Saat aku menulis artikel ini, umurnya sudahpun lewat dua hari.
Makin lincah, lasak, kuat beremosi dan lain-lain. Sesuatu yang baharu untuk aku. Walaupun pernah mengasuh adik-adik sendiri, namun melihat zuriat sendiri semakin hari semakin membesar merupakan sesuatu yang aneh, pelik dan mengujakan.
Pesan aku kepada pasangan pengantin di luar sana, seandainya Tuhan kurniakan rezeki kepada kalian, cubalah besarkan zuriat itu sendiri. Mungkin itu cuma sekali sahaja dalam hidup dan kita berpeluang untuk menikmati susah senang melihat anugerah Allah yang tidak ternilai ini dibesarkan dengan kasih sayang ibu.
Percayalah, ia tidak pernah mengecewakan.
No comments:
Post a Comment