Friday, May 26, 2017

Nukilan Menanti Esok Ramadhan

Antara waktu, ibadah, rasa cinta, tawakal, penghargaan, ketenteraman, dan juga nilai-nilai yang baik. Waktu berlalu pantas. Semalam, hari ini dan akan datang. Harus memandang kebaikan dan melihat terus masa yang mendatang. Hidup hanyalah sementara. Sementara itu tempoh yang penting untuk membawa sebaik-baik bekalan untuk di hari yang lain. 



Jangan sia-siakan waktu lagi. Esok tak akan kembali. Takdir sudah ditentukan. Ibadah jangan berkurang. Bersangka baik setiap perkara yang mendatang. Kurangkan bercakap, kurangkan bersosial. Cakap bila perlu. Tiada apa untuk bercakap lebih baik senyap. 

Zikir jangan berhenti. Doa kepada mak ayah jangan terputus. Kita bukan manusia yang baik, apatah lagi sempurna. Sedikit muhasabah diri tapi besar fadilatnya. 

Photograph and Written by 
Budak Pensel . May 26, 2017 
Jumaat menanti esok Ramadhan. 

Wednesday, April 5, 2017

Perkara-perkara yang boleh dikongsikan.



Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit
  1. ‎الرمان - Delima 
  2. ‎الروب - Yogurt 
  3. ‎الثوم - Bawang putih 
  4. ‎البصل - Bawang besar 
  5. ‎الشاي الأخضر - Teh hijau 
  6. ‎الشوفان - Oat 
  7. القرع - Labu 
  8. ‎البروكلي - Brokoli 
Tiga perkara membawa penyakit
  1. Banyak bercakap 
  2. Banyak tidur 
  3. Banyak makan 
Empat perkara merosakkan badan
  1. Berdukacita 
  2. Bersedih 
  3. Kebulur 
  4. Tak tidur malam 
Empat perkara menambah seri wajah
  1. Bertaqwa 
  2. Jujur 
  3. Pemurah 
  4. Jaga kehormatan 
Empat perkara menarik rezeki
  1. Qiamulail 
  2. Banyak beristighfar pada waktu 2/3 malam (4 pagi ke 6 pagi) 
  3. Biasa bersedeqah 
  4. Berzikir waktu awal pagi dan petang

Sunday, February 26, 2017

One Year Four Month.



Saat aku menulis artikel ini, umurnya sudahpun lewat dua hari.

Makin lincah, lasak, kuat beremosi dan lain-lain. Sesuatu yang baharu untuk aku. Walaupun pernah mengasuh adik-adik sendiri, namun melihat zuriat sendiri semakin hari semakin membesar merupakan sesuatu yang aneh, pelik dan mengujakan. 

Pesan aku kepada pasangan pengantin di luar sana, seandainya Tuhan kurniakan rezeki kepada kalian, cubalah besarkan zuriat itu sendiri. Mungkin itu cuma sekali sahaja dalam hidup dan kita berpeluang untuk menikmati susah senang melihat anugerah Allah yang tidak ternilai ini dibesarkan dengan kasih sayang ibu. 

Percayalah, ia tidak pernah mengecewakan. 

Wednesday, January 4, 2017

Get Well Soon.

Get well soon. Semoga cepat berjalan balik macam biasa. Boleh ajar aku main drum.

Monday, January 2, 2017

Newlyweds.







Tahniah Ghazali & Aiza. Semoga bahagia dunia dan akhirat. Dan aku mahu berpesan bahawa asas perkahwinan itu adalah kesabaran dan toleransi. 

Photograph by Yazid
Januari 01, 2017. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...