Trip. What we call trip, on that morning. Dalam keadaan yang tak pernah dirancang dengan teliti. Satu Trip yang dirasakan bebas untuk pergi ke satu tempat yang tinggi. Apa yang perlu hanyalah perasaan ingin rasa perjalanan yang tidak pernah dirancang, apakah yang akan berlaku bila kamu sudah berada di tempat itu.
Bukan perancangan yang dirancang tidak teliti, kadang-kadang bertaruh untuk mendapat sesuatu yang tak pernah kita fikir akan dapat, ia lebih mencabar daripada kita sudah merancang berbulan-bulan lamanya. Berbalik kepada motif asal, perancangan yang mengejut sudah pasti banyak perkara yang kita ingin capai secara tidak sengaja. Itu yang selalu kita mahu.
Berada disebuah tempat yang paling tinggi. Menanti cahaya matahari memancarkan sinarnya. Suasana sejuk untuk sebuah negara yang beriklim khatulistiwa. Dengan gerimis hujan yang kadang-kadang menguji sesiapa yang ada di tempat itu. Mungkin mereka yang berada di negara yang sejuk akan mengganggap ini adalah suhu biasa bagi mereka, sesuatu yang sangat normal dan tak perlu diceritakan kepada mereka.
Namun sebagai manusia, jadikan merasa syukur dengan apa yang ada disekeliling kita merupakan perkara yang lebih ditekankan sebagai manusia di muka bumi Tuhan. Sekalipun kita merasakan tidak bernasib baik seperti mereka, yakinlah kita berada di dalam perancangan Tuhan yang paling rapi. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan perancangan kita walaupun bertahun lamanya. Hargailah alam ciptaan Illahi kerana ia satu daripada penglihatan paling hebat untuk kita lihat setiap hari.
Kita selalu mengeluh apabila kita berada dibawah. Kalau kita tidak bernasib baik terhadap takdir kita di dunia, pernah tak kita berfikir suatu hari nanti kita juga akan berada di atas pun tetap akan mengeluh.
Begitulah juga kita akan tetap mengeluh walaupun siapa pun kita, kerana kita diberikan nyawa untuk meningkatkan rasa syukur kerana ramai lagi yang lebih daif dari kita. Jauh sekali daripada berbangga dengan apa yang Tuhan pinjamkan kepada kita untuk sementara waktu.
Embun. Allah ciptakan ia sangat lembut. Kadang-kadang ia ada di depan kita pun kita tidak nampak. Seolah-olah embun itu tidak pernah wujud dihadapan kita, hanyalah ia jauh pada pandangan mata.
Sepertinya kita tahu ia sebuah kebaikan. Kebaikan bukan untuk dicari sebenarnya. Ia untuk kita jaga. Kadang kala kita tak nampak kebaikan, kalau nampak sekalipun kita simpan ketat-ketat. Kita suka cari kesilapan. Seharusnya kesilapan yang kita simpan. Mungkin sebab itu kita tidak maju. Kita terlalu mundurkan diri dengan kesilapan. Apa salahnya kalau kebaikan itu kita jadikan satu wawasan kecil supaya kita menjadi manusia yang mahukan kemajuan untuk diri sendiri.
Bila kita sudah pandai berfikir, jangan kita rasa kita sudah terlalu pandai. Anggap sahaja banyak benda yang kita harus tahu selepas itu. Tiada benda yang akan menghalang kita untuk belajar. Belajar tak semestinya formal. Setiap hari kita akan belajar sesuatu yang baru. Cuma kita perlu selalu sedar apa yang kita belajar itu adakah ia baik untuk kita atau sebaliknya. Tetapkan dalam hati belajar amalan yang sangat mulia.
Dan bila kita sudah pandai, bantulah mereka yang sangat memerlukan kita. Tak kira apa jua sekalipun pertolongan yang kita mahu berikan. Ikhlaskan pada diri. Kerana Allah sangat melihat sesebuah keikhlasan berbanding dengan apa yang kita mampu beri kepada orang lain. Jangan sesekali membuat manusia disekeliling kita rasa kecewa, kerana bukan hak kita untuk menghalang manusia lain untuk mencari kebaikan untuk dirinya. Muliakan hati dan jiwa, disitulah bermulanya sebuah keikhlasan.
Dunia penuh warna-warni. Jika berada di tempat yang tinggi, kita akan nampak indahnya langit. Bila kita berada ditempat yang rendah, disitulah wujudnya keajaiban atas dunia. Dan keindahan itu jika digabungkan bersama, ia menjadikan satu pandangan yang sangat indah walaupun ia hanyalah kecil berbanding apa yang ada di akhirat sana.
Seperti kita, orang yang berada dibawah dengan orang yang berada di atas. Saling memerlukan. Ibarat pemimpin yang sangat memerlukan rakyat membantunya, dan rakyat yang sangat memerlukan pemimpin untuk memayunginya. Jangan angkuh dengan apa yang kita ada. Jangan menunjuk apa yang kita miliki. Kalau kita kaya, jangan lupa kepada mereka yang fakir. Apa guna Tuhan beri kekayaan, namun kekayaan itu berubah menjadi sementara kerana sikap kita sendiri.
Sejak kita kecil, kita diajar supaya hidup berdikari. Belajar berjalan, belajar berlari, belajar menulis dan sebagainya. Kita diajar supaya mampu hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. Belajar menghadapi dunia yang lebih luas akhirnya kita mampu hidup berdiri diatas kaki sendiri.
Walaupun kita sudah berjaya, ingatlah pada ibu-bapa. Jangan sesekali melupakan mereka. Kalau kita kaya sekalipun, bukan wang yang dapat menggembirakan mereka. Apa yang mereka mahu daripada kita adalah sentiasa menyayangi mereka, menghormati mereka, dan sentiasa mendoakan mereka tiap hari. Kerana doa jugalah penghubung antara manusia dan pencipta-Nya. Walupun ibu-bapa kita sudah tiada lagi di dunia.
Biarlah kita hidup sebagai manusia yang sederhana. Biarlah kita hilang di khalyak ramai. Hilangkanlah jasad di mata masyarakat kerana kerendahan hati. Kita bukan tidak pernah melakukan silap. Sebab untuk mencapai sesuatu yang kita selalu impikan itu, kita perlu banyak melakukan banyak kesilapan. Sama ada kesilapan itu akan membawa kebaikan atau tidak, ia akan berada pada apa tujuan kita yang sebenarnya.
Simpan kebaikan. Tutup kesilapan. Baiki diri setiap hari. Selagi kita masih dipinjamkan nyawa, terlalu banyak benda baik yang kita mampu lakukan setiap hari meskipun kebaikan yang kecil di mata manusia. Masa cepat berubah, iringilah masa dengan hati kita. Mungkin suatu hari nanti, kita akan dapat segala-galanya yang kita cari selama ini. Itulah kegembiraan. Walaupun kegembiraan itu takdirnya akan berselang seli dengan kesedihan, sehinggalah kita mengadap Illahi.
Walaupun kita sudah berjaya, ingatlah pada ibu-bapa. Jangan sesekali melupakan mereka. Kalau kita kaya sekalipun, bukan wang yang dapat menggembirakan mereka. Apa yang mereka mahu daripada kita adalah sentiasa menyayangi mereka, menghormati mereka, dan sentiasa mendoakan mereka tiap hari. Kerana doa jugalah penghubung antara manusia dan pencipta-Nya. Walupun ibu-bapa kita sudah tiada lagi di dunia.
Simpan kebaikan. Tutup kesilapan. Baiki diri setiap hari. Selagi kita masih dipinjamkan nyawa, terlalu banyak benda baik yang kita mampu lakukan setiap hari meskipun kebaikan yang kecil di mata manusia. Masa cepat berubah, iringilah masa dengan hati kita. Mungkin suatu hari nanti, kita akan dapat segala-galanya yang kita cari selama ini. Itulah kegembiraan. Walaupun kegembiraan itu takdirnya akan berselang seli dengan kesedihan, sehinggalah kita mengadap Illahi.
Memang benar kadang-kadang kita perlu merancang. Ada masanya yang tidak dirancang itu selalu memberikan satu inspirasi baru kepada kita untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dimasa yang akan datang. Sentiasa percaya kepada doa untuk berjaya.
InsyaAllah.
Photograph & Written by
Budak Pensel . February 01 , 2013 .
2 comments:
tgk semuagmbr rase mcm sejuk..hha..nice giler gmbr..
(: alhamdulillah
Post a Comment