Sunday, September 4, 2011

Cerita balik kampung

_MG_2291 _MG_24s23

Raya lagi. Ini mungkin Aidilfitri dan Ramadhan terakhir aku di Ipoh, dan bukan sekadar mungkin. Aku mengharapkan biarlah ia yang terakhir. Selepas ini insyaAllah aku akan memulakan dunia baru aku, berbeza dengan 8 tahun lepas.

Jalan raya, penghubung kepada mereka yang ingin pulang dari jauh. Dan semestinya bila menjelma musim perayaan itu seharusnya berakhir dengan kegembiraan. Nasihat saya kepada semua pengguna jalan raya khususnya sentiasa mengamalkan pemanduan yang lebih berhemah. InsyaAllah kemalangan maut dapat dikurangkan menjelang musim perayaan dan hari-hari yang lain.

Aku pulang beraya agak lewat iaitu Ahad 28 Julai. Pulang lewat adakalanya lebih baik disebabkan perancangan pulang awal yang dicadangkan oleh pihak kerajaan nampak telah berjaya mengelakkan kesesakan di lebuhraya, menjadikan aku dan kawan aku pulang di saat-saat akhir dengan keadaan jalan raya yang agak lengang.

Yezza!

_MG_2302

Wednesday, August 10, 2011

Video | Photography Inspiration # 1

Ok. Terus terang, menonton video-video ini boleh menambahkan inspirasi aku dalam berphotography. Lihat pada tone video tersebut.

LandEscape Teaser 2011 from John H. King on Vimeo.

Saturday, August 6, 2011

Photography Tutorial - RULE OF THIRD

Rule of Third. Satu teknik permainan sudut (angle) yang membolehkan photographer mendapatkan gambar yang lebih baik dalam proses merakam subjek. Tutorial ini aku buat untuk membantu beberapa sahabat yang bertanya bagaimana aku mendapatkan 'angle' setiap gambar.

Tutorial ini sangat berguna kepada mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana untuk mendapatkan sudut atau 'angle' yang lebih baik di masa yang akan datang. Maksud aku, mereka yang baru memulakan pengalaman baru dengan kamera.

Ipoh Railway Station

Kalau diperhatikan baik-baik, setiap gambar mempunyai 'Point of Interest' iaitu titik di mana subjek ditonjolkan dalam gambar. Rule of Third merupakan satu teori yang membantu jurufoto-jurufoto mendapatkan gambar yang lebih memfokuskan subjek. Lihat gambar di bawah.

_MG_5380

Rule of Third merupakan satu undang-undang dimana satu frame/bingkai yang dibahagikan untuk mendapatkan 3 petak melintang dan 3 petak menegak. Antara garisan yang bertentang dengan hasil pembahagian itu terjadilah 'Point of Interest' (point yang berwarna kuning) yang sangat berguna untuk 'guide' photographer meletakkan subjek dengan baik untuk dirakam.

Ada teori yang mengatakan bahawa subjek perlu berada diantara keempat-empat kotak disekeliling titik kuning tersebut. Ya, satu titik 'Point of Interest' dikelilingi oleh 4 kotak disekitarnya (merujuk kepada dimana subjek itu perlu berada).

Nam

Gambar kucing di atas meletakkan kepala subjek berada dalam keadaan berada di titik kuning 'Rule of Third'. Dan menjadikan subjek tersebut dikelilingi oleh 4 kotak (kotak yang mengelilingi 'Point of Interest' tersebut.)


_MG_3616

Kalau dilihat pada gambar di atas, gambar ini mempunyai dua subjek dan kedua-dua subjek masih berada di titik 'Point of Interest' tersebut. Apa yang aku faham setakat ini gambar-gambar yang mengikuti teori ini menjadikan photographer itu mudah mahir untuk mengarah subjek.

_MG_0003

Kalau kamu selalu menonton filem, teori ini juga menjadi guide kepada videographer untuk merakam subjek. Kalau kamu perasan di mana arah subjek itu melihat atau memandang sesuatu, videographer itu akan meletakkan subjek itu berada di sekitar 'Point of Interest' dan satu lagi ruang kosong akan menjadi 'spend' untuk merujuk dimana subjek itu memandang. Dengan maksud lain terdapat satu ruang kosong untuk kita sama-sama melihat apa yang subjek sedang memandang.

_MG_8498

Teori ini tidak meletakkan subjek berada di tengah-tengah kalau kamu sangat memahami konsep ini. Ada masanya meletakkan subjek di tepi menjadikan gambar tersebut lebih menarik, kerana konsep ini bukan hanya dipraktikkan dalam photography semata-mata, namun dalam dunia graphic juga ia menitik beratkan ruang-ruang yang kosong agar menjadi tempat untuk mata berehat.

_MG_5380 1

Lihat pada contoh di atas, dimana bot itu diletakkan pada kedudukan 'Point of Interest'. Dan dalam masa yang sama point-point yang lain akan membantu orang yang melihat gambar ini untuk lebih memahami dimana bot itu bergerak. 

Kadang-kadang kita perlu lebih memahami gambar yang kita mahu rakam. Setiap gambar yang baik mampu menceritakan apa yang tersurat dan tersirat di dalam gambar tersebut tanpa kita meletakkan apa-apa tag pada gambar tersebut. 

_MG_5380 wew

Garisan bawah 'Rule of Third juga boleh dijadikan panduan untuk mendapatkan komposisi terutamanya kepada mereka yang meminati foto-foto pemandangan. Lihat kepada garisan paling bawah dalam gambar di atas. Di mana garisan itu juga menjadi panduan untuk merakam gambar yang tidak menumpukan titik 'Point of Interest'. Tapi kalau dah pakai Fish Eye Lens ataupun Wide Angle Lens cerita dia lain pulak. Subjek akan berada di tengah-tengah untuk mengelakkan distortion pada gambar.

Picture 773

Aku harap informasi ini dapat menjawab soalan-soalan kamu, tentang bagaimana untuk mendapatkan sudut yang lebih baik. Memang pada mulanya aku agak kekok untuk menggunakan teori ini, tapi sekurang-kurangnya ia membiasakan kita supaya lebih memahami apa yang hendak kita rakam. Jadikan teknik 'Rule of Third' sebagai titik mula kamu untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik.

Ada persoalan, sila tanya pada ruangan komen ya.


Monday, August 1, 2011

The Ground Sky

_MG_2036
_MG_2121

Somebody ask me about photography. Aku bukannya seorang yang professional orang nak tanya soalan macam tu. Ya, mengaku jujur lebih baik. Ramai lagi yang diluar sana telah pergi jauh dan berpengalaman bertahun-tahun. Cuma ia tidak membataskan newbies untuk berjaya dalam masa yang lebih singkat.

Tapi kalau aku ambil balik daripada mereka yang lebih berpengalaman, selalu aku jawab soalan itu dengan mengatakan "apa yang kamu cuba lakukan ialah memberi kepada orang lain lihat apa yang kamu lihat." Terlalu mudah untuk kita ingat dan semua orang mampu buat lebih baik.

_MG_2119 copy

Sunday, July 31, 2011

Erti Ramadhan

_MG_1233

Esok, bermulalah Ramadhan. Mungkin Ramadhan kali ini lebih bermakna. Ramadhan bulan keberkatan, bulan beribadat, bulan yang paling istimewa dalam kalendar umat Islam. Bulan dibukakan pintu syurga seluas-luasnya.

Bagi aku, Ramadhan sesuatu yang sangat aku nantikan. Bulan yang malamnya terasa sangat sunyi. Berbeza dengan malam-malam biasa. Seolah-olah malaikat sedang ternanti-nantikan ibadat setiap hamba Allah, lalu mencatitnya sebagai satu amal ibadat yang berlipat kali ganda pahalanya berbanding dengan pahala ibadat pada bulan-bulan yang lainnya.

_MG_1198

Erti Ramadhan, iaitu panas terik lagi membakar. Dalam sejarah hari pertama bulan Ramadhan itu kebanyakannya berlaku panas terik. Namun adakalanya hari pertama itu hujan turun, bahangnya pasti terasa. Sesuai dengan sifat nama Ramadhan itu sendiri yang panas terik lagi membakar.

Ramadhan selalunya menjanjikan perkara yang sangat istimewa kepada hambanya. Siangnya masa untuk bekerja untuk dunia, dan malamnya dipenuhkan segala amalan dengan ibadat kepada Allah SWT. Maka, rugilah kepada hamba-hambanya yang  menjadikan bulan tersebut seumpama bulan-bulan yang biasa, kerana kebanyakan orang-orang yang beriman kepada Allah amat menanti-nantikan bulan tersebut sama ada masih berpeluang merasainya lagi atau tidak.

_MG_1243

Paling teristimewanya bulan Ramadhan itu tentunya Malam Lailatulqadar. Iaitu malam dimana doa-doa hambanya terus diangkat ke langit. Malam Lailatulqadar sering dikaitkan dengan pokok yang sujud ke bumi. Mungkin kamu akan rasa betapa bertuahnya kalau dapat melihat perkara tersebut. 

Pada malam tersebut, kamu akan lihat langit dibuka seluas-luasnya, dan kamu akan rasa bahawa langit itu memang sudah tiada penghujung. Malam itu tiada desiran angin, tiada bunyi-bunyian cengkerik, seolah-olah semua binatang dan serangga sedang beribadat kepada Maha Esa. Dan pada masa itulah, kamu akan melihat pokok yang tinggi akan berada pada paras serendah rendahnya, hingga menyembah bumi. Satu pengalaman yang buat kamu rasa hampir mengalirkan air mata. Rujuk link.

Aku berharap, jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir dalam hidup kamu yang paling istimewa dalam hidup. Disini aku ingin meminta maaf atas segala kekurangan diri ini dan aku akan sentiasa mendoakan kamu semoga Ramadhan kali ini memberi erti untuk selama-lamanya. InsyaAllah.

Wednesday, July 27, 2011

Permulaan Jalan Yang Baru

_MG_2012

Tinggal lagi setahun, selepas ni aku akan memulakan arah yang baru. Cuma masa depan tu aku masih kabur, tak nampak lagi kat mana aku nak pergi selepas ini.

Monday, July 18, 2011

Kamu manusia paling bijak bila..

_MG_6720

Jadikan permulaan hari itu sesuatu yang baru. Hari yang penuh azam, hari yang penuh kecekalan dan kekuatan dalam diri untuk menjadi insan yang lebih baik daripada masa yang telah berlalu.

Dunia penuh dengan sifat tidak adil dan itulah hakikat. Terimalah dengan hati yang terbuka. Kalau kamu rasakan dunia ini cukup syurga bagi kamu, kamu telah berada pada paksi yang salah. Keadilan dunia bersifat sementara.

Kalau kamu mengharapkan kegembiraan di atas dunia, sebenarnya hakikatnya kegembiraan akan selalu berselang seli dengan kesedihan. Betapa gembiranya hati kamu hari ini, begitulah juga kamu akan merasa kedukaan pada penghujung kegembiraan. Tiada kegembiraan yang berpanjangan buat manusia.

Maka sebab itu wujudnya sifat Zuhud. Yakni hidup dalam keadaan tidak terlalu menghiraukan masalah dunia, namun memikirkan akhirat pada disebalik kehidupan dunia. Dalam gembira dan kesedihan, ketenangan selalu berada di tengah-tengah. Dan tiada ketenangan abadi melainkan kita selalu berdoa kepada-Nya.

Dimana harus kamu berada, seharusnya kamu berada di tengah-tengah. Itu yang lebih baik.

"dan pada waktu ini, tiadalah untung apabila kamu hanya merungut kepada kesusahan dunia, seandainya kamu rasakan masih ada bahagia yang kekal abadi sebelum kehidupan terakhir yakni kehidupan akhirat" - Budak Pensel, Julai 18, 2011.

Sunday, July 17, 2011

Picture of 16 July - IPOH X DAY - PHOTOGRAPHY EXHIBITION

Ipoh X Day - Photography Exhibition yang dijalankan di Kampus Kolej Poly-Tech MARA Ipoh pada 16 Julai 2011 bermula dari pukul 9 pagi hingga ke 5 petang. Disertai oleh jurufoto-jurufoto yang berpengalaman seperti Oky Rahmans, Shaherwan Abdul Wahab, Miezan LensaHati dan lain-lain. 

_MG_1739 1photo_MG_1781

Majlis bermula dengan perasmian oleh Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Ipoh, Puan Norizan yang disertai bacaan doa dan sesi bergambar dengan kesemua peserta yang terlibat.

_MG_1734sadasdasd_MG_1826_MG_1739

Pameran yang dijalankan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan khususnya kepada peminat fotografi yang datang dari sekitar Perak dan Penang. Cuaca yang sangat baik menjadikan pameran tersebut dihadiri oleh pelbagai jenis masyarakat yang berbilang kaum.

Sesi bertemu dengan jurufoto-jurufoto berpengalaman menjadikan tetamu yang hadir dapat bertukar-tukar pendapat dengan mereka. Adakalanya pemeran ini menjanjikan satu titik mula kepada kebanyakan Newbies (orang yang baru ingin memulakan fotografi sebagai hobi mahupun kerjaya). 

_MG_1781qq_MG_1796

Sesi CREATIVE TALK bersama BLACKPANGLIMAHITAM turut diadakan pada pukul 2 petang. Pada sesi tersebut, tetamu yang hadir dapat menimba sedikit ilmu tentang cara untuk mendapatkan gambar yang lebih baik dengan cara yang betul. Sepanjang pameran itu dijalankan, terdapat jualan barangan kamera turut diadakan, dan sedikit sebanyak menjadikan pameran tersebut berjalan dengan sangat meriah.

_MG_1787

Sebagai kesimpulan, akitiviti ini dapat merapatkan siratulrahim kepada semua masyarakat berbilang bangsa, dan menjadikan fotografi bukan sekadar hobi sebaliknya ia membuka satu lembaran kerjaya yang sangat luas yang mampu diterokai oleh semua lapisan umur khususnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...