Tuesday, July 16, 2019

Ian Fredrix

Luangkan masa bersama keluarga. Lepaskan diri dari kesibukan dunia. Cuba membawa keluar melihat matahari yang terpancar serong, lagi 1 jam setengah sebelum cahaya terlindung sinar disebalik garis ufuk bumi. 




Kau penat, kau tiada masa, kau sibuk bekerja. Sesekali lepaskan anak syurga ini melihat luasnya dunia. Kau tengok sendiri mereka berlari seolah-olah dunia ini tidak berpenghujung. Walaupun realitinya dewasa ini dunia ini memang tiada penghujungnya aku pasti. Benda indah kau lihat tanpa mengeluarkan sedikit wang pun. Depan mata itu anak-anak kecil, riang bekejaran ekplorasi alam.   

Istimewa hidup bukan kerana kaya, memiliki segala harta benda. Tapi indahnya dunia apabila sekecil-kecil nikmat kau rasakan dengan penuh syukur. Kau akan kaya, kaya dengan nikmat Illahi yang sebenarnya tak pernah berhenti penuhi ruang hati, saat kau ucapkan "Alhamdulillah".

Jiwa yang kosong sebenarnya berisi. Melihat mereka sebenarnya telah mulai dewasa, disaat aku berjuang lepaskan lelah di dunia.

"SubhanAllah. Alhamdulillah. Laillahaillallah. Allahuakbar". Perkataan hebat Maha Pencipta rindu kita ungkapkan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...