Thursday, June 9, 2016

Cerita Bandar ke Bandar

Cerita Bandar ke Bandar. Dunia pelik. Manusia pelik. Santapan pelik. Lokasi pelik. Kehidupan yang serba pelik. 

Apa yang aku belajar tentang seni yang perlu soul dan solo. Cipta mencipta ideologi sedikit baru. Kalau tiada pilihan diluar sana, pelik serta unik adalah jawapan untuk itu. Tak perlu meniru, biar ditiru. 

Cerita Bandar ke Bandar. Mungkin aku akan kembali. Sebab tertinggal sesuatu yang belum aku habiskan. Iaitu penutup cerita. 

Photograph & Written by 
Budak Pensel . June 09, 2016 .
Mood bahagia 1.59 

Tuesday, June 7, 2016

Ramadhan Jangan Pergi

Alhamdulillah. Berjumpa lagi bulan Ramadhan. Setiap tahun Ramadhan membawa kisah berbeza-beza. Ramadhan jual air. Ramadhan kursus kahwin, Ramadhan mengandung, Ramadhan bawak budak kecik ni berjalan-jalan. Begitulah cerita sejak bertahun. Ramadhan memang bulan yang istimewa.

Masa berlalu sungguh pantas. Tahu-tahu sekarang dah pertengahan tahun. Memori mengiringi perjalanan usia. Lagi beberapa bulan tamatlah tahun ini. Tahun depan lebih mencabar. Tahun yang sudah menjadi panduan dan pengalaman serta nasihat untuk mereka yang bakal laluinya nanti.

Ramadhan. Bangun sahur. Waktu ambil berkat untuk hadapi seharian berpuasa. Pertama kali aku bersahur aku masih kecil. Rasa malas nak bangun. Tapi perlu juga untuk bersahur, walaupun sesuap nasi seteguk air. Sekarang aku pula mengejutkan orang lain supaya bersahur.   

Masa berlalu pantas. Ramadhan nan indah. Ramadhan membikin senyuman. Ramadhan sentiasa membisik nostalgia. Setahun penantian, dua belas tahun pemergian Ramadhan. Kisah lailatulqadar yang sukar aku lupakan. Tentang uniknya Ramadhan untuk setiap insan.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . June 07, 2016 .
Mood : Nestum 3 in 1. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...