Antara waktu, ibadah, rasa cinta, tawakal, penghargaan, ketenteraman, dan juga nilai-nilai yang baik. Waktu berlalu pantas. Semalam, hari ini dan akan datang. Harus memandang kebaikan dan melihat terus masa yang mendatang. Hidup hanyalah sementara. Sementara itu tempoh yang penting untuk membawa sebaik-baik bekalan untuk di hari yang lain.
Jangan sia-siakan waktu lagi. Esok tak akan kembali. Takdir sudah ditentukan. Ibadah jangan berkurang. Bersangka baik setiap perkara yang mendatang. Kurangkan bercakap, kurangkan bersosial. Cakap bila perlu. Tiada apa untuk bercakap lebih baik senyap.
Zikir jangan berhenti. Doa kepada mak ayah jangan terputus. Kita bukan manusia yang baik, apatah lagi sempurna. Sedikit muhasabah diri tapi besar fadilatnya.
Photograph and Written by
Budak Pensel . May 26, 2017
Jumaat menanti esok Ramadhan.