Saturday, October 31, 2009

Dan Terima Kasih, Ipoh

Kita manusia yang punyai impian, cita-cita dan matlamat. Manusia yang penuh mimpi, dan realiti. Dan impian itu kadang kala seakan berlari jauh, dan adakala ia seakan diam atau mendekati kita, antara pelahan dan cepat.

Kejayaan itu sememangnya bukan urusan kita menentukannya. Adanya masa, kejayaan itu milik kita, dan ada masa ia hanyalah sekadar cita-cita yang selama ini hanyalah sekadar arah tujuan.

Dan selagi diberi masa dan tempoh, hanya usaha ikhlas sekiannya menjadi sebuah cerita yang penuh warna. Usaha selalunya penuh dengan pahitnya liku perjalanan. Bukankah ubat juga pahit?

Kejayaan seharusnya berbalas dengan kesyukuran. Kejayaan milik Maha Esa, dan menjadi milik kita hanyalah usaha. Kejayaan adalah hadiah, anugerah atas usaha manusia.

Terima kasih kepada sesiapa yang pernah mengucapkan perkataan baik, nasihat, dorongan mahupun ilmu yang sedikit. Kerana setiap perbuatan baik kamu, menjadi sebahagian daripada apa yang telah aku capai.

Terima kasih kamu semua. Setiap perbuatan baik itu, walaupun sebesar zarah, pasti akan dibalas baik walaupun kita tidak melihatnya.

Tuesday, October 27, 2009

25 Oktober

Ada cerita sedikit tentang 25 Oktober lepas.

  • Buat pertama kalinya dua pelumba Malaysia menyertai kejuaraan dunia MotoGP
  • Aoyama menjulang juara dunia kategori 250cc di Sepang
  • Rossi mengesahkan juara dunia ke-7 MotoGP di Sepang, dan untuk ke-9 untuk semua kelas.

Dan pada hari itu,

  • Aku mendapat dua tiket VIP untuk tayangan teater Cuci The Musical di Istana Budaya, daripada syarikat aku bekerja.
  • Abah aku pergi ke Litar Sepang bersama rakan-rakannya menonton live MotoGP.
  • Tiket teater tu, aku beri kepada mak dan kakak aku.

Dan aku pula ?

Menonton televisyen di rumah. Aku sungguh happy pada hari tu. Cukuplah hanya sekadar orang yang pernah melahirkan aku, rasa gembira pada hari tu. 25 Oktober yang sungguh bermakna.

:)

Saturday, October 17, 2009

Baca sekejap, nanti kamu faham

Sejak aku mula kerja, masa aku semakin terhad. Tapi, terima kasih kepada beberapa orang pembaca yang sudi komen post-post yang lalu. Aku suka belajar dari komen kamu semua.

Mungkin aku terlupa beritahu, aku sekarang bekerja dengan sebuah syarikat advertising di Sg. Besi, Kuala Lumpur. Bekerja sebagai Large Printer Operator, memang masa terlalu pendek untuk 8 jam bekerja. So, menjadi sedikit sebab kenapa lewat update blog ini.

Terbaru, iklan Cuci the Musical yang dorang sibuk nak pasang kat atas Jalan Istana tu, sampai pukul 3 pagi print tak habis-habis. Mamat Hans Isaac ni memang kerja keras betul la.

Rupanya, Leo Burnett selalu hantar design dia untuk color proof kat sini da. Kalau kamu kenal graphic designer Yasmin Ahmad, mesti kamu tahu mamat Leo ni siapa.

Sunday, October 4, 2009

The Day for a Thousand Smile

Manusia sukakan hadiah. Hadiah sentiasa membuat kita tersenyum. Dan sebaik-baik hadiah adalah hadiah yang kita beri kepada diri kita sendiri, yang membuat orang lain tersenyum.

Apabila kita cukup berusaha dan menderita, kegembiraan selalu menanti di penghujung cerita itu.

Maka, semalam aku telah melihat selautan insan yang bergembira untuk penghujung cerita mereka.

Sunday, September 27, 2009

Melihat Sebuah Abstrak Hidup

Salam Hari Raya kepada semua.

Setelah sekian lama aku berehat menulis blog, ada kalanya masa tersebut aku gunakan untuk melihat suasana sekeliling untuk mencari ketenangan.

Suasana abstrak adalah cantik walaupun ada kalanya kita rasakan ia tak se'perfect' mana.

Banyak lagi akan aku kongsikan bersama kamu. :)

Saturday, September 5, 2009

Lailatulqadar

Aku mulakan ceita ini dengan lafas bismillah.

Siang itu terlalu panas. Cahaya matahari tidak lagi kekuningan, malah cahayanya putih. Tidak seperti hari biasa.

Cerita Lailatulqadar, tiada siapa yang boleh menjangka bila waktunya. Bahkan, tiada siapa yang akan menyangka hari itu adalah harinya, dimana berlakunya Lailatulqadar lebih baik daripada seribu malam.

Peristiwa ini berlaku pada penghujung tahun 2004. Masa itu aku menuntut di IKM Lumut dan bulan Ramadhan jatuh pada penghujung tahun tersebut. Aku semester satu waktu itu.

Hari itu amat letih. Tak hairanlah aku terlajak tidur sampai bangun pukul 11 pagi di bilik rehat (bilik mengulangkaji) aspura. Aku masuk ke kelas pun disaat semua pelajar sedang sibuk mengikuti kelas Cik Bahrin.

Bila malam menjelma, menjadi tabiat aku tak suka tidur malam. Memandangkan bulan Ramadhan, aku lebih berani untuk study seorang di bilik rehat kebiasaannya. Sebab tiada sebarang gangguan setan dan iblis. (padan muka kena ikat).

Pada pukul 2 pagi, datanglah Fairus, kawan aku dari kursus yang berlainan, menyapa aku di bilik itu. Oh, malam itu aku berteman. Memang aku dengan sorang mamat ni je la yang tak tidur lagi. Dia kata malam ni panas, so tak boleh tidur.

Tiada yang lebih menarik, selain berborak dan ketawa-ketawa.

Tiada yang lebih menarik, selain berborak dan ketawa-ketawa.

Tiada yang lebih menarik, selain berborak dan ketawa-ketawa.

Aku masih ingat, perbualan kami terhenti pada sekitar 3.30 pagi. Pada fikiran aku mengapa suara perbualan kami yang perlahan menjadi semakin kuat. Seolah-olah kami berada di bumi yang tiada nyawa, tiada bangunan dan seolah-olah berada di padang jarak. Setiap patah perkataan semakin kuat, dan jelas.

Suhu pada waktu itu sudah bertukar menjadi sejuk. Waktu itu, aku tak menoleh langsung ke tingkap. Semakin aku pelik, tiada lagi bunyi cengkerik, sisipan daun dan angin yang selalunya mengiramakan setiap malam. Udara juga bagaikan terhenti. Segala alam ini terhenti. Hanya bunyi kipas dan suara perbualan kami yang mendominasi suasa malam itu.

Fairus, tersentak apabila terpandang sesuatu yang sangat luar biasa padang diluar bilik. Melihat matanya terbeliak seperti biji petai itu, seolah mengajak aku cepat-cepat pandang sama.

Tatkala aku melihat, betapa terkejutnya apabila pokok-pokok yang ada diluar, merunduk, menyembah bumi. Seakan mimpi, bila aku memandang, seolah-olah pokok itu sujud ke bumi. Pokok-pokok itu bukannya rendah, tapi bagaimana malam itu ia meluruhkan dedaun dan dahannya.

Aku dan Fairus berjalan keluar melihat lebih dekat semua ini.

Dan sekali lagi aku terkejut apabila terdongak, melihat langit bagaikan tiada penghujung. Langit yang aku lihat malam itu sangat luas, lurus, tembus sehingga ke cakerawala. Tiada batasan. Langit yang sangat hebat. Melihat langit yang tak pernah terbatas. Berbeza dengan selama ini yang aku melihat langit berbentuk 'curve'.

Hanya satu perkataan yang boleh aku ungkapkan pada Fairus ketika itu "Adakah ini yang pernah diceritakan tanda-tanda Lailatulqadar?"

Hanya mata yang mula berkaca itu yang dapat mentafsirkan segalanya.

Wednesday, September 2, 2009

Tatkala Kamu Mencorakkan Dunia

Sesungguhnya manusia itu penuh perasaan suka dan benci, bangga dan kecewa tiap-tiap sisi perjalanan hidupnya.

Saat kamu melihat dunia, kamu merancang sesuatu kebaikan bagi diri kamu untuk di masa yang akan datang. Memikirkan masa depan yang lebih baik, daripada apa yang kamu miliki ketika itu.

Namun, tidak semua perancangan itu sama dengan saat dan ketika waktunya.

Setidak-tidaknya, kamu akan rasa kecewa apabila takdir tidak menyebelahi kamu. Mengharapkan sesesuatu pada realitinya 'belum pasti' merupakan satu pertaruhan hidup-hidup.

Hidup memang satu pertaruhan. Manusia yang berjaya itu, manusia yang bangun setelah jatuh. Tiada kenangan manis akan dikecapi, tanpa sesuatu kisah perjalanan yang penuh dengan titik-titik hitam.

Apabila kamu tidak menghadapi pahitnya kehidupan, mustahil kamu mampu merasakan kesudahan diakhir sebuah cerita.

Tatkala kamu mencorakkan dunia, sebenarnya Allah itu selalu bersama kamu dengan merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu, itulah qada' dan qadar, sebuah cerita yang sudah tertulis.

Tuesday, September 1, 2009

Nabi Palsu Yang Mempunyai Blog

Jika kamu seorang muslim, sila 'Flag'kan blog makhluk yang mengaku sebagai Rasul Allah yang diturunkan dikalangan bangsa Melayu ini.

Lakukan Flagging kepada blog link di bawah ini.

http://messengerofgodtoday.blogspot.com/

Kamu boleh membaca petikan yang agak 'mereng' darinya dengan mengikuti link ini

http://messengerofgodtoday.blogspot.com/2009/08/bukti-kebenaran-tuhan-menurunkan-al.html

Sesungguhnya apabila kamu telah terbaca post ini, menjadi kewajipan kepada kamu melakukan yang terbaik untuk agama kamu.

Sumber asal daripada - http://konotasi.blogspot.com//

Sunday, August 30, 2009

Bila sebut tentang 'Fly'

Antara yang menarik semalam adalah demonstrasi membuat insect lure oleh Dron, seorang penggiat Fly Fishing di Malaysia ini.

Gambar ini aku kongsi bersama kamu, bagaimana insect palsu ini dibuat menggunakan tangan sepenuhnya sebagai umpan pancing layang.

Ikan selalu kena tipu kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...