Aku rasa, aku telah mengambil masa yang lama untuk post kali ini. Mungkin aku ni jenis yang bila ada masalah, aku akan pendam untuk beberapa ketika, untuk mendapatkan sedikit mood bagi menulis post-post yang akan datang.
Untuk menulis adalah sama seperti bercakap. Mungkin kita harus menulis sesuatu perkara yang baik, yang boleh dikongsi bersama. Yang mendatangkan kebaikan, atau berkongsi sesuatu yang membuat kita gembira. Bukankah ia seperti bercakap juga. Mungkin masa banyak menentukan segalanya. Menghayati masa dengan perkara yang kita lalui seharian, adalah perkara yang berkaitan dengan muhasabah diri. Mungkin ia pengisian yang penuh kebaikan.
.

Kamu mesti pernah dengar kan perkataan memaafkan musuh lebih mudah berbanding memaafkan kawan sendiri. Itu memang hakikat, sebab manusia akan set dalam minda masing-masing memang musuh tu tak pernah melakukan sesuatu yang positif melainkan meminta maaf atas kesilapannya, jadi memang kita mudah untuk menerimanya dan memaafkannya.
Dalam satu aspek yang berlawanan, seperti sukar untuk memaafkan rakan atau orang yang dekat dengan kita yang telah melakukan kesilapan, seperti yang aku katakan tadi, bezanya ia adalah disebaliknya. Seseorang yang sangat kita percaya disebabkan kita tak pernah mahukan mereka melakukan kesilapan, sebab kita memang dah set dalam minda kita mereka yang terbaik.

Dalam perhubungan, manusia perlu selalu tidak mengharap yang terbaik daripada apa yang ada disekeliling, namun ada masanya kita tidak mampu untuk menerima sedikit kesilapan orang lain. Mungkin itu sebahagian daripada tanda sayang kita terhadap apa yang kita miliki di sekeliling kita. Memaafkan mungkin cara yang terbaik, namun memaafkan dengan rasa hati yang penuh ikhlas adalah satu perkara yang paling sukar, sebab ia merupakan pengorbanan yang terbesar dalam perhubungan.
Manusia itu tidak bersifat sama. Dan kebanyakan sifat sabar dan pemaaf itu adalah perkara yang sangat membezakan antara satu manusia dengan manusia yang lain. Manusia yang terbaik bukankah manusia yang mampu mengawal nafsu amarah?

Namun, jika berfikir melalui wahyu, bukankah apa yang kita lalui ini hanyalah ujian daripada Yang Maha Penyayang. Kalau diuji sekalipun, anggaplah itu hanya sesuatu perkara yang menguji keikhlasan kita dalam menjalani kehidupan seharian kita. Bukankah kita diuji hanya dengan kemampuan kita dapat mengatasinya?
"Mencuba yang terbaik, lebih baik daripada menjadi yang terbaik. Namun sekadar mencuba realitinya seolah-olah melupakan peluang yang tak akan pernah datang untuk kali kedua" - Budak Pensel, Ogos 29, 2010.

7 comments:
mengucapkan maaf itu lebih mudah jika kita ikhlas...
lepas tu bole senyum semula (walau luka masih berparut)..
dan ujian yang kita rasa pahit
boleh jadi sesuatu yg amat manis bila kita mampu melepasi ujian itu..
itu janji DIA bagi hambaNYA yang rehda..kan?
najwa ; luka yang berparut tu cabaran dalam memaafkan orang lain..
citahrudin : yup, untuk melepasinya memerlukan sedikit ketabahan, namun ketabahan itu berterusan..
citahrudin : yup, untuk melepasinya memerlukan sedikit ketabahan, namun ketabahan itu berterusan..
susah jugak...kadang2 tu dah maaf cuma syaitan dah cuit agaknya
firol : tu cabaran terhadap keiklasan kemaafan yang kita berikan..harap2 kemaafan itu membuatkan kita lebih menjadi manusia yang baik..insyaAllah
Post a Comment