Tuesday, May 26, 2009

Cerita Menipu

Semalam aku kene format PC Cik Mala, (Cik Mala Janda Berhias). Tapi Cik Mala ni berbangsa India, cerita Cik Mala Janda Berhias tu Nasha Aziz. Sebenarnya tiada kena mengena dengan slot Cerekarama tu. Nama dia Malar, mungkin Malar Karuppan.

Format tak lah mengambil masa yang lama, tapi cuma agak kecewa sikit.

Aircond di bilik staff tu kebetulan rosak sewaktu aku sampai. Berpeluh la sikit skit sampai jadi banyak - banyak. Bukan aku sorang, tapi semua staff yang ada juga kepanasan. Macam duk dalam oven.

Ada lagi perkara menambah kecewa selain daripada aircond.

Aku semakin berpeluh-peluh selepas memakan gula-gula Halls.

Wednesday, May 20, 2009

Chelsea intip pemain Asia

Post kali ini sangat berbahaya kadang-kadang. Jangan baca lebih baik.

Semalam aku terbaca satu berita bola sepak, dimana Chelsea telah setuju mengambil pemain bola sepak dari Asia untuk melengkapkan jentera pasukan Chelsea menjelang kempen bola sepak yang akan datang.

Seperti yang pernah dilakukan oleh pasukan Manchester United dalam mengambil Pak Ji Sung dari Korea untuk pasukan mereka. Telah menjadi trend kelab-kelab bola sepak gergasi mengambil pemain bola sepak yang berkualiti dari Asia. Ini membuktikan pemain Asia ramai yang berbakat, tapi tidak di 'highlight' media antarabangsa.

Pengurus kelab Chelsea mengatakan pemain tersebut berpeluang menjadi bintang yang setaraf dengan Drogba, Frank Lampard, Ballack bila bersama dengan Chelsea kelak. Ini berdasarkan ujian ujian yang dijalankan setaraf dengan pemain sedia ada Chelsea. Kepantasannya berguna untuk menyerang benteng pertahanan lawan bagi Chelsea.

"Pemain Asia ini mampu digilap menjadi pemain terkenal di dunia seuatu hari nanti. Kehebatannya menjaringkan gol dari jarak jauh menarik minat kami." kata Naib Pengurus Chelsea apabila ditemui wartawan di Stamford Bridge.

Untuk maklumat lanjut, klik link ini. Asian for Chelsea Future

Monday, May 18, 2009

Hampir Dirogol

Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar. Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang mulia.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut terutamanya berjalan keseorangan.

Tiba-tiba dia ternampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan gelisah. Apa yang saudari ini mampu hanyalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan ke atas dirinya. Dia membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Saat dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di lorong semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dilihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Namun perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak menjadikannya mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki ini merogol gadis lain selepas itu. Muslimah ini begitu ingin tahu sebabnya. Jadi dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu.

Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Aku mahu FREE

Aku mahu bebas. Aku mahu terbang. Aku mahu berenang di langit yang biru. Aku mahu menarik udara yang sejuk, sambil menutup mata. Aku mahu FREE..

Sunday, May 17, 2009

Peragut dan Piguin

Kurang dari beberapa jam selepas saya mem'blog', secara tak sengaja saya terbaca blog oleh salah sorang dalam blogroll si Diloz, list Bloggers saya. Kamu perlu baca blog ini, untuk maklumat lebih lanjut.

http://www.akutakpeduli.com/2009/05/07/aku-ada-satu-idea-baik-punya

Ia membicarakan masalah kes-kes ragut yang berlaku kini. Kita melihat mangsa yang tak bersalah, gadis-gadis, ibu-ibu hamil, orang-orang tua, dan lain-lain. Golongan ini golongan yang lemah, dan adalakanya koma, meninggal dunia setelah diragut.

Kasihan.

Lalu kita menyalahkan motorsikal, mencadangkan kemudahan awam, menggunakan basikal dan macam-macam lagi (macam-macam ada). Jadi kita mencari jalan supaya peragut ini dapat dihapuskan segera. Ingat macam bunuh nyamuk ker?

Sebagai Info :
  • Peragut ni pun majoriti orang Melayu, Islam (Majoriti).
  • Mangsa pun majoriti orang Melayu, Islam. (Majoriti)
  • Peragut = Pencuri = Perompak (mereka datang sekapal)
  • Majoriti = bukan semua (Sila faham)
Orang Melayu, Islam sebenarnya ada 'key' dalam menyelesaikan masalah, iaitu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kita tahu, Allah tu Maha Bijaksana, maka selalulah ingatkan-Nya

Penyelesaian Terbaik :

Sebab tu mencuri perlu dipotong tangan. Si peragut tak mungkin dapat membawa motor, apatah lagi memulas atau menarik cluth motor dua lejang. Motor dua lejang tidak lagi dikaitkan dengan si peragut yang bodoh itu. Masalah motorsikal tak lagi menjadi topik si peragut. Masalah hilang motor pun selesai. Malah kes rompak bank juga akan padam. Peragut tak mati, tapi menjadi pengajaran kepada peragut lain yang masih ada tangan.

Saya suka tangan si peragut dipotong, sebab mereka juga pembunuh orang-orang tua, ibu-ibu hamil, dan gadis-gadis. Sebagai penulis blog, saya terlalu sayang tangan saya. Nak salam tok kadi kawin nanti. Menimang cahaya mata, dan mencium tangan ibu bapa saya yang masih ada. Bahkan saya mahu menjadi pelukis bebas dan graphic designer setelah kembali ke Kuala Lumpur. Anda juga.

Bukankah tangan begitu penting.

Saturday, May 16, 2009

Import bukan barang [Ep. 2]

Aku sedang makan di Restoran Pancat, Jalan St. John Ipoh. Oh, ramai kawan-kawan aku tak tau selama ni Pancat terletak di Jalan St John. Mungkin namanya tak 'seterkenal' Bulatan Pahang tak pun Jalan Klang Lama.

Hari tu ada game Man U dan Liverpool. Aku agak benci bila ada game bola time aku tengah makan. Ada kalanya aku tersedak sikit bila penyokong Liverpool terjerit-jerit secara randum.

Aku tak berapa minat Man U sebenarnya. Mungkin disebabkan Ronaldo yang mudah ditiup angin dan bergolek tanpa sebab. Kalau aku pengarah filem Hindustan, mesti aku amik dia berlakon, sebab dia pandai bergolek.

Oh, tapi ada masanya aku suka tengok Man U beraksi semasa aku tinggal berseorangan. Bukan kerana Man U, tapi kerana Ronaldo juga.

Sebab aku berangan Ronaldo ditukarkan dengan aku setelah dia injured. Mungkin ada kawan-kawan aku di Malaysia akan terkezut dan tersedak juga! Hahaha

Tapi aku tak pandai berlakon. Aku perlu praktikel 3 bulan di Bollywood sebelum ke Old Trafford. Mesti pergi!

Monday, May 11, 2009

Mimpi Kering [Ep.1]

Dulu tak seperti sekarang. Dulu bila aku berjalan, ramai tak pandang aku. Orang tak berapa kenali aku. Aku bagaikan angin, hadir tapi tak kelihatan. Melihat aku pun, hanya pakai Honda EX5, ape la sangat. "Motor posmen", sindir Abu, kawan aku yang agak gendut perutnya. Aku hanya diam.

Aku memang susah, sedang belajar lagi di negeri orang. "Sudah la, usah berangan. Dorang professional. Lain la ko, setakat EX5 ni, main willy jer, nak laju, laju lagi Kancil aku." kata Abu sambil tergelak. Perut nya bergoyang-goyang bagaikan ada air, gedung sana dan gedung sini.

Itu cerita 6 tahun lepas. Kini keadaan sangat berbeza. Tiap kali aku makan di Resoran Pancat, Jalan St. John Ipoh, aku menjadi perhatian. Aku menjadi tatapan. Nama aku menjadi buah mulut orang. Kejayaan aku disebut-sebut, merata. Tiap akhbar dalam berita sukan melaporkan kejayaan aku.

"Allo bro! Tahniah! Kau sangat berani! Kami suka melihat aksi ko minggu lepas!" jerit seorang brader yang aku tak kenali. Aku cuma tersenyum, sambil memberi isyarat 'best' dengan ibu jari. Ada yang bertepuk tangan, tanda happy. Senyuman dihadiahkan padaku. Aku agak malu kadang-kadang. Kucing pun boleh jelez.

Ketika aku membayar setelah selesai makan, ada yang mencuri-curi ambil gambar aku dengan henpon. Waktu itu semua henpon setanding dengan D40X 6 tahun lepas. Ada yang minta sign, aku tak kisah. Budak-budak, pakcik pakcik, akak akak, sekalipun mat bangla juga. Aku tahu mereka support aku. Tanpa mereka, siapalah aku.

Tak sangka, diploma aku diterima pasukan Kasawari setelah mereka berminat mengambil aku sebagai pelumba MotoGP pada 3 tahun lepas. Sejak itulah Valentino Rossin tidak lagi menjadi juara dunia lagi. Setiap lap dia aku pancung. Pernah dia terjatuh setelah tayar beliau langgar exzos aku yang agak panas ketika itu. Mesti dia panas dengan skill dasyat aku.

Kekalahan yang kerap The Doctor musim lepas pada pelumba Malaysia telah memberi nafas baru kepada anak Malaysia. "Si Rossin tu cirit nak kejar ko.. 5 tiang ko bagi dia makan asap, bravo man!" kata Abu si gendut di depan podium disamping gadis paddock yang agak seksi. Abu ketika itu telah menjadi pengurus peribadi aku. Seronok aku menjulang piala World MotoGP Champion kali kedua berturut-turut.

Terima kasih semua. Thank you! Air Pepsi ku sembur kepada si kalah Rossin, yang mendapat tempat kedua. Termasuk Dani Pedaroso yang mendapat tempat ketiga. Sejak aku menang, aku minta air pepsi jer. Janji boleh sembur. Biar korang kene air manis, jap lagi mesti banyak semut. Ho ho ho

Jam dah tunjuk pukul 3 pagi. Kul 6.45 pagi karang nak bersiap nak pergi praktikel. lagi 10 minggu nak abis praktikel Diploma Multimedia. Aku dah jauh mengelamun.

Z Z Z

Sunday, May 10, 2009

Nasihat aku kepada kamu

Hari tu sangat panas. Tidur aku pada malam tu tak pernah lena. Andai lena sekalipun, tak terasa nikmat tidur yang sebenar. Aku rindukan kicauan burung, desiran angin yang sepoi sepoi dikala subuh telah pergi jauh.

Kamu, ini nasihat aku. Sama ada kamu ingin faham atau tidak, kita dianugerahi akal fikiran. Terpulang kepada kamu. Semua rakan aku mahu tahu situasi perasaan aku.

Aku bukan manusia bijak. Aku belajar sebab aku bodoh. Ya, ilmu aku terlalu sedikit, ilmu kamu mungkin sangat banyak. Ilmu terlalu luas seperti buih di lautan seluas bumi ciptaan Allah.

Adakah kerana aku bodoh kamu ingin membuat keputusan tanpa berbicara. Sekali lagi aku katakan, ya aku memang bodoh. Aku tak akan mengejar wang dan harta demi meninggalkan ilmu yang sedikit bagi kamu. Bukankah wang dan harta tidak akan ikut bersama kita selamanya? Tapi kamu merendahkan ilmu aku.

Kamu, aku juga ada bapa dan ibu seperti kamu. Aku sangat susah di negeri kamu. Mungkin kamu sengat senang di negeri aku. Walaupun aku susah, aku sangat menghormati ibu bapa kamu. Aku tak punya harta, tapi demi keluarga kamu, cukuplah aku sekadar manis berbicara dengan mereka. Kerana berbudi bahasa itu lebih millionare nilainya berbanding wang yang kamu kejarkan.

Kamu, jangan lah bersikap agak berlebihan kepada ibu bapa aku di negeri aku. Bukankah aku tak pernah melayan ibu bapamu dengan kurang adap di negeri kamu. Tahukah dalam hidup ini menghormati antara satu sama lain lebih bernilai dari segala wang. Kamu telah lupa!

Aku nyatakan wang bukan segalanya. Kamu katakan segalanya perlukan wang. Tahukah kamu perkataan bodoh aku lebih baik dari kamu. Kamu rasa, bolehkah kawan dibeli dengan wang? Bolehkan sifat hormat dibeli dengan wang? Adakah kamu ingin beristeri yang melihat wang kamu semata-mata?

Aku tak mahu menjelaskan kepada kamu dengan lebih panjang. Aku cuma minta kamu belajar menghormati manusia lain. Kamu jangan menjual perkataan 'mahu bantu' aku, andai sebenarnya kamu memaksa aku. Tak pernah aku menghalang impian kamu untuk berjaya, namun sedarkah kamu disaat aku ingin mencapai impian aku, kamu menghalang aku ditengah-tengah jalan?

Aku sangat kecewa dengan kamu.

Saturday, May 9, 2009

Ah! Aku pandai sangat ni!

Dia kelam kabut. Rush sana, rush sini. Mengejar sesuatu yang sebenarnya kurang pasti. Macam mengejar bayang-bayang, padahal benda tu memang bayang-bayang.

Tapi dia rasa disebaliknya. Di mahu dilihat hebat macam superstar! Ibarat saatnya dia naik ke pentas, krew-krew akan spotlightkan dirinya dalam gelap. Semua penonton akan teruja dan menjerit jerit bagai pelajar asrama yang kerap kena histeria.

Realitinya tiada siapa yang fikir seperti fikirannya. Orang melihat dirinya ibarat menyuluh diri sendiri dengan Maglite sewaktu teriknya panas tengahari. Dah la panas terik, disuluh dengan lampu suluh mahal ke muka. Orang akan ketawa, dan sebahagiannya fikir dia gila. Bak pepatah Melayu, 'Sudah terang lagi bersuluh'.

Namun, dia tak sesekali putus harapan. Dia fikir orang yang anggap dirinya gila adalah golongan yang tak mengerti kehidupan sebenar. Ketika itulah dia merasakan dirinya lebih hebat dari pakar falsafah ataupun pakar motivasi seperti Dr Fadzilah Kamsah. Kembang kempis hidungnya ketika itu usahlah dipersoalkan.

Dia akan menidakkan 200% pendapat orang lain. "Ahh, ko aper tau, tak guna ko pandai kalau aku lebih pandai" lebih kurang camtu la bunyinya. Mungkin dirasakan kepandaiannya telah sampai kemuncak. Lagu Gemuruh dimainkan dan menarilah orang-orang Multi Level macam orang gila.

Opss.. Aku terlepas cakap la. Hahaha

Nak Duit Segera

My friend has ask me, "beri tiga job dalam dunia ni yang paling cepat dapat duit ?"

Sometimes i think its play with my studies carrier. Tak ade bidang yang yang tak perlu usaha untuk dapat duit dengan sangat cepat. Nak hidup senang mesti susah dahulu. Tak kisah la dia pemain bola sepak ker, musician ker ataupun hanya seorang freelance photographer.

Lantas aku menjawab, " Jual Dadah, Rompak Bank dan Menipu."

Sebenarnya aku jawab dua jer. Menipu tu aku jawab dalam hati.

Aku mungkin bodoh, tapi menjawab soalan yang inteligen!

Tuesday, May 5, 2009

Korang tak suka, tapi aku suka

Hari itu bagai hari yang bodoh juga kadang kala.

Kisah dia bermula camni. Setelah kami penah memindah barang-barang ofis satu lori besar, kami pergi minum bagi melepaskan lelah di tengahari yang agak terik.

Datang awek melayu untuk amik order..

awek : Selamat datang, minum?
kawan 1 : bagi saya teh o ais limau.
kawan 2 : erm...milo ais..
kawan 3 : haa..nak minum aper ar? air tembikai ade tak?
awek : ade ade...abang lak?
aku : bagi air kopi satu.

Hari itu aku tak faham mengapa mereka ketawa.

Kamu rasa bagaimana?

Monday, May 4, 2009

Aku, Dia dan Cosmopoint

Seminggu telah berlalu. Aku tidak lagi berdepan dengan masalah hilang jari. Hidup aku kembali normal. Seperti orang lain yang inginkan Sabtu dan Ahad berbaring di rumah. Hidup yang rangup.

Kini aku semakin happy. Masuk kerja pun pukul 9 pagi. Selepas 5 minit sampai, keluar sekejap kene teh tarik dengan supervisor aku. Aku tak nak, tapi dia ajak. (Ala, aku pun nak minum jugak)

Hanya aku dan dua orang lagi, pelajar UPM yang sama sama praktikel. Mereka lebih rajin dari aku. Aku kurang rajin, sebab aku bagaikan budak server yang akan mendominasi Linux pada minggu-minggu seterusnya. Aku bukan pemalas, cuma aku sikit je malas, macam kamu juga.

Bila aku rasa bosan, aku akan berjalan-jalan di Plaza Yik Fong sekejap. Tapi kerja aku semua beres. Kalau ada sedikit pun yang tidak siap, aku fikir aku hanya budak praktikel, bukan pekerja tetap.

Arahan yang kurang menarik, pergi checklist Lab. Ada berbelas Lab PC, kalah kolej aku. Sehingga kini aku sering terjumpa pendrive yang tertinggal. Mereka anak orang kaya kot. Mungkin aku tunggu laptop pula yang tertinggal.

Aku jujur macam kamu juga. Aku jumpa tapi pendrive itu tak bernama, aku simpan. Tak baik buang rata-rata. Aku sungguh kasihan pada pendrive itu.

Hari-hari aku semakin berubah setiap masa. Aku berdepan dengan ilmu baru. Bukan ilmu hitam, saka atau seadanya. Mesti ilmu komputer lagi.

Komputer.

KOMPUTER.

KOMPUTER!!!

Pas ni aku nak sambung belajar masakan la pulak. Aku rasa ok!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...