Friday, October 24, 2008

Raya yang menyedihkan


Kaki aku yang cedera semasa kemalangan tu berlaku sehari sebelum raya

Tengahari tu, aku rasa takde keje yang leh aku lakukan sebab semua persiapan masak dah ready, tinggal lontong2 yang belum dimasukkan dalam periuk masak jer.. Aku rasa ada benda yang aku kene settel kan lagi iaitu, aku tak potong rambut lagi..Esok nak raye dah,awak rambut panjang lagi.

Tangan aku pulak yang cedera dan membengkak

Tapi, selepas aku balik daripada menggunting rambut kat kedai di kampung aku, ade la mamat @#$!$%* ni bawak motor keluar dari simpang tak tgk kiri dan kanan.. Aku tgh perlahankan kenderaan sebab aku dah menghampiri simpang dan jambatan..Mamat @#^&$# ni la di keluar dari arah yang bertentangan, dan cross depan motor aku.. Apelagi, aku tertekan brek kaki terlalu kuat untuk mengelakkan dari perlanggaran berlaku dan terlupa untuk tarik brek tangan bersama sama.

Dengan brek pad disc yang baru tukar, tayar motor tu tercengkam dan motor aku tu slide, dan tayar belakang berpusing ke kanan yang aku terjatuh. Time jatuh tu la kaki aku tersepit kat cantilever gear dan motor tu mengheret aku bersama2. Dah la pad kaki belah kiri cast iron motor tu patah. Dengan berat motor lagi berat daripada sebijik TZM, aku kene himpap, seret, dan handle motor belah kiri tu tersodok kat dada aku sampai kau tak boleh bernafas.

Mamat @#$*(@#$ tu leh lari lak sebab dia rasa dia yang menjadi punca kejatuhan aku, dan orang ramai yang melihat kejadian tu tak sempat nak kejar dia. Dengan motor yang rosak dan patah dan calar belah kiri, dangan pad kaki yang patah, akhir nya abah aku datang dengan bantuan orang ramai,untuk hantar aku ke klinik yang berhampiran. Nak g hospital, silap2 kene tahan wad, lagi teruk..

So nak ceritanya, hari raya yang lepas aku tak kemana mana..Tgk tv dan melayan kucing kesayangan aku yang sombong kat umah.. Nak wat camner, biarlah dorang yang lain g raye umah saudara sendiri. Redha jer dengan musibah yang berlaku kepada aku. Alhamdulillah, aku tak patah dan tak pecah kepala sebab aku tak memakai helmet time tu, sebab aku g gunting rambut jer. Yang paling penting, bukan ajal aku pada waktu tu..

That All's.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...