Aku ingin beritahu semua, bulan May sangat penting buat aku kini.
May. Pusingan kembali. Tinggal lagi beberapa hari lagi bulan ini akan berlalu. Bulan yang sangat 'epic' untuk kehidupan aku selama ni. Pengakhiran dan permulaan sesuatu yang indah, yang mempunya keistimewaan sendiri. Banyak kesimpulan yang aku boleh buat. Betul, kita punya kisah hidup yang telah tertulis.
"Ada masa belajar itu panjang tempohnya. Ada masa belajar itu hanya seketika." Setiap kejadian yang berlaku adalah hikmah kepada mereka yang bertakwa. Tiada sesuatu pun yang tertulis itu adalah perkara yang sia-sia. Hargai yang sedikit, kerana yang sedikit itu permulaan kepada yang sangat banyak.
Manusia perlu mengubah dirinya sendiri, bukan Allah. Bukan maksud disini dengan kita bekerja keras mencari duit siang malam tujuh hari seminggu boleh mengubah nasib. Nasib seseorang itu hanya boleh berubah apabila mereka melaksanakan solat. Tanpa solat, tiada perkara lain yang akan menjadi permulaan untuk kita berjaya. Kerana segala kejayaan itu pemiliknya adalah Allah SWT.

"Kita tak menjadi istimewa apabila kita tidak berhadapan dengan kesilapan." Apabila kita menginginkan sesuatu, mintalah pada Allah. Allah yang Maha Pemurah, akan berikan kita jalan. Kadang-kadang apa yang kita minta kita tidak dapat, kerana Allah telah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Bukankah Allah Maha Mengetahui?
Kita tidak akan pernah faham sesuatu yang akan datang. Kita hanya belajar sesuatu yang sudah lepas. Namun mereka yang percaya kepada ketentuan Allah, mereka yang mendirikan solat dan berdoa dalam keadaan sabar yang akan merasakan nikmat ketengangan dalam menghadapi segala ujian.
Teruskan berdoa kerana kita bukan sesiapapun apabila tiada Allah dihati kita.
Photograph & Written by
Budak Pensel . May 24, 2015 .
#budakpensel #yazidalisya