Friday, April 24, 2009

Itu semua no. 1

Semalam aku praktikel, kelmarin pun sama. Semalam punya kelmarin pun aku pergi praktikel. Cuma hari Isnin aku tak pergi, disebabkan Birthday Sultan Perak.

Ok.

Tempat aku praktikel ni, adalah studio jurufoto terbesar dan tercanggih di Malaysia. Memasuki rekod Malaysian Book Of Record (MBR), dalam kategori studio gambar terbesar.

Aku tak heran sangat.

Cuma aku kene handle mesin cetak yang kira tercanggih di Malaysia, yang berharga sejuta. Kat Malaysia ni, cuma ada empat. Dorang orang kaya, boleh beli macam - macam. Semua nak no. 1. Nama printer tu Canon ImagePRESS C7000 VP, sangat besar. Kalah kereta Mercedez.

Tak tipu!

Kalau aku boring, aku pergi potong business card, dengan mesin pemotong. Oh aku terlupa, semalam black out, mesin tu nak potong jari jari aku sekali, mesin tu buat gila. Aku sempat menjauhkan dari mesin yang agak cilaka itu. Memang cilaka punya olang! (mesin).

"Yazid, wa mau kasi tahu sama you, itu kalau tangan you putus guna ini meshin, kita talak sappot itu socso arr.." kata supervisor aku tempat tu. (petikan disebut pada hari Rabu 22 April)

Ahh.. Jadi malas pulak nak praktikel.

Wednesday, April 22, 2009

3 bulan di bulan

Aku letih. Letih dan letih. Gila punya kolej, baru abis exam, then final presentation. Kemudian disusuli dengan latihan industri (letihan industri).

Macam robot.

3 bulan aku tak boleh balik ke kampung, mengadap benda alah nie. Adui! Macam kena hukuman penjara di bulan selama 3 bulan.

Ya! Di bulan.

Monday, April 13, 2009

Percaturan Terbaik MP

14 April bukanlah sesuatu yang menakutkan. 14 April tarikh yang tiada kena mengena dengan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti fenomena Black 14 seketika dahulu. 14 April adalah tarikh Final Multimedia Presentation KPTM Ipoh untuk semester 7, April 2009.

Listing keluar pada Jumaat 10 April yang agak lewat. Namun ia memberi sedikit impak kepada designer-designer Website dan CD Profile. Masa menentukan segalanya. Adakalanya kami merasakan bahangnya seperti perjuang Gladiator yang akan masuk stadium Rom untuk berlawan dengan harimau, singa jauh sekali kucing.

Tetapi, impak ini lebih dari itu. Bakal juri-juri ini bukanlah seperti juri AF, Malaysian Idols ataupun juri SMS. Ini adalah juri yang memberi keputusan yang tiada unsur simpati atau lebih dikenali sebagai mandatori. Permarkahan atas dasar kriteria seseorang yang bakal bercirikan designer dan programmer. (Raja SMS pun tiada guna bila berada di listing ini)

Masa telah ditetapkan. Tiada tolak ansur lagi. Be There or Be Square. Bagi saya, ini percaturan terbaik untuk semester ini. Its a last design to present.

Mungkin Norfarzana akan bingung setelah listing dia keluar dua kali, No 10 Selasa, dan No 23 Rabu. Haha. Hanya yang peka sahaja dapat melihat dari mata hati. Sesape pun tak perasan.

Sunday, April 12, 2009

Nasi Lemak di Manjoi Ipoh

Aku pun tak tahu bagaimana aku boleh jadi pembanci makanan (bukan pembenci). Ini semua gara-gara siapkan assignment kolej dari tengah malam hingga ke subuh. Dan manjadi tabiat aku mencari benda yang boleh di mamam selepas subuh.

Perbuatan aku ini telah dihidu oleh beberapa kawan serumah aku pada masa itu. Ia berlaku selepas aku sering keluar sekejap dan pulang membawa sarapan untuk aku makan seorang. Namun semua itu menjadi addict, sarapan tetap sarapan! Mereka pun terjebak.

Menjadi pembanci memudahkan jadual mamam aku seharian (sepagian). Ini antara Top 6 gerai yang bagi aku terbaik antara saingan yang lain yang boleh korang pergi.

1. Nasi Lemak Kontena "Acu" - Sebelah padang Masjid Manjoi.
Panggil makcik ni "Acu". Makcik ni kalau menjual dalam pukul 6.45 pagi. Kalau awal, korang tiada harapan. Datang lewat sikit. Makcik ni kalau seminggu menjual Nasi Lemak tu, direct jer. Kalau dia dah start cuti, tunggu la lagi satu minggu, ok. Jangan sembang lama sangat, mungkin korang lewat pulang, korang faham maksud aku tak?
:: 4 bintang ::

2. Nasi Lemak Anak Pak Lebai - Simpang Manjoi
Menghala ke Mydin Manjoi, bermula dari simpang tiga 'DEPAN' Balai Polis Manjoi. Lokasi dia selepas Pasar Pagi Manjoi di simpang sebelum kedai topup. Anak dia cun, tapi abah dia mak datuk, Pak Lebai. Pakai seluar panjang bila korang ingin beli (takut kena kuliah subuh je la) Nasi Lemak dalam kadar yang sederhana. Masih boleh dikategorikan ok. Sambal yang banyak belacan. Nasi (RM1.20) Kuih (3 singgit)
:: 3 bintang ::

3. Nasi Lemak KFC - Depan KFC, bukan dalam KFC
Depan KFC Manjoi. Dibuka lebih awal dari "Acu". Seawal 6.30 pagi. Masa ini, korang akan bersaing dengan pekerja kilang, MBI dan kerajaan. Siapa cepat dia dapat. Bukan kerana sedap, kerana nasi dia RM 1 tu banyak. Kalau tambah nasi tu mungkin korang tidak cukup telur. Sila tambah telur korang untuk nikmati juadah. Kuih (3 singgit)
:: 3 Bintang ::

4. Nasi Lemak Balai Polis
Bukan di balai polis, tapi berhampiran dengan deretan gerai di situ, kalau petang tempat orang menjual goreng pisang. Disitu ada gerai yang sibuk dan van Toyota buruk, itulah dia. Pelbagai lauk dijual termasuk rendang. Pelbagai pilihan lauk. Keadaan di sana memang agak kelam kabut. Jangan datang pukul 6.30 pagi, datang dalam 7.15 pagi. Pastikan jangan pakai duit besar, mungkin ada kesilapan baki nanti. Kuih (3 singgit)
:: 4 Bintang ::

5. Nasi Lemak Surau Manjoi
Ini adalah Nasi Lemak yang paling awal di Manjoi. Korang boleh bersedia menekan brek selepas korang telah melepasi Pasar Pagi Manjoi, Nasi Lemak Simpang, kedai topup. Antara kedai topup dan simpang surau. Nasi lemak dia simple dan terbaik, sambal kurang belacan. Cukup kriteria sebagai nasi lemak. Jika korang masih kenyang dan bila korang terbau nasi lemak ini, kamu akan kembali lapar. Korang faham tak maksud aku? Tiada lauk-lauk tetapi pelbagai kuih yang lebih sedap berbanding saingannya di Manjoi. Kuih (4 singgit)
:: 5 bintang ::

6. Nasi Lemak 3 Seragam
Dari gerai nasi lemak balai polis ke Ayam Winner,korang terus menghala ke dalam Manjoi, akan ada simpang ke kanan untuk pergi ke Ipoh, teruskan, jangan masuk simpang itu. Korang akan terjumpa gerai yang memasang lebih dari 3 meja. Nasi lemak ini agak biasa sahaja. Namun, ini adalah 'option' bila semua senarai nasi lemak di atas tidak beroperasi seperti biasa. Kuih dia besor - besor! 3 seragam bermaksud ada 3 orang makcik penjual yang akan mengawal perilaku anda. Kuih (3 singgit)
:: 3 bintang ::

p/s : saja kongsi pengalaman, dan kenangan

Thursday, April 9, 2009

Manusia Terakhir

Semalam, exam terakhir saya. Selepas tiga hari berturut-turut menghadapi exam sejak Isnin. Kertas terakhir itu adalah kertas Entrepreneur. Duduk di meja no 95 antara Nabil dan Zidane.

Mungkin disebabkan tiada lagi exam, saya mengambil masa selama 2 jam 50 minit sebelum keluar. Ketika itu sudah tiada lagi student yang masih tinggal melainkan saya. Yang tinggal hanyalah Sir Afgan, Mis Putri dan Pn Wani.

Tiada suara di dewan itu, melainkan bunyian selakan kertas saya, bunyi pen dan bunyi tapak kaki Sir Afgan yang tidak menyanyi seperti dalam Video Klip Terima Kasih Cinta bersama Talitha Latif dalam Youtube.

Exam terakhir ini memberi kenangan terakhir untuk saya setelah mengharungi exam-exam sejak trimester 1 lagi. Bagaimana trimester 1 saya bermula di blok A, begitulah exam yang terakhir juga berakhir di blok A yang menjadi noktah sebuah nostalgia.

Saya manusia terakhir yang meninggalkan dewan itu. Jika ada umur yang panjang, mungkin saya akan melihat semula dewan ini. Menggapai kenangan bagaimana semua ini bermula dan berakhir.

Friday, April 3, 2009

Saat itu dikala hujan lebat

Toot toot..

Aku menerima panggilan daripada Pn Has yang project IDB aku terhantar file WinRAR yang ber'password'. Pn Has tak boleh buka, sebab dia cuma ada ZIP extractor je. So aku pergi ke kolej dikala hujan lebat, memandangkan project itu adalah project terakhir untuk aku menambahkan pointer Diploma Multimedia.

Tekan punat lif, level four.

Sampai di bilik Pn Has di level 4 tu, aku terus memberikan pendrive aku yang masih tak bengkok. Tak macam member aku, pendrive sume bengkok bengkok. Semasa dia sedang scan virus pendrive aku tu la cerita ini bermula..

"Apa yang kamu faham tentang hero?" tanya Pn Has
"Err..." aku terkedu.

Apasal tiba-tiba soalan ni leh terpancul. Aku kurang arif tentang benda ni. Lain la cerita Heroes tu kalau dia tanya, leh juga la aku jawab..

"Seorang yang cekal menyelesaikan masalah.. Kiranya dia tabah la, tak semestinya dia dapat selesaikan masalah tu, cuma dia mencuba." Taram aku berisi.

"Betul lah tu" jawab Pn Has sambil membuat muka slamber cam biasa dia buat setiap pagi Isnin 8.30 pagi .

Kemudian beliau tanya aku lagi.

"Boleh tak kamu katakan orang perempuan itu boleh jadi hero?"

"Err, macam tak kene je, sebab kebanyakan orang berpendapat hero tu lelaki." jawabku ringkas.

"Ehh, mane boleh, mesti awak fikir perempuan bukan hero tapi heroin kan?" tegas Pn Has.

Time ni la aku teringat sebuah tajuk 'My Dad Is My Hero'.

Jawabku "Tak kisah la kalau lelaki ke perempuan ker nak jadi hero. Sebab pandangan masyarakat selalu memberikan title hero tu kepada orang lelaki. Kita terlalu ikut pandangan masyarakat. Saya bagi satu keadaan, contohnya kalau la family tu sudah tiada ayah, mungkin yang menjaga anak-anak tu semua adalah ibu dia, yang berkorban untuk segalanya-galanya. Jadi tak kisah kalau ada perkataan 'My Mom Is My Hero'."

Pn Has Tersenyum. "Yela, takkan la ade tajuk 'My Mom is My Heroin' kan." Aku pun tergelak, "Mane ade heroin tua" kata hatiku..

Aku tak faham kenapa beliau tanya soalan camtu. Mungkinkah beliau ingin tambah pointer aku?

Harap-haraplah.. =D

Nostalgia Sebuah Drama

Tengah surfing internet pada suatu malam, terjumpa gambar ni dalam Deviant Art oleh Mr. S. Amat menarik. Menggunakan color yang agak retro dan dramatik dalam menyampaikan sesuatu mesej "kenangan di KPTM". Simple tetapi tersirat pelbagai mesej.

Bila saya lihat gambar ini, saya katakan, "memang jiwa saya diberi nafas semula di Ipoh ni" Ya, ia menghidupkan jiwa saya dah sudah lama mati. Inilah Nostalgia Sebuah Drama. Ia ringkas, tapi membuat termanggu seketika untuk wajah ini. Seperti guitarist yang bermain Flaminggo di sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur. Bezanya, ia hanyalah susunan gambar.

Gambar ni sungguh dramatik bagi saya..

Thanks to Mr. S.

Thursday, April 2, 2009

Bulan April

Masa begitu pantas berlalu. Aku rasa baru semalam tahun 2008, tapi hari ni, sudah bulan April 2009. Adakah tahun 2009 terlalu pantas untuk kita semua?

Ya begitu pantas..

Aku try bawak objek aneh milik abah aku ni time beliau kerja, amat pantas ini kuda ya.. Oh Ninja ZX6.

p/s: sebenarnya aku agak trauma selepas aku accidentkan motor beliau yang sebelah tu semasa raya. Secara rasminya motor itu menjadi milikku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...