Ramai pembaca dan penulis blog tertanya-tanya mengapa aku agak slow mengupdate blog akhir -akhir ini ? Ya, aku rasa memang patut kamu tanya sebab ke'busy'an kerja setelah tamat belajar di Ipoh dulu. Aku rasa, sudah tiba masa aku kongsi bersama kamu apa yang aku buat sekarang.
Bekerja dengan syarikat
advertising ni, memang padat jadual kerjanya.
Client selalu hantar
design, suruh edit itu ini, buat
color proof, kemudian hantar kat dia sampai dia setuju dengan kemahuan dia.

Tak semua FA yang diberikan
client sama dengan hasil
printing kami. Jadi secara teknikal, kami perlu perbetulkan warna supaya hampir seratus peratus sama menggunakan
large format printer kami. Kami
print berskala kecil, dan bandingkan warna yang mereka
print dari
printer kecil mereka.

Setelah dua-dua pihak setuju, cetakan saiz sebenar perlu dijalankan. Seorang dari kami perlu menjaga kualiti cetakan supaya sekiranya ada sedikit masalah teknikal terhadap warna cetakan, kami perlu cepat hentikan
printer dan buat ape yang patut. Satu cetakan paling minima biasanya 1 jam. Setakat ni faham ?

Setelah cetakan siap,
finishing akan dilakukan atas kehendak kedua-dua belah pihak. Sambungan biasa dilakukan kepada visual yang lebih besar dari saiz material atau
vinyl ( kanvas ). Sebagai contoh, kami terpaksa menyambung hasil cetakn sehingga visual mencapai sehingga 100 kaki! Lihat gambar atas lama-lama.

Setelah semua perkara tersebut siap, pemasangan dijalankan pada waktu malam dengan permit polis (bukan permit pendatang yek). Ini bagi mengelakkan lalu lintas sibuk la. Dan gambar diatas adalah hasil yang telah dilakukan mengikut proses yang telah disebut tadi. Cuba lihat saiz manusia di belah kiri-bawah visual. (lokasi, Jalan Istana KL)
Aku perlu curi-curi masa untuk menulis blog sekarang. Dan bagus juga aku dapat kongsi kepada kamu semua.
Aku harap, kamu semua suka.
Suka tau.
3 comments:
ciss tak paham!
oooo kejer ni rupanya...teringat zaman aku kejer tapi masa tu pakai kain dan cat....
zaman tu dah takde dah..rindu betul
kejam juga keje ko nieee...masa berhibur pon dah takderr...hehehe
Post a Comment