Monday, September 13, 2010

Formspring me - Borang soalan

Sejak aku terbaca satu blog dari 'si gebu' syafa, mungkin buat pertama kalinya aku berfikir kadang-kala formspring ni amat berguna dalam sesuatu masa sebab ia boleh berkongsi dengan pembaca-pembaca yang lain.

Sebelum ini, aku pernah dengar tentang formspring ni amat berguna, iaitu dari blog Simple Me oleh Afzan. Afzan ni aku tak pernah tau dia ada blog, dan aku terjumpa blog dia pun daripada tag seorang follower dia. Afzan ni sebenarnya kawan sekolah aku sejak dari sekolah rendah lagi. Cuma lost contact selepas tamat menjawab soalan SPM.. Haha

Berbalik kepada formspring tadi, aku harap kalau ada soalan yang kamu rasa kamu mahu tahu daripada aku, kamu boleh send melalui widget yang aku letakkan sebelah kanan blog ini. Mana tau kamu boleh berkongsi soalan dan mendapatkan sedikit maklumat yang berguna. Bagi aku, aku suka share, sebab bertanya adalah sumber segala ilmu.

Antara Afzan dan Si Gebu tadi, mereka adalah orang yang membuat aku mahu cuba formspring untuk beberapa ketika. Kepada pembaca blog aku, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan maaf zahir dan batin jika tersalah kata dan bahasa. Semoga Aidilfitri ini mendekatkan kita kepada mereka yang jauh.. InsyaAllah

2 comments:

Rashila In Da house said...

Selamat Hari Raya Juga Buat Kamu

Budak Pensel Yazid said...

tomatomel : selamat hari raya juga..maaf zahir dan batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...