Wednesday, November 3, 2010

Beberapa Fakta Dari Aku

_MG_3207_MG_3202
Kamu mahu tahu tentang beberapa perkara tentang aku. Kali ini mungkin aku mahu berkongsi sesuatu yang kalau kamu baca, maka terpulanglah kamu untuk merasakan ia baik untuk kamu atau sekadar kamu tahu bagaimana cara aku berfikir buat masa ini.

Aku jenis suka buat-buat faham, walaupun sebenarnya aku tak faham tentang sesuatu itu. Perkara ini selalu terjadi bila aku berada dalam kelas, di dalam situasi pembelajaran yang sangat rumit atau sangat sukar untuk difahami. Aku mungkin suka merangsang diri aku semula supaya otak aku akan tidak berhenti untuk waktu itu. Kalau pada mula-mula aku sudah berinteraksi untuk tidak mahu faham, sebenarnya lebih baik aku jangan belajar pada ketika itu.

Aku jenis tak tahu malu untuk ketawa tanpa sebab secara spontan. Selalu bila aku ketawa secara tiba-tiba, disebabkan aku teringat sesuatu perkara yang berlaku pada yang lepas. Aku rasa dengan cara itu cukup untuk aku menghilangkan stress, sifat marah pada awal pagi, dan sedikit sebanyak mengajar aku supaya merasa sedikit sabar dengan perkara-perkara yang remeh. Walaupun aku ketawa di dalam toilet sorang-sorang, bukan bermakna aku gila.

Perkara yang kamu perlu tahu adalah, aku jenis suka keseorangan. Keseorangan itu dalam konteks yang aku suka cari masa untuk diri aku sendiri, bukan menjauhkan diri dengan kawan-kawan sebaliknya aku menggunakan malam untuk aku menghabiskan banyak masa dengan membaca sesuatu yang ada di depan skrin. Tak kisah apa pun, sebab lagi banyak aku membaca, sebenarnya aku lebih kelihatan bodoh sebab aku baru tahu apa yang aku baca tadi benda yang aku tak pernah tahu sebelum ni.

Aku ada dua jenis kawan. Pertama orang yang suka ambil bulat-bulat perkataan yang aku kata, tanpa sebarang bantahan. Kedua, orang yang mengambil perkataan aku, dan mengkajinya sejauh mana kebenaran tersebut lalu membuktikannya. Bagi aku, pembaca blog aku kedua-duanya sama. Namun aku lebih suka membuat orang berfikir, sebab sebaiknya aku tidak mahu berfikirkan untuk kamu. Kalau ada yang menerima perkataan aku tanpa mengkajinya, aku tak kisah. Sebab kadang-kadang cara manusia berfikir ada yang menerimanya dahulu.

"Ramai manusia tidak mampu untuk menyelesaikan masalah dunia kerana tidak sedar bahawa masalah tersebut boleh diselesaikan dengan akal yang logik" - Budak Pensel, November 03, 2010.

_MG_3200

3 comments:

lemonade said...

pernah ketawa sorang2 smpai kawan fikir kena histeria. kejadian berlaku dua bulan lepas. :)

~nEeYsA~ said...

neeysa pun slalu ktwa tba2...org yg dok sblh mmg akn hairn..mcm la dorg tau ape yg kita fkr..ye x?hehe

nil said...

mangga tu padu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...