Banyak benda yang aku dah prepare untuk buat shooting kali ini. Ada diantara friendlist facebook aku dah tengok Photo Story yang aku upload awal pagi tadi. Ini adalah sebahagian daripada tugasan yang aku kena siapkan selepas cuti raya yang lepas.
Photo Story yang aku buat ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang pernah belajar di Ipoh. Dia terkenangkan tentang kisah silamnya apabila menjejakkan kaki di sana. Itu adalah sedikit sinopsis tentang Photo Story yang aku buat ni. Photo Story ni asalnya memang tak perlu ada caption atau cerita, malahan penonton harus menilai sendiri setiap maksud gambar yang disusun.
Mungkin dalam minggu ni aku akan upload video Photo Story di blog ini. Buat masa ini, aku perlu menyiapkan segala tugasan yang tertunggak sebelum hujung tahun ini.
4 comments:
Kemas!!!
nak tgk penyudahannya..
bice moment :)
luv it!
*nice
Post a Comment