Saturday, September 4, 2010

Bukan kerana Hacker

pepsi
Sejak aku tamat pengajian dalam Diploma in Multimedia, sekurang-kurangnya aku sedar bahawa aku lebih cenderung kepada pekerjaan yang melibatkan graphic design. Pembelajaran Multimedia merangkumi segala aspek yang melibatkan komputer dan kemodenan teknologi. Namun dalam kepelbagaian itu, aku tak cukup kuat untuk mendalami ilmu pengaturacaraan komputer, maksud aku programming. Kebanyakkan subject yang aku score besar lebih tertumpu kepada subjek yang melibatkan grafik, aku fikir. Orang kata, well done!

Tapi dalam penyenaraian pekerjaan di Malaysia, menjadi seorang programmer memang ada kelebihan dari segi peluang pekerjaan. Aku suka, tapi aku tak lebihkan minat kepada programming semasa diploma disebabkan aku suka pada seni lukisan. Sejak aku tamat diploma, bekerja di sebuah syarikat advertising yang mempunyai tapak iklan yang luas di Kuala Lumpur, nyata grafik hanya sesuatu pekerjaan yang tersangat mudah. Mereka lebih menumpukan kepada software Adobe Illustrator dan ternyata pengunaan Adobe Photoshop hanya mempunyai penggunaan skala yang tersangat kecil dalam pencetakan grafik bersaiz gergasi.

Sejak aku melanjutkan pelajaran dalam degree, aku ingin lebih fokus kepada programming khususnya. Programming perlukan minat, dan latihan kerap supaya pelajar itu akan mudah mencari segala error dalam sistem yang mereka bina. Programming ibarat matematik. Perlukan latihan selalu agar otak mudah mengingati perkara yang pernah kita lakukan. Aku suka proramming, mungkin pada masa diploma dulu aku tak mampu menguasai dua-dua bidang disebabkan masa untuk menyiapkan final work terlalu singkat, semestinya aku tak akan mengambil risiko perkara yang aku sukar untuk mendapatkan markah penuh.

Dalam waktu ini, aku perlukan masa yang lebih untuk programming daripada aku mempertahankan minat dalam grafik, hanya disebabkan peluang bekerja dalam bidang yang aku mulakan semula (programming) mempunyai peluang pekerjaan yang tersangat besar jika aku memahami apa yang aku lakukan sekarang.

"Kadang-kadang, kita perlu untuk melakukan perkara yang baru dalam hidup untuk mencari sesuatu peluang yang lebih besar." - Budak Pensel, September 04, 2010.

nerd

2 comments:

Lyle Hikari said...

ye, mmg kalau nk master ape2 language, kene rajin bt latihan. rajin2 bt program. tp kalau dpt master 1 je pon, yg lain tu sng da nk follow. sebab programming bhs die sume lebeh kurg je, syntax yg agak berbeza tp basic sume sama. kan?

Budak Pensel Yazid said...

lyle hikari : yup, anda berkata2 melihatkan diri anda sangat memahami programming.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...