Wednesday, May 18, 2011

One Way - Cerita Bermulanya Budak Pensel


_MG_9898 2Dulu aku memulakan blog ini, sebab satu tujuaannya untuk aku cerita sesuatu yang aku rasa benda tu aku akan kongsi melalui penulisan sahaja. Tiada tujuan lain.

Kalau boleh aku mahu jadikan ia ibarat buku cerita. Cerita bagimana diri aku sampai di suatu tahap terlalu jauh sejak mula-mula aku bangunkan blog aku ini. Ibarat blog ini mesin masa yang boleh kembalikan aku ke masa yang lepas, dengan gambar-gambar yang aku muat naik.

Aku suka menulis dalam berbahasa Melayu, sebab aku mahu penulisan aku ini menjadikan aku lebih baik menyampaikan maklumat kepada pembaca aku dengan mudah, terutamanya pembaca di Malaysia. Dan jauh sekali aku tidak utamamakan berbahasa lain, dalam masa yang sama aku rasa aku boleh berjaya dengan bahasa aku Melayu itu sendiri. 

Dalam blog, aku sediakan satu cerita yang aku rasa kamu boleh baca mahupun tidak. Aku suka mengenali kamu. Meletakkan gambar kamu, dan menjadikan senyuman kamu sebahagian daripada cerita dalam blog ini. Senyuman adalah segala-galanya dalam perkenalan. Dengan senyuman, melambangkan perasaan dalam hati kamu. Jika kamu terjumpa aku, aku akan meletakkan gambar kamu dalam blog, supaya kamu dapat pahala senyum yang berpanjangan, InsyaAllah. 

Aku hanya bermula dengan kamera compact, dan bila tiba satu masa aku membeli kamera yang lebih baik, hanya disebabkan aku mahu berblog dengan gambar tersebut. Aku tak terlintas langsung untuk menggunakannya atas tujuan lain. Dengan erti kata yang sangat mudah, kamera yang aku beli hanya untuk blog. 

Kamera adalah satu teman, yang selalu aku rasa aku tidak akan rasa keseorangan bersamanya. Dan blog akan menceritakan apa yang aku lihat dan pengalaman daripada bermulanya cerita aku, sampai ke akhirnya.

"Dunia penuh dengan harapan, agar manusia sentiasa mengingati kelebihan yang Allah SWT berikan lalu memberikan pertolongan kepada mereka yang sangat memerlukan." - Budak Pensel, May 16, 2011

2 comments:

Nia Ridzwan said...

selulit~
eh silhoutte :D

Budak Pensel Yazid said...

huhuhaha.. ape da.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...