalok, Durian segala. Budu pun belasah juga. Esok-esok kalau nak haramkan Nasi Lemak jual sahaja McDonalds dengan KFC kat sekolah. Baru stail. Buat Starbuck sikit tengok camne. Kalau leh buat Pizza Hut, boleh buat delivery dari kelas ke kelas.
Jauh aku melalut. Cit.
Gambar di atas ni gambar di Manjoi. Ada sungai. Sekitar sungai itu agak bersih. Bagus orang Manjoi ni. Jaga kebersihan. Gambar di atas tu gambar aku la. Ada iras-iras David Beckham tak, ke David Bercham. Tak ada la. Saja main-main.
Petang-petang selalu orang memancing di sini. Aku tak tahu ikan apa mereka dapat. Kalau abah aku tahu tempat ni, dah lama dia buat aksi Fly Fishing dia tu. Dah macam di Colorado dah gayanya. Memancing aktiviti sihat kan. Ibarat bersukan.
Suasana kampung di Manjoi sangat syahdu. Bila lagi tiba bulan puasa. Petang-petang ramai la orang kampung keluar berniaga kuih-muih, lauk-pauk, nasi-masi, dan sebagainya. Ramai jugalah pengunjung yang datang membeli. Orang kata, tak rugi la berniaga. Deme datang perabis makanan yang dijual. Baik yang puasa dan yang tak puasa. Orang Ipoh sangat muhibbah.
Orang Ipoh ni malam tiada hiburan. Bukan cara hidup orang Ipoh ni berkeliaran macam di Kolumpo sana. Cuma yang menjadikan Ipoh ini bersinar itu mungkin la cahaya lampu Tesco, Jusco, Ipoh Parade dan lain-lain. Mungkin juga lampu sinar-sinar roadblock abang-abang polis. Heh.
Orang Ipoh ni rajin keluar pagi, bersenam di taman-taman. Baik Cina, India, Melayu bersenam. CIMB la katakan. Bersenam sama-sama. Pasang radio kuat-kuat, bersenam satu pentas yang luas. Kempen Larian Biskut Jacob tu tak perlu rasanya. Orang Ipoh suka bersenam tanpa disuruh.
Mungkin disebabkan faktor persekitaran itu yang menjadikan Ipoh ini tempat yang sangat baik untuk semua orang datang. Jangan mengharapkan hiburan seperti di Kuala Lumpur sana, datanglah Ipoh untuk menuntut ilmu, mencari idea dan kreativiti disini. Aku suka Ipoh, mungkin selepas aku tinggalkan tempat ini, aku harap pemandangan di Ipoh jangan berubah, agar aku tidak lupakan kenangan yang aku mula di sini.
Banyak lagi yang aku nak cerita.
Shoot by using:
Canon EOS Digital 550D/T2i
EFS 18-55mm f/5-5.6 IS
EF 50mm f/1.8
EF 75-300mm f/4-5.6 III USM
Shoot by using:
Canon EOS Digital 550D/T2i
EFS 18-55mm f/5-5.6 IS
EF 50mm f/1.8
EF 75-300mm f/4-5.6 III USM
8 comments:
salam
awak pon duduk ipoh ker?
saya pun kat ipoh jugak sekarag
mmg orang cina kat ini ramah giler
suka sangat ngan diorang2 ni
gambar2 kat belog ni sangat2 cantik
terutama yang bokeh tu
sy xpandai lagi nak buat bokeh y sharp macam tuuuuu
*sini
syariniey : saya duduk ipoh study di KPTM Ipoh.
ala, senang aje..kalau ada modelling leh join, bertukar2 cara dan skill..
ganas bokehan kau.
sharp pulak tu.
apa project menarik?
ajak ar aku.
diloz : mane ade ganas, tu cuma 1.8 50mm je..
project menarik? project bulan depan baru start. buat story macam ko buat Keita nye short film. tapi ni nak wat teaser dulu.
hehe
seksi sungguh bokehnya!!..
aku sangat bangga sebab dari form4 aku memang study dekat ipoh,,bulan 7 nanti aku balik ipoh boleh la roger2 wehh...lepak polo poco-poco ke kan..haha..nice writing!
belacan - oh tq. kamu ni budak teknik brash ker?
aku ex brashian..skg aku puo...
Post a Comment