Friday, April 30, 2010

Mesej untuk Melayu sahaja

Aku mahu bagitau orang Melayu adalah bangsa yang Allah anugerahkan pelbagai keistimewaan dari pelbagai aspek dan sudut.

Contohnya, ramai dikalangan orang Melayu adalah orang-orang yang mampu berjaya dalam bidang seni, khususnya. Dari segi lukisan, muzik, seni mempertahankan diri dan perkara-perkara yang sangat berkait rapat dengan seni.

Aku mahu bagitau sekali lagi, dari kamu ( Melayu ) menghabiskan masa dengan membuat perkara yang tidak berfaedah atau jenayah, lebih baik kamu build up skill kamu dalam bidang yang berkaitan dengan seni.

Satu amoi pernah bagitau aku dulu semasa pameran kolej yang berkaitan dengan seni grafik, " Saya tengok ramai orang Melayu kalau diberikan satu kertas A4 sekalipun, dia boleh bikin kertas itu menjadi sesuatu benda seni yang paling menarik, saya tengok bangsa u memang talented, terutamanya dalam seni lukis".

Bangsa lain sendiri pun cakap macam tu, terpulang kepada kamu. Rasa teruja dan terharu pun ada. Percaya? :)

8 comments:

MOFASAD said...

kita adalah istimewa :)

SYUE said...

saye melayu :D

Syariniey Amran said...

yup betul. tapi saya xpunye seni ape2.atau belum taw lagi skill diri sendiri.hehe

Firol said...

tapi sayangnya bangsa tersebut layu dan lebih mudah terjebak ke bidang lain..

epullani said...

xpandai menghargai anugrah mcm tuh la...

Budak Pensel Yazid said...

orang melayu mudah terjebak dengan dadah, rempit, masalah sosial..

sebenarnya bangsa melayu ni bagus, kalau di asah bakat yang ada..

MOFASAD said...

setuju

Kinjunx said...

Melayu bukan nya bangsa yang mudah terpengaruh. Nak kata yang mereka merempit. Memang itu bangsa Melayu hebat. Jaguh samseng. Melayu juga hebat. Tapi bangsa lain pun sama. Melayu ada seni. Bangsa India pun ada seni. Bangsa China begitu juga. Mungkin bangsa Melayu yang kita nampak sangat obvious dalam bidang seni. Bangsa Melayu masih boleh pergi jauh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...