Saturday, May 28, 2011
Thursday, May 26, 2011
Kuala Kangsar Outdoor
Remember the things.
Aku dah macam rakyat Kuala Kangsar, sebab dah hafal jalan. It so rushing you know. Sebab sampai Kuala Kangsar pun dah petang, dalam pukul 5 suku petang. Sebab nak kejar cahaya la kononya. Haha
Itu cerita Kuala Kangsar.
Sekarang aku agak busy dengan kerja kolej, sebab dateline semua dah terlepas. Tapi disebabkan lecturer ramai yang memahami, alhamdulillah. Tugasan yang diberikan ditunaikan dalam masa yang sama masa untuk mencari sedikit rezeki juga dilaksanakan, memang waktu itulah masa diibaratkan seperti emas.
Masa inilah kita akan ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Apa lagi yang sangat penting selain masa. Jika kita menggunakan masa dengan baik, nikmat Allah Taala tu kita akan rasainya. Walaupun sedikit.
"Jika manusia itu sangat bekejarkan masa, insyaAllah Tuhan akan berikan kesenangan untuk suatu masa yang agak panjang. Masa itu anugerah Allah yang akan memberikan ruang supaya kita terus mengingatinya." Budak Pensel, May 26, 2011.
Wednesday, May 25, 2011
That why i love acoustic version
Bruno Mars - Nothin' On You (Solo Remix) (2010 Private Acoustic Live at OMD L.A.)
Wednesday, May 18, 2011
One Way - Cerita Bermulanya Budak Pensel
Dulu aku memulakan blog ini, sebab satu tujuaannya untuk aku cerita sesuatu yang aku rasa benda tu aku akan kongsi melalui penulisan sahaja. Tiada tujuan lain.
Kalau boleh aku mahu jadikan ia ibarat buku cerita. Cerita bagimana diri aku sampai di suatu tahap terlalu jauh sejak mula-mula aku bangunkan blog aku ini. Ibarat blog ini mesin masa yang boleh kembalikan aku ke masa yang lepas, dengan gambar-gambar yang aku muat naik.
Aku suka menulis dalam berbahasa Melayu, sebab aku mahu penulisan aku ini menjadikan aku lebih baik menyampaikan maklumat kepada pembaca aku dengan mudah, terutamanya pembaca di Malaysia. Dan jauh sekali aku tidak utamamakan berbahasa lain, dalam masa yang sama aku rasa aku boleh berjaya dengan bahasa aku Melayu itu sendiri.
Dalam blog, aku sediakan satu cerita yang aku rasa kamu boleh baca mahupun tidak. Aku suka mengenali kamu. Meletakkan gambar kamu, dan menjadikan senyuman kamu sebahagian daripada cerita dalam blog ini. Senyuman adalah segala-galanya dalam perkenalan. Dengan senyuman, melambangkan perasaan dalam hati kamu. Jika kamu terjumpa aku, aku akan meletakkan gambar kamu dalam blog, supaya kamu dapat pahala senyum yang berpanjangan, InsyaAllah.
Aku hanya bermula dengan kamera compact, dan bila tiba satu masa aku membeli kamera yang lebih baik, hanya disebabkan aku mahu berblog dengan gambar tersebut. Aku tak terlintas langsung untuk menggunakannya atas tujuan lain. Dengan erti kata yang sangat mudah, kamera yang aku beli hanya untuk blog.
Kamera adalah satu teman, yang selalu aku rasa aku tidak akan rasa keseorangan bersamanya. Dan blog akan menceritakan apa yang aku lihat dan pengalaman daripada bermulanya cerita aku, sampai ke akhirnya.
"Dunia penuh dengan harapan, agar manusia sentiasa mengingati kelebihan yang Allah SWT berikan lalu memberikan pertolongan kepada mereka yang sangat memerlukan." - Budak Pensel, May 16, 2011
Monday, May 16, 2011
Dengar dan Lihat Cerita Pasal Ipoh
Kalau kamu baca blog aku, mesti kamu rasa aku selalu promote Ipoh. Aku sebenarnya kalau aku kat Terengganu sekalipun, aku akan cerita pasal Terengganu la. Tapi aku di Ipoh, jadi cerita la tentang Ipoh.
Ini dia, aku ambil gambar banyak-banyak dan buat photo story sikit. Upload dan share, lepas tu kamu ni tahu baca tak nak komen satu pun. Tak apa, sebab yang penting kamu tengok sahaja.
Aku ni, nak kata macam jurnalis pun bukan. Tapi ambil gambar secara hobi-hobi. Ya, hobi. Dalam masa yang sama dapat berjalan-jalan. Hati riang, jiwa tenang. Jadi hidup sentiasa ceria, tersenyum lebar. Wink!
Gambar yang di atas ni, gambar bangunan yang terletak di Ipoh Padang. Aku tak faham kenapa baca terbalik (Ipoh Padang). Tapi ia betul, memang terbalik. Ipoh Padang okay, bukan Padang Ipoh. Jangan tanya pasal apa, aku pun tak tahu. Hish.
Ipoh banyak bangunan lama. Agak historical sikit. Dulu pernah bangunan di Ipoh ini cuba disenaraikan dalam UNESCO, sebab bangunannya mempunyai nilai sejarah. Kalau rasa nak buat outdoor wedding pun okay, sebab banyak bangunan-bangunan lama. Aku kampung dekat KL pun rasa Ipoh lagi bagus. Jalan tak jammed. Kalau jammed pun jammed kucing je.
Orang Ipoh sangat ramah. Terutamanya masyarakat Cina. Sangat baik. Berbual dengan aku macam kawan dah lama. Aku rasa bila berbual dengan orang Cina di Ipoh, aku rasa orang Cina di Ipoh sangat ramah. Tak ada masalah. Ipoh Mali Tala Sombong. Tempat lain tak tau la kan. Tapi ada la jiran lama aku tu, cakap loghat Perak lagi. Kalau movie Hantu Mak Limah dah keluar TV masa tu, mesti dia sebut kat aku "Kita bako kita bako." Haha.
Ipoh ni dahulunya yang aku perasan, orang Ipoh suka main bola. Pantang ada padang, petang-petang mesti main bola. Siap ada refree lagi. Bezanya di Selangor tempat aku tinggal, tak macam di Ipoh. Di Ipoh bola sepak agak terancang. Main bola siap ada kumpulan-kumpulan yang berlawan. Semangat sukan bola di Ipoh sangat bagus. Tak percaya, datang dan lihat sendiri. Manchester United pun takut nak lawan team Ipoh.
Gambar di atas ni aku shoot di Kampung Manjoi, Perak. Kampung ini sangat bersih. Orang-orang Manjoi suka jual Nasi Lemak. Usah pedulikan pasal nak haramkan Nasi Lemak. Sebab orang yang sakit tu sebenarnya kurang bersenam. Itu la halnya. Mudah je kan.
Kita orang Malaysia memang makan nasi. Makan belacan. Cincalok, Durian segala. Budu pun belasah juga. Esok-esok kalau nak haramkan Nasi Lemak jual sahaja McDonalds dengan KFC kat sekolah. Baru stail. Buat Starbuck sikit tengok camne. Kalau leh buat Pizza Hut, boleh buat delivery dari kelas ke kelas.
Jauh aku melalut. Cit.
Gambar di atas ni gambar di Manjoi. Ada sungai. Sekitar sungai itu agak bersih. Bagus orang Manjoi ni. Jaga kebersihan. Gambar di atas tu gambar aku la. Ada iras-iras David Beckham tak, ke David Bercham. Tak ada la. Saja main-main.
Petang-petang selalu orang memancing di sini. Aku tak tahu ikan apa mereka dapat. Kalau abah aku tahu tempat ni, dah lama dia buat aksi Fly Fishing dia tu. Dah macam di Colorado dah gayanya. Memancing aktiviti sihat kan. Ibarat bersukan.
Suasana kampung di Manjoi sangat syahdu. Bila lagi tiba bulan puasa. Petang-petang ramai la orang kampung keluar berniaga kuih-muih, lauk-pauk, nasi-masi, dan sebagainya. Ramai jugalah pengunjung yang datang membeli. Orang kata, tak rugi la berniaga. Deme datang perabis makanan yang dijual. Baik yang puasa dan yang tak puasa. Orang Ipoh sangat muhibbah.
Orang Ipoh ni malam tiada hiburan. Bukan cara hidup orang Ipoh ni berkeliaran macam di Kolumpo sana. Cuma yang menjadikan Ipoh ini bersinar itu mungkin la cahaya lampu Tesco, Jusco, Ipoh Parade dan lain-lain. Mungkin juga lampu sinar-sinar roadblock abang-abang polis. Heh.
Orang Ipoh ni rajin keluar pagi, bersenam di taman-taman. Baik Cina, India, Melayu bersenam. CIMB la katakan. Bersenam sama-sama. Pasang radio kuat-kuat, bersenam satu pentas yang luas. Kempen Larian Biskut Jacob tu tak perlu rasanya. Orang Ipoh suka bersenam tanpa disuruh.
Mungkin disebabkan faktor persekitaran itu yang menjadikan Ipoh ini tempat yang sangat baik untuk semua orang datang. Jangan mengharapkan hiburan seperti di Kuala Lumpur sana, datanglah Ipoh untuk menuntut ilmu, mencari idea dan kreativiti disini. Aku suka Ipoh, mungkin selepas aku tinggalkan tempat ini, aku harap pemandangan di Ipoh jangan berubah, agar aku tidak lupakan kenangan yang aku mula di sini.
Banyak lagi yang aku nak cerita.
Shoot by using:
Canon EOS Digital 550D/T2i
EFS 18-55mm f/5-5.6 IS
EF 50mm f/1.8
EF 75-300mm f/4-5.6 III USM
Shoot by using:
Canon EOS Digital 550D/T2i
EFS 18-55mm f/5-5.6 IS
EF 50mm f/1.8
EF 75-300mm f/4-5.6 III USM
Bersolatlah
Wednesday, May 11, 2011
Alone Guy With Dot Dot
Sunday, May 8, 2011
Sunday, May 1, 2011
Photo Wedding - Faizal & Sophia
Save the memories.
Pandangan mata mungkin menghilang, namun gambar mampu menceritakan segalanya. Tahniah kepada pasangan pengantin, Faizal Bin Sufri dan Sophia Binti Rusli yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di Kampung Enggor, Kuala Kangsar Perak pada May 1, 2011. Semoga ikatan ini berkekalan sehingga akhirnya. InsyaAllah.
"Dengan hanya satu senyuman, segala-galanya mampu berubah menjadi satu kenangan yang paling istimewa" - Budak Pensel, May 1, 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)