Aku mungkin dah biasa rasa macam ni. Bukan pertama kali atau banyak kali. Tapi biarlah aku sendiri yang rasa, sebab seringkali berlaku perkara yang sama tentang sesuatu perasaan itu, ia adalah perasaan yang paling indah, sebab ia sunyi.
+
Jadi aku fikir, lebih baik buat tak tau dengan apa yang ada atau apa yang telah berlaku disekeliling aku. Jika tidak, perasaan seperti menjaga di tepi kain orang, lebih merasakan diri melakukan kesilapan yang besar, pada halnya kesilapan yang kecil.
+
Lagi satu, aku tak pernah kata kalau kita berdamping dengan orang-orang hebat kita akan tampak hebat. Sedangkan kalau setakat memikirkan populariti atau kemudahan orang lain, bagi aku ibarat 'loser' yakni perkataan untuk perbuatan paling rendah martabatnya dalam pendirian aku ni.
+
Cuma aku mahu berkongsi dengan kamu, jangan mengharapkan sesuatu kebaikan, jika kebaikan itu yang kamu mahukan walau hakikatnya kamu hanya ingin menumpang kasih.
6 comments:
suke ayat last............ :)
lu jadi diri sendiri baaru sedap
percaya pada yg nombor 3
ya, kadang kala kita tak patut mengharapkan kesenangan dari orang lain.
pelatt : yup, survive untuk diri sendiri
fndrocka : populariti bukanlah segalanya kan
Post a Comment