Tugasan bulan Mac 2013. Dari Ipoh ke Taiping. Pertama kali untuk tugasan kali ini berlokasi di Taiping. Taiping, bandar hujan. Hujan hanya turun disaat tugasan kami selesai untuk setiap majlis.
Apa yang menarik untuk setiap tugasan diluar daerah, bekerja ibarat melancong. Luas perjalanan, indah pemandangan. Kalau menjelajah satu dunia, baru kita tau dunia ini sangat luas. Budaya setempat tak pernah sama. Namun kami sentiasa bersyukur kerana selalu dipertemukan dengan orang-orang yang sangat peramah dan bersopan santun, tiap kali kami membuat tugasan yang jauh dari tempat kami bermula.
Selalu kita tak berpeluang untuk mencapai impian yang kita mahu. Apabila datangnya peluang, maka jangan sesekali kita tolak. Sebab peluang hanya sekali, walaupun realitinya peluang datang berkali-kali. Namun percayalah setiap peluang yang wujud, ia mempunyai sedikit cerita yang sangat berwarna-warni jika kita tahu bagaimana cara untuk diceritakan semula kepada orang-orang yang ada disekeliling kita.
"hari-hari kita nampak cahaya, dan cahaya akan membawa kita ke satu dunia dimana ia nampak cantik dilihat oleh tiap-tiap orang. Bezanya bagaimana ia diterjemahkan melalui skrip yang hidup yang mampu difahami dan hayati" - Budak Pensel, Mac 12, 2013.
Photograph & Written by
Budak Pensel . Mac 2013 .