Sunday, October 9, 2011

Hari Biasa Untuk Melakukan Yang Luar Biasa

SADSADA

Dari Ipoh ke Lumut. 9 Oktober 2011 yang bersamaan dengan 09/10/11, satu tarikh yang menarik. Jatuh pula pada hari Ahad, dan cuaca pada hari itu sangat baik. Berjalan-jalan sambil membawa gadjet ke tempat yang juga agak menarik + baik di Perak.

_MG_3296 _MG_3309

Teluk Batik, destinasi pertama kami pada hari tersebut. 'Kami' merujuk kepada orang-orang yang kuat berjalan + yang baru ada kamera baru. Berjalan-jalan melihat alam sekitar, ibarat pelancong. Bezanya kami pelancong yang melancong dalam negara sendiri.

_MG_3330 _MG_3329 _MG_3374 _MG_3377 _MG_337s7

Satu hari yang bermakna untuk belajar tentang hobi photography secara percuma. Dulu masa aku mula-mula menjadikan ia sebagai hobi, satu perubahan yang baik adalah ia menjadikan aku seorang yang kuat berjalan-jalan. Mencari subjek baru untuk dikongsi bersama, dan lebih utama menjadikan aku sebagai manusia yang semakin teliti dan menghargai setiap keindahan alam ciptaan Illahi.

ssss sdfsd

Aku harap kamu semua yang membaca juga boleh buat lebih baik daripada apa yang aku buat selama ini. Aku sendiri akui aku masih berada ditaraf bawahan untuk dibandingkan dengan mereka yang lebih baik. Bezanya setiap manusia itu mempunyai kreativiti yang boleh dikongsi bersama masyarakat secara umumnya. Dan yang paling penting, merendahkan diri untuk mereka yang ingin menuntut ilmu bersama kita.

7 comments:

Nazrin said...

like this post... like2

Budak Pensel said...

Nazrin : jom jom outing..cuti nanti xde keje ape kan..jom jalan2

Nazrin said...

ok bro.. nti roger2 la k... kemane plan kta?

Budak Pensel said...

jangan plan sekarang. plan bila tiba2 nak buat sahaje. :)

Nazrin said...

ok2. slalu plan awal2 2 yang tak jadi 2 kn...

balecan said...

serius cool.. aku nak follow gak outing2 ..wakaka

Budak Pensel said...

balecan : jom jom!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...