Tuesday, July 20, 2010

Da Bachelor

Mungkin ada orang rasa aku sudah mula tinggalkan blog ini. Tak la. Aku bukan tinggalkan blog ni. Cuma aku melalui proses transfomasi ke arah yang lebih baik. Ya sekarang aku telah kembali ke Ipoh untuk melanjutkan pelajaran.

Cuma ada sedikit kelewatan, mungkin disebabkan oleh faktor-faktor permulaan untuk menjadi seorang pelajar, walaupun untuk sekiannya hanya pelajar baru untuk permulaan yang baru. Cuma aku bukan senior, macam yang selalu dibanggakan noob dan newbies. Hmm.

Tiada noktah pun dalam hidup aku, melainkan panggilan terakhir dari-Nya. Aku rasa aku perlu melakukan sesuatu yang amat penat, asalkan ia memuaskan aku di suatu hari nanti selepas 2 tahun aku melakukan ini.

Kesukaan aku, aku mendekatkan diri kepada sesuatu yang amat jauh, yang tak pernah aku temui selama ni. Dan sesuatu yang amat aku perlu selama ni. Kalau kamu memikirkan nostalgia itu sangat berharga, mungkin kamu ingin mengecapinya sekali lagi, walau hakikatnya sesuatu cerita itu tak mungkin kembali sama seprti pernah kamu laluinya dulu.

Apakah masalah jika kita ingin menjadi manusia yang baik, apabila aku melihat seseorang yang sangat bijak sangat mudah menolak sesebuah pendapat yang belum pasti ia salah.
+
Aku harap, kamu apabila menjadi manusia yang berguna, kamu sentiasa menjadi manusia yang merendah diri, berdamping dengan kelemahan manusia lain, agar kita sentiasa menjadi insan yang lebih baik.
+
Agar kita selamanya disayangi.

1 comment:

. said...

cool ok..

lu blaja kat PUO?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...