Saturday, March 24, 2012

The Making of Right Path - Cast 1

wani 2

Thanks to Izwani Zain kerana meluangkan sedikit masa untuk kami dalam membantu untuk menjadi 'cast' dalam Short Campaign, Right Path. Sedikit potraiture untuk digunakan dalam projek tersebut. Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang terlibat secara tak langsung dalam projek ini. Nantikan.

crop management 1

Thursday, March 22, 2012

Film Look - Photoshop Tutorial by Budak Pensel Yazid

Membiasakan diri untuk bermain tone merupakan benda yang agak best untuk pengguna Photoshop. Ada sedikit langkah mudah untuk mendapatkan tone yang biasa digunakan di dalam movie atau drama. Tutorial ini untuk mereka yang sudah mempelajari basic dalam Photoshop.

Gambar asal yang seperti ini, cuma tambahkan cinema crop untuk memberikan impak yang seakan-akan filem. Pergi ke Image - Canvas Size atau click CTRL + ALT + C pada background layer. Lihat contoh dibawah.


Letakkan 'Height' kepada 20, dan 'Width' biarkan sahaja kosong. Click ok. Kamu boleh meletakkan berapa nombor kesukaan kamu, asalkan kamu suka.





Sekarang tiba masanya untuk anda mengubah sedikit Color Balance, supaya gambar itu nampak lebih cool. Aku memang suka warna yang cool, sebab ia nampak sejuk. Pastikan kamu mencari Color Balance seperti yang tertera pada window Layer atau tekan F7. Lihat pada anak panah merah seperti gambarajah.




Ikutlah ape yang kamu nak ubah, asalkan kamu ada sedikit perasaan 'best' apabila kamu mengubah tone itu. Untuk gambar ini aku melebihkan level 'Blue'.


Dan terhasilah gambar di atas. Tapi bagi aku, ia tak cukup sempurna lagi. Aku main sedikit 'Exposure'. Exposure mampu untuk menyeimbangkan warna tona yang telah kamu ubah sebentar tadi. Kamu boleh buat ikut citarasa kamu. Lihat di bawah.


Untuk pengetahuan kamu, aku ubah level Exposure mengikut perasaan sendiri. Seorang yang suka bermain tone dalam photoshop wajib untuk memiliki perasaan itu. Baru boleh menjadi penggubah tone yang dasyat. Bunyi macam kelakar tapi ia benar.













Gambar akan lebih menarik jika kamu berjaya bermain 'Exposure' dengan baik. Namun, ada satu langkah lagi yang biasa aku gunakan sejak aku bermain dengan photoshop untuk mendapatkan tona warna yang lebih 'dark'.

Lakukan sedikit pengubahan dalam 'Brightness dan Contras secukup rasa, dan pastikan 'spot-spot' yang gelap itu tidak semakin gelap. Pastikan kamu mengubahnya dengan perasaan, jangan ubahnya mengikut sesuka hati untuk kali ini..


Gunakan 'Photo Filter untuk membuat final blend yang menarik. Ini adalah optional.


Akhirnya, kamu akan mendapat hasil yang seperti ini. Teknik ini amat berguna kepada mereka yang suka customize tone sendiri untuk mendapatkan kepuasan maksimum tahap Ultraman.












Kamu boleh menghias dengan meletakkan logo, kalau kamu suka.













Tambahkan subtitle, wah bertambah menarik. Mesti ramai yang tertipu.



Kesemua elemen-elemen dalam gambar ini adalah tujuan untuk pembelajaran. 100% photoshop CS5, no Plug-In dan capure by using Canon T2i.

"Teknik setiap orang berbeza-beza, dan mengikut pendapat dan perasaan sendiri. Ia tak salah." Budak Pensel, Mac 22, 2012.

Multimedia Studio 2012

M1M2 M4M3 M5

Aku dalam proses untuk menyiapkan projek video, dan mungkin ini projek video terakhir selama aku meneruskan pengajian ijazah di sini. Jadi sebelum projek video ini siap, aku menyempatkan diri untuk mengambil gambar-gambar yang ada disekeliling studio ini sebagai kenangan aku dan untuk berkongsi dengan kamu semua. Aku harap, gambar-gambar yang ada di sini menjadi kekuatan untuk aku apabila aku sudah tiada lagi di sini.

M6

"Dalam seluruh kehidupan manusia, melihat satu pembaharuan dari pandangan mata selalunya menjadikan manusia itu lebih menghargai setiap detik yang pernah dilalui seandainya mereka percaya bahawa tiap takdir itu adalah sesuatu yang istimewa dari Illahi" Budak Pensel, Mac 22, 2012.

Wednesday, March 21, 2012

Memori Lalu.

_MG_2303 2

Tempat tidak menjadi penentu untuk kejayaan, namun secara realitinya manusia itu yang mampu mencorakkan masa depannya. Berdirilah di atas kaki sendiri, dan bukannya berdiri di atas nama. Kerana sesungguhnya telah termaktub dalam kehidupan yang manusia itu sendiri yang mampu mengubah nasibnya.

3

"Semoga umat Islam sentiasa berjaya, tidak kira apa pun pekerjaan yang mereka lakukan. Dan lakukanlah sesuatu itu untuk mendapat keredhaan dari-Nya." Budak Pensel, Mac 21, 2012.

Sunday, March 18, 2012

RE POST | Photo By Yazid

_MG_7599
_MG_1610

Photo & Editting by Yazid. Sedikit koleksi gambar untuk Jangguttouch.

Thanks to WAQ and Syaiful Jangguttouch.
(Jangguttouch is Official Photographer for Zahiril Adzim & Shera Aiyob | Ana Raffali & Aznaim Abdullah)

Monday, March 12, 2012

Yusry & Lisa Post Wedding Video | By COPA



Post wedding video Yusry & Lisa by COPA. Sebagai informasi COPA & Shutterspeaks merupakan rakan karib Jangguttouch.

Credit to Shutterspeaks (Facebook) and COPA (Official Website). 
Visit Shutterspeaks Blog for more pictures and videos.

Saturday, March 3, 2012

Friday, March 2, 2012

Video : The 12 Hours Bachelor



Thanks to Sais. Video ini aku rakam semasa aku bekerja as a part time worker, di Nickman Consult sebagai pelukis plan kejuruteraan struktur pada cuti semester yang lepas. 

Enjoy.

Song : Jonathan Clay - Close To You
Equipment : EOE 550D, 50mm f/1.8
Rendering Software : Sony Vegas Pro 11.0
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...