Saturday, September 18, 2010

Masa untuk sediakala

Ahad ni aku akan pulang ke Ipoh kerana pengajian aku akan bermula semula pada hari Isnin minggu depan seperti kebanyakan orang yang akan memulakan kerja pada hari tersebut.

Banyak gambar aku ambil, dan sejak aku berada di kampung, aku terlupa yang aku tak bawak file raw psd (photoshop) yang banyak membantu aku untuk membuat sedikit editting pada setiap gambar yang aku upload. So that why la blog aku ni aku tak upload gambar apa-apa. Terlupa membawa mouse satu lagi masalah untuk membuat kerja, sebab aku amat benci menggunakan touch pad, sebab touch pad akan membuat kerja seminit menjadi 3 minit.

Aku kat kampung pinjam laptop kakak aku untuk online facebook dan blog. Selalu dua benda tu je yang aku akan layari setiap kali aku online. Kakak aku lak memang tak pakai mouse untuk membuat sebarang kerja..

Mungkin Ahad aku akan pulang ke Ipoh, itu pun jika masih ada tiket untuk pulang. Aku jarang untuk berebut beli tiket ke Ipoh walaupun musim cuti perayaan, sebab asal menjadi orang KL selalu melawan arus, terutamanya bila pulang ke kampung disaat musim perayaan. Time orang berpusu-pusu keluar KL tu la aku balik ke KL dengan jalan yang sangat luas. Haha.

Aku tiada kampung, sebab nenek moyang kedua belah mak ayah aku semua orang KL. Cuma aku tinggal di Kg. Seri Aman, Puchong Selangor. Tanah teroka ayah. So tiap-tiap tahun beraya di KL. Ada orang cakap, "rugi tak de kampung. Ada kampung seronok, bla bla bla.." Dia cakap macam tu sebab dia tak pernah rasa bertuahnya berkampung di KL. Bila aku tanya abah aku kenapa kawin dengan mak, abah aku selamba cakap " Senang, bila cuti raya dekat je, tak payah pening nak balik kampung mana".

Yela, time raya tu la tinggal orang KL kat bandar, orang kampung semua dah pulang ke kampung. Budak Punk dengan Skin Head pun tau naik bas ke Teluk Intan masa aku kat Hentian Duta. Ala, time tu aku tak bawak kamera lak. Rugi betul. Apela budak zaman sekarang, semua nak jadi Amerika.

Yang best dekat KL awal pagi jalan raya semua macam trek sepang. Kalau nak hambat sampai 200kmh pun tiada siapa nak marah. Kena pulak sikap Ops Sikap hanya tertumpu pada highway, walaupun statistik kemalangan paling tinggi di jalan bandar. Heh. Boleh kira berapa kerat je kereta yang guna jalan tersebut. Itu adalah pemandangan yang paling jarang kita nampak dalam setahun. Korang pernah tengok tak?

Tapi raya kali ini ada beza sikit. Kebanyakan orang plan untuk pulang ke kampung pada raya pertama. Mungkin ada diantara mereka fikir raya pertama highway lengang, tambah lagi raya pertama jatuh pada Jumaat, so ramai juga la kawan-kawan aku yang nak jadi hamba musafir ni. Haha. Tapi kebetulan pulak raya pertama tu semua orang kat KL plan nak balik kampung pada hari tersebut. Haha. Memang paling jammed la.

Balik ahad ni la. Tak nak balik malam, sebab nak tengok MU lawan Liverpool. Walaupun aku penyokong Chelsea.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...